MENTERI Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Hajiji Haji Noor digesa agar tidak bersifat talam dua muka dan menjadi penderhaka kepada Anak Negeri Sabah kerana gagal menangani isu ‘Pemindahan Haram’ hak milik tanah adat Anak Negeri kepada bukan Anak Negeri, terutama yang menggunakan Sijil Anak Negeri Palsu.
Mantan Ketua Kampung, KK Basri Bin Ayad yang menghubungi Sabahkini.net bagi mengulas kenyataan Hajiji dalam akhbar tempatan termasuk Sabahkini.net yang bertajuk ‘Hajiji Pandang Serius Kes Tanah Adat.’
Menurut KK Basri, banyak bukti telahpun dikemukakan oleh pelbagai pihak tentang adanya golongan tertentu yang tidak layak memiliki Sijil Anak Negeri tetapi mereka yang menduduki jawatan tinggi dalam Kerajaan, termasuk Hajiji terus mendiamkan diri atas alasan hanya mereka sahaja tahu.
KK Basri menarik perhatian Sabahkini.net terhadap satu kes di Mahkamah Tinggi Sandakan setelah Pesuruhjaya Kehakiman, Puan Yew Jin Kie telah menemui fakta dan mengisytiharkan seorang peniaga Cina yang selama berpuluh tahun mengunapakai Sijil Anak Negeri sebagai ‘Bukan Anak Negeri’.
Hakim Yew juga memutuskan bahawa peniaga berkenaan tidak layak memiliki tanah di bawah syarat ‘Native Titles’. Walaupun Mahkamah telah membuat pengisytiharan, tetapi Jabatan Tanah dan Ukur masih terus membenarkan peniaga berkenaan memiliki ribuan ekar tanah di bawah syarat ‘Native Titles’ dengan hanya berdasarkan pengesahan Majlis Hal Ehwal Anak Negeri yang terletak di bawah jurisdiksi Hajiji.
Daripada rekod yang dibekalkan KK Basri, Sabahkini.net mendapati seorang daripada dua Pengarah Syarikat Melangking Oil Palm Plantation Sdn. Bhd, Hon Chung Lip (MyKad 380922-12-5035) telah diisytiharkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Sandakan sebagai ‘BUKAN’ Anak Negeri; walaupun Hon Chung Lip sebelum ini mendakwa memiliki satu Sijil Anak Negeri yang kononnya dikeluarkan oleh Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu.
Menurut KK Basri yang turut hadir dalam perbicaraan kes berkenaa, ketika sesi soal jawab di mahkamah, Hon Chung Lip memberitahu bahawa beliau lahir di Negara China dan bersetuju bahawa beliau tidak ada kelayakan memiliki Sijil Anak Negeri yang digunakannya sekarang.
Hon Chung Lip turut mengakui bahawa kedua ibu bapanya warganegara China dan beliau tidak mempunyai settitikpun darah Anak Negeri Sabah dna bersetuju bahawa beliau sememangnya tidak layak memegang Sijil Anak Negeri yang digunapakai sehingga ke hari ini.
Tegas KK Basri, apabila ditanya bagaimana dia mendapat Sijil Anak Negeri tersebut, Hon Chung Lip memberitahu Mahkamah bahawa dia memperolehinya daripada seorang kawan.
Siasatan lanjut Sabahkini.net mendapati Sijil Anak Negeri, Hon Chung Lip diperakui sebagai telah dikeluarkan secara sah oleh bekas Ketua Daerah Kota Kinabalu, OKK Eric Mojimbun. Lanjutan daripada itu, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri pula memperakuinya sebagai Anak Negeri dari suku kaum Kadazan.
Kini telah terbukti di mahkamah bahawa Hon Chung Lip sendiri mengakui bahawa Sijil Anak Negeri yang digunapakainya telah diperolehi melalui seorang kawan dan bukan melalui prosiding atau pengisytiharan Mahkamah Anak Negeri di Kota Kinabalu.
Senario ini membuktikan bahawa tindakan Kerajaan Parti Berjaya membekukan pengeluaran sijil anak Negeri di seluruh Mahkamah Anak Negeri di Sabah merupakan tindakan yang bestari kerana terdapat Ketua Daerah dan Ketua Anak Negeri yang mengkhianati Sabah kerana telah mengeluarkan Sijil Anak Negeri yang bermotifkan ‘rasuah’ iaitu mendapatkan habuan wang ringgit melalui kegiatan subversif menjual ‘Hak Mutlak’ Anak Negeri Sabah.
Daripada dokumen yang diperolehi Sabahkini.net juga membuktikan bahawa kakitangan Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri bersekongkol dengan mereka yang tidak layak menjadi Anak Negeri dengan mengeluarkan surat sokongan kepada golongan berkenaan dan memperakui mereka sebagai Anak Negeri walaupun dokumen seperti sijil lahir mereka menyatakan mereka berbangsa Cina.
"Yang mengkhianiti kaum Anak Negeri Sabah adalah Pemimpin masyarakat kaum Anak Negeri sendiri terutama Ketua Daerah dan Ketua Anak Negeri. Mereka ini wajar disiasat oleh SPRM dan disumbat ke Penjara," tambah KK Basri lagi yang kesal kerana Hajiji hanya pandai bercakap tetapi lebih banyak berdusta.
Menurut KK Basri, beberapa Kakitangan di Mahkamah Anak Negri Kota Kinabalu bersama Mahkamah Rayuan Anak Negeri Daerah Kota Kinabalu adalah ‘Pengkhianat’ paling durjana di Sabah kerana mereka telah menjadi dalang utama menyebabkan ribuan anak tempatan suku Sungai menjadi mangsa oleh mereka yang bergelar Ketua Daerah dan Ketua Anak Negeri ini.
Oleh : MUTALIB M.D (sabahkini)
Sunday, September 25, 2011
Siapa Penderhaka Anak Negeri?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Memang ada banyak orang yang mendapat status anak negeri walaupun bukan lahir di negeri ini.
ReplyDeleteHarap mereka yang layak sahaja yang akan mendapatkan status anak negeri.
ReplyDeletestatus anak negeri tidak boleh diberikan kepada mereka yang tidak layak. ia hak penduduk asli sabah.
ReplyDeletesetiap isu yang berlaku perlulah diselesaikan...
ReplyDeleteharap kepentingan rakyat akan sentiasa dijaga dengan sebaiknya.
ReplyDeleteMemandang serius belum tentu ada tindakan.
ReplyDeleteSiapa yang suka2 bagi status anak negeri melalui cara songsang, dialah penderhaka kot..
ReplyDelete"Menurut KK Basri, banyak bukti telahpun dikemukakan oleh pelbagai pihak tentang adanya golongan tertentu yang tidak layak memiliki Sijil Anak Negeri tetapi mereka yang menduduki jawatan tinggi dalam Kerajaan, termasuk Hajiji terus mendiamkan diri atas alasan hanya mereka sahaja tahu."
ReplyDeletePihak berkuasa seharus mengambil tindakan keatas kes sijil beranak negeri yang tidak berkelayakan sebegini berdasarkan bukti-bukti yang dikemukakan itu. Perangai tidak serius terhadap masalah seharus diambil tindakan sebab kes sebegini akan membawa akibat dan kesan yang teramat negatif kepada negara.
"peniaga berkenaan tidak layak memiliki tanah di bawah syarat ‘Native Titles’. Walaupun Mahkamah telah membuat pengisytiharan, tetapi Jabatan Tanah dan Ukur masih terus membenarkan peniaga berkenaan memiliki ribuan ekar tanah di bawah syarat ‘Native Titles’ dengan hanya berdasarkan pengesahan Majlis Hal Ehwal Anak Negeri yang terletak di bawah jurisdiksi Hajiji."
ReplyDeleteKenapa tiada pihak berkuasa yang mengambil tindakan terhadap kes sebegini yang menyalahguna kuasa dan memberi hak milik tanah kepada pemilik yang tidak berkelayakan. Adakah ini berkaitan dengan rasuah? Seharus disiasat dan diselesaikannya.
Siasatan lanjut Sabahkini.net mendapati Sijil Anak Negeri, Hon Chung Lip diperakui sebagai telah dikeluarkan secara sah oleh bekas Ketua Daerah Kota Kinabalu, OKK Eric Mojimbun. Lanjutan daripada itu, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri pula memperakuinya sebagai Anak Negeri dari suku kaum Kadazan.
ReplyDeletePihak berkuasa seharus menyiasat dan memberi penjelasan kepada masyarakat terhadap tindakan beliau. Jika beliau disabit menyalahguna kuasa dan melanggar undang-undang negara, tindakan seharus diambil.
Semoga SPRM menjalankan tugasnya untuk menyiasat kes tersebut berdasarkan bukti-bukti yang dikemukakan itu.
ReplyDeletePengeluran sijil beranak seharus diberi kepada mereka yang betul-betul berkelayakan i.e anak negeri sahaja, gagal membuat demikian, tindakan seharus diambil jika tersabit dengan "motif mata wang". Semoga pihak SPRM menyiasat dan menegakkan kebenaran.
ReplyDeletesegera disiasat tentang perkara ini
ReplyDeletemaka pihak SPRM harus menyiasat kes ini..laporan perlu dibuat oleh KK Basri untuk membolehkan kes dibuka..
ReplyDeletehak anak negeri harus dipertahankan..ketua daerah dan ketua anak negeri yang mengkhianat harus dihukum..
ReplyDeletekerajaan telah bersetuju untuk menubuhkan sub committee untuk menyelesaikan isu2 yang membebankan rakyat..salah satu sub-committee itu berkenaan dengan isu tanah yang akan dipengerusikan sendiri oleh KM sabah...diharapkan sub committee ini akan dapat menyelesaikan isu2 tanah di sabah.
ReplyDeletesiasatan harus dilakukan oleh pihak berwajib.
ReplyDeleteKalau bukti sudah dikemukakan, pihak berkuasa seharus mengambil tindakan.
ReplyDelete"Siasatan lanjut Sabahkini.net mendapati Sijil Anak Negeri, Hon Chung Lip diperakui sebagai telah dikeluarkan secara sah oleh bekas Ketua Daerah Kota Kinabalu, OKK Eric Mojimbun. Lanjutan daripada itu, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri pula memperakuinya sebagai Anak Negeri dari suku kaum Kadazan."
ReplyDeleteSatu lagi pegawai yang menyalahguna kuasanya. Seharus disiasat dan diambil tindakan serta-merta terhadap aktitivi sebegini.
Adakah ini berkait dengan kes rasuah? Semoga pihak yang terbabit diambil tindakan.
ReplyDeleteSeharus disiasat dengan terperinci untuk memastikan tiada kes sijil anak negeri palsu yang selanjutnya.
ReplyDeleteJiak tindakan tidak diambil serta-merta, aktiviti sebegini akan lebih giat dan berleluasa.
ReplyDeleteRasanya kerajaan negeri telah mencuba untuk menangani masalah rampasan tanah adat ini.
ReplyDeleteRampasan tanah adat semakin kerap berlaku. Sampai bila rakyat akan terancam dengan rampasan tanah ini. Janganlah biarkan berlanjutan perkara ini. Mungkin benar kata Hajiji, kita harus memandang serius mengenai masalah tanah adat, kerana ini adalah masalah rakyat.
ReplyDeleteDatuk Hajiji rasanya benar-benar ingin menangani masalah penduduk atas rampasan tanah adat yang berlaku. Tapi tanpa sokongan dari pihak lain pasti sukar untuk Datuk Hajiji menangani masalah ini.
ReplyDeleteketua anak negeri n ketua daerah adalah faktor utama masalah ini. pihak yg terbukti bersalah dlm hal ini [KAN n KD] wajar dilucutkan jawatan, dibuang daerah, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan pemalsuan dokumen, bersubahat melakukan jenayah n melindungi org asing.
ReplyDeleteini lah padah nya jika melibat pemimpin pembangkang bukan main cepat buat laporan polis, bila pemimpin BN yang buat hal diam saja la perlu KK Basri buat laporan polis
ReplyDeleteKK Basri patut minta penjelasan dari Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri dan Jabatan tanah dan Ukur.. sebab merekalah yang mempermudahkan 'urusan' itu..
ReplyDeleteKeep harping this issue won't help you much.
ReplyDeletekalau setakat minta penjelasan dari ketua Daerah Anak Negeri dan Jabatan dan Ukur apa kaitan..bersengkol ada lah..
ReplyDeleteTo those who are not performing well.
ReplyDeleteBagi yang telah menderhaka terhadap Sabah.
ReplyDeleteCome on, we have more issues to count on.
ReplyDeleteIsu Sijil Anak Negeri masih menjadi tanda tanya.
ReplyDeleteKK Basri telah mempunyai bukti yang kukuh kenapa tidak mengambil tindakan isu ini
ReplyDeletesememangnya mereka yang 'menjual' sijil ini patut dipenjarakan dan disebabkan mereka ini jugalah ramai anak watan Sabah kini dituduh tidak layak memegang Sijil Anak Negeri!
ReplyDeleteharap ada tindakan tegas kepada mereka yang menyalahgunakan kuasa mereka
ReplyDeleteharap siasatan diteruskan hingga ada penutupannya...
ReplyDeleteharap kerajaan berjaya menangani masalah ini dengan adil dan tanpa pilih kasih
ReplyDeletehanya mereka yang terlibat dalam perkara ini sahaja tahu siapa penderhaka anak negeri sebenar...
ReplyDeleteTANGKAP DAN MASUK PENJARA BARU PADAN MUKA
ReplyDeleteKalau makamah dah putuskan tidak layak memiliki tanah di bawah syarat ‘Native Titles’, kenapa masih takda tindakan lanjut??? Takkan tak dengar arahan makamah?? hhmm..
ReplyDeletePenderhaka anak negeri ini patut kena hukum bah, baru pada muka.. Tamak betul!!!
ReplyDeleteKalau bukti pasal golongan tertentu yang tidak layak memiliki Sijil Anak Negeri dah ada, tindakan lanjut harus dibuat. Barulah adil, bukan cakap ja ada bukti tapi....
ReplyDeleteSemoga pihak-pihak yang berkenaan memberi perhatian serius terhadap hal ini. Pastikan ia dapat ditanggani dengan baik.
ReplyDeleteApapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti:)
ReplyDelete