Tuesday, September 13, 2011

Karikatur : Utusan Terus Mainkan Isu Komunis

Tok Imam dan bilal surau dipaksa makan daging babi panggang sebelum mereka ditembak... Warga emas dan kanak-kanak dicampak ke dalam api yang sedang marak....

Ia antara enam karikatur kontroversi oleh pelukis Hamzah Mohd Amin yang memaparkan kekejaman komunis ke atas orang ramai.

Karikatur itu disiarkan di akhbar milik Umno Utusan Malaysia hari ini. Menurut edisi cetak dan juga online - akhbar itu melaporkan Hamzah, 71, datang ke pejabat Utusan semalam bahi menyerahkan sendiri karikatur yang dilukisnya itu.

NONE"Generasi hari ini tidak mengetahui penderitaan hidup pada zaman komunis, jadi saya berusaha menghasilkan lukisan ini beberapa minggu lalu supaya mereka mendapat gambaran tentang kekejaman komunis dan mengapa kami sangat bencikan mereka.

"Generasi muda hanya mendengar cerita daripada datuk dan nenek mereka tetapi tidak pernah terbayang bagaimana komunis menyeksa tahanan. Menerusi lukisan ini, saya harap mereka akan sedar tentang kekejaman komunis dan menjadikannya pengajaran," katanya kepada akhbar itu.

Sangat geram

Antara lukisan yang dianggap paling kontroversial ialah paparan beberapa lelaki yang bermata sepet dan memakai uniform keperangan mengacukan pistol serta memaksa tok imam dan bilal surau memakan babi panggang.

NONEHamzah turut memberi gambaran tindakan komunis mengurung ahli keluarga tahanan di sebuah rumah dan kemudiannya membakar rumah berkenaan.

Dia juga menggambarkan mayat-mayat tahanan itu dijadikan baja di kebun sayuran dan hasilnya pula dijadikan bekalan makanan kumpulan pengganas tersebut.

Utusan juga memetik Hamzah berkata lukisan tersebut dihasilkan beberapa minggu lalu bertujuan memberi gambaran keadaan sebenar kekejaman komunis terhadap rakyat negara ini.

Katanya, walaupun telah menjangkau usia 71 tahun, dia masih tidak dapat melupakan keganasan yang dilakukan oleh pengganas komunis terhadap rakyat dan mahu generasi pada hari ini juga mengetahui perkara itu.

communist insurgents in malaya 240609Menurut Hamzah yang berasal dari Batu Pahat, Johor, dia terpanggil untuk menghasilkan karikatur berkenaan kerana geram serta kecewa apabila ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengangkat kumpulan pengganas tersebut sebagai hero.

"Saya sangat geram dan marah apabila komunis diberikan pengiktirafan. Mereka telah melakukan pelbagai kekejaman termasuk mengoyak, memijak, melumur kitab suci al-Quran dengan najis sebelum membakarnya. Para imam serta bilal di masjid dan surau pula dipaksa memakan daging babi sebelum dibunuh.

"Bagaimana kumpulan pengganas tersebut boleh kita iktiraf?" katanya dipetik akhbar milik Umno itu lagi.

Hamzah pernah bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai pelukis dan beliau pernah mencipta logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang digunakan pada 1963 sehingga 1997. -MK

14 comments:
Write comments
  1. Kenapa masih tiada kawalan media untuk Utusan Malaysia? Terlalu bebas sudah ni, sehingga boleh keluar macam-macam isu yang karut.

    ReplyDelete
  2. Harap rakyat sendiri pandai membuat penilaian.

    ReplyDelete
  3. seksanya hidup zaman komunis ni. generasi sekarang bertuah sebab negara sudah merdeka dan tiada lagi seksaan2 seperti yang dilakukan oleh pihak komunis.

    ReplyDelete
  4. karikatur yang dibuat ni rasanya tak salah. apa yang salah ialah apabila perkara2 seperti ini dipolitikkan.

    ReplyDelete
  5. hnya mereka yang hidup pada zaman komunis sahaja yang tau sejauhmana kekejaman komunis.

    ReplyDelete
  6. kita pandai-pandailah menilai setiap isu yang berlaku sekarang ini..

    ReplyDelete
  7. Kerana itulah komunis sebenar dalam sejarah Malaysia. Komunis banyak menyeksa penduduk kita sehinggakan kita bangkit untuk menentang dengan bantuan British.

    ReplyDelete
  8. Baguslah kalau Utusan berbuat demikian. Biar rakyat lebih faham akan peranan komunis masa dahulu.

    ReplyDelete
  9. Ada yang cakap komunis dan Jepun paling kejam semasa zaman penjajahan dulu.

    ReplyDelete
  10. Mereka yang telah melalui zaman kekejaman komunis saja akan tahu betapa seksanya keadaan pada masa itu. Tentu pengalaman ini menjadi igauan yang ngeri.

    ReplyDelete
  11. Mereka yang dapat merasa keadaan zaman komunis saja yang dapat menceritakan bagaimana kejam komunis.

    ReplyDelete
  12. rakyat dahulu sangat menderita dan terseksa semasa zaman komunis dan jepun. cerita menderitaan tu biasanya diceritakan oleh orang tua2.

    ReplyDelete
  13. utusan menyalak siang malam apabila media asing menyiarkan karikatur negatif ttg nabi muhammad sdgkan utusan jg mempraktikkan perkara yg sama. patutlah media ini hanya sesuai utk bacaan ahli UMNO n kaum 'ketuanan' shj...

    ReplyDelete
  14. beliau hanya memberikan gambaran tentang kekejaman komunis, bukannya mengaibkan mana2 agama..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.