Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh mendesak siasatan dibuat terhadap pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, mudah memperoleh status penduduk tetap (PR) dan layak mengundi.
“Kita desak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kenyataan Perdana Menteri Bangladesh berkenaan perkara ini.
“Jika perkara ini berlaku, Najib perlu bertanggungjawab dan berani tampil memberikan penjelasan,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas pengakuan Sheikh Hasina yang dipetik dari www.ngoab.gov.bd - laman rasmi Hal Ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu.
Mengikut laman itu, Sheikh Hasina berkata pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.
Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu.
Katanya, mereka juga diberi hak sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. -KD
Saturday, September 17, 2011
Rakyat Bangladesh dapat hak mengundi di Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Penyiasatan diperlukan untuk mengetahui punca disebalik dakwaan ini.
ReplyDeleteBagaimana rakyat Bangladesh boleh mendapat hak mengundi pula?
ReplyDeletesebaiknya penjelasan dilakukan berhubung pekara ini..
ReplyDeleteWaa...memang multiracial yang teramat sangatlah di Malaysia ni.
ReplyDeletekenyataan ini perlu disiasat.
ReplyDeletetak sepatutnya perkara ini berlaku. apapun, kena sahkan perkara ini benar ke tidak.
ReplyDeletemendapat hak mengundi maksudnya sudah mendapat kewarganegaraan. kerajaan sepatutnya tidak begitu mudah memberi kewarganagaraan kepada warga asing. ini umpama menggadai maruah negara semata2 kerana kuasa dan kedudukan.
ReplyDeleteMungkin mereka yang benar-benar mengikuti syarat yang ditetapkan saja yang patut mendapat kewargenegaraan.
ReplyDeleteTidak lah hairan sangat tu. Mungkin Negara kita kekurangan penduduk yg layak mengundi. Patut juga orang asing mulai bebas berkerja, berniaga dan merampas hak2 penduduk tempatan terutama di negeri Sabah. Klu tidak percaya, tinjau saja pekan, bandar, kampung2, jgn terkejut anda akan menjadi org asing di tempat sendiri. Tidak percaya, datang dan lihat sendiri...
ReplyDeletecopy n paste dgn isu PATI di sabah...n pihak yg berjasa dlm hal ini ialah UMNO. undilah lg rejim ini supaya akhirnya kita akan menyanyikan lagu kebangsaan filipina @ Indonesia...
ReplyDeleteMana c Neji dia kalau baca ini mesti tidak pecaya apatah lagi perlu disiasat pasti melenting barangkali dia anak pelarian berMaykad biru.
ReplyDeletedisebabkan NKRA SPR tidak kesampaian disebabkan rakyaat tulin malaysia tidak mendaftar maka salah satu caranya adalah mengupah pendatang asing untuk mengundi,orang sabah cakap yang penting bahagia.....aramai bah
ReplyDeleteSuruhanjaya Tinggi Bangladesh sudahpun menafikan laporan media kononnya warga Bangladesh bekerja di negara ini mendapat taraf kewarganegaraan dengan mudah sekaligus mengundi pada PRU akan datang.
ReplyDeletekalau benar dakwaan itu kenapa link itu sudah jadi page kosong? kena delete ka? sebab apa? silap buat tuduhan??
ReplyDelete