PRESIDEN Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Tan Sri Bernard Dompok mendakwa bahawa Sabah mencatatkan peningkatan jumlah penduduk yang mendadak, khususnya antara tahun 1990 dan 2000.
Katanya, ini mewajarkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kehadiran pendatang tanpa izin (PATI) yang dikatakan menyumbang kepada peningkatan yang mendadak itu.
Dompok, yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, berkata demikian dalam ucapan dasarnya sempena Persidangan Perwakilan tiga tahun sekali UPKO ke-13 di Pusat Kebudayaan Penampang, di sini Sabtu.
Persidangan itu dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Turut hadir Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk SeriMusa Aman.
Dompok mendakwa Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat memberikan data penduduk kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen Mengenai Integriti pada tahun 2007 dan sehingga kini, persepsi awam ialah pihak berkuasa tidak tahu, berapakah sebenarnya jumlah rakyat Malaysia di Sabah?
Katanya, pada tahun 1960 jumlah keseluruhan penduduk Sabah ialah 454,561 orang di mana 42 peratus daripadanya adalah suku kaum Kadazandusun.
Pada tahun 2005, Sabah dikatakan mempunyai 3,313,000 penduduk, katanya.
Katanya, pada tahun itu, Sabah juga mencatat peratusan pertumbuhan penduduk paling tinggi dalam negara iaitu 3.1 peratus berbanding purata kebangsaan yang hanya berjumlah 2.3 peratus. (BERNAMA)
Sunday, September 25, 2011
Demografi Sabah Perlukan RCI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Para pemimpin tidak seharusnya hanya bergantung pada satu cara penyelesaian sahaja. Ada banyak lagi cara yang lain yang boleh digunakan, harap para pemimpin akan berusaha memikirkan cara yang lebih berkesan untuk menangani masalah ini.
ReplyDeleteBagaimana jika RCI tidak diluluskan, adakah para pemimpin kita akan terus menunggu sahaja? Sampai bila nak tunggu ni?
ReplyDeleteRCI adalah satu usaha untuk selesaikan maslaah PATI.
ReplyDeleteRCI merupakan cara alternatif jika program 5P gagal menyelesaikan masalah. Seharus menunggu keputusan sama ada 5P dapat berfungsi dengan berkesan dgn masalah PATI.
ReplyDeleteSemoga pertubuhan ahli jawatankuasa kecil untuk menganggani masalah PATI dapat menyelesaikan masalah dengan berkesan. Sokongan dan bantuan semua pihak amat diperlukan.
ReplyDeletekerajaan seharus mencuba semua cadangan dan kaedah yang dapat menyelesaikan masalah dengan berkesan. RCI merupakan satu kaedah yang cekap juga.
ReplyDeleteusaha untuk menyelesaikan masalah yang berlaku perlu sentiasa dilakukan setiap masa.
ReplyDeleteselain itu, komitmen dan kesungguhan semua pihak juga diperlukan dalam hal ini.
ReplyDeleteIsu PATI ni akan sudah lama, peningkatan yang mendadak ni disebabkan PATI la. Bejalan saja d KK ramai tu boleh nampak.
ReplyDeleteBikin hairan peningkatan populasi secara mendadak. Apa punca sebenar kepada peningkatan ini? Macam ada yang tidak kena..pihak berkenaan takkan masih mahu menafikan?
ReplyDeleteBelum cuba, belum tahu. Gunakan saja apa2 alternatif yang ada.
ReplyDeleteDiharap kerajaan komited untuk menangani masalah PATI di Sabah ini. Sudah lama cadangan ini diusulkan tetapi kenapa tiada jawapan?
ReplyDelete"Pada tahun 2005, Sabah dikatakan mempunyai 3,313,000 penduduk, katanya."
ReplyDeleteTambahan penduduk ini mengejutkan terutama dalam masa yang singkat.
Setiap cadangan dan proposal bertujuan untuk menyelesaikan masalah PATI seharus dicuba. Jika RCI berfungsi dengan lebih berkesan, seharus dicuba juga.
ReplyDeleteAny method that could effectively solve the PATI issues, certainly the best method that should apply. I see ho harm to try so that the issue can b resolved within the time frame.
ReplyDeleteRCI can work as alternative method after 5P. We need to see how efficient the 5P against PATI issue then only decided to go with the alternative.
ReplyDeleteSemoga ahli jawatan kuasa yang ditubuhkan ini lebih berfokus untuk menyelesaikan masalah PATI. Usaha semua pihak memang diperlukan.
ReplyDeleteapa salahnya mencuba cara ini? tubuhkan saja RCi dan kita lihat jika cara ini dapat menyelesaikan isu PATI..
ReplyDeletekerajaan persekutuan khasnya kementerian dalam negeri tidak harus terus-menerus menafikan hak sabah untuk menubuhkan RCI...penubuhan RCI juga akan dapat membuktikan bahawa tranformasi kerajaan bukannya satu retorik.
ReplyDeletepemegang IMM13 dan kaum kerabat mereka juga diharap akan dihalau keluar dari negeri ini..
ReplyDeletetubuhkan RCI agar usaha menyelesaikan PATI di sabah akan lebih berkesan lagi..
ReplyDelete"..persepsi awam ialah pihak berkuasa tidak tahu, berapakah sebenarnya jumlah rakyat Malaysia di Sabah?"
ReplyDeleteperkara ini sememangnya menjejaskan kredibiliti pihak berkuasa khasnya JPN kerana tidak dapat memberi jumlah rakyat malaysia di sabah..perkara ini tidak boleh dibiarkan sahaja kerana akan menjadi ancaman kepada kedaulatan negara..diharap pihak kerajaan khasnya kementerian dalam negeri tidak hanya menutup mata bahkan menubuhkan RCI untuk menyelesaikan isu ini.
RCI might be a big help in solving this issue. why not just try it out.
ReplyDeletePertambahan penduduk yang mendadak terhadap Sabah perlulah dikaji semula. Jangan biarkan perkara ini berterusan.
ReplyDeleteSampai bila kita mahu menunggu RCI dilaksanakan. Sebelum RCI dilaksanakan cubalah cari alternatif lain untuk mengurangkan kadar PATI di Sabah ini sambil menunggu kelulusan RCI. Kalau setakat tunggu tapi tidak ada apa-apa perkara lain yang buat maka sampai bila-bila pun kadar PATI di Sabah tidak akan berkurang.
ReplyDeletebaik tunggu dulu hasil dari pelaksanaan program 5P.. jika masih tidak ada perubahan, cadangkan sesuatu kaedah yang bersifat lebih aggresif..
ReplyDeletetidak ada sebab mengapa kerajaan tidak mahu menubuhkan RCI ini kecuali ada alasan yang kukuh
ReplyDeleteselesaikan sahaja masalah ini dengan segera supaya tidak ada lagi tanda-tanya dari semua pihak terutamnya rakyat/pembangkang
ReplyDeletekerajaan tidak patut membuta-tuli sahaja tanpa memberi pertimbangan langsung mengenai cadangan ini
ReplyDeleteapa salahnya kerajaan tubuhkan sahaja RCI ini dan jika ianya langsung tidak dapat memberi penyelesaian, mansuhkan sahaja bila2 masa.
ReplyDeletemasalah kemasukan PATI di Sabah tanpa penyelesaian memang membimbangkan rakyat
ReplyDeleteYa tersangat membimbangkan hingga hampir setiap hari hal ini diperkatakan. Hairannya, hingga kini macam belum ada penyelesaian pula.
ReplyDeleteMungkin ada sebab RCI tak dilaksanakan, tapi rasanya tak salah untuk mencuba kaedah ini kan??? Manalah tahu ada hasil positif:)
ReplyDeleteKalau tak pun, buatlah apa yang patut asalkan isu pati dapat diselesaikan segera. Jangan tunggu sampai pati pula yang kawal negeri kita baru kelam kabut mahu betulkan keadaan.
ReplyDeleteJusteru, pihak2 yang berkaitan harus berani melakukan percubaan demi menanggani hal ini. Saya yakin usaha berterusan pasti mampu menghasilkan sesuatu yang baik.
ReplyDeleteApapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti.
ReplyDeletesetiapkali dekat pilihanraya muncul lah hero hero.habis pilihanraya habuk pun tara.perut dah mangkin boroi,rumah dah mangkin banyak dan besar.apa punya pemimpin cam ni.masalah PATI tak selesai juga.
ReplyDeleteUMNO yg mencipta rakyat 'palsu', manalah dia mau RCI. siapa bah yg sanggup buka seluar depan org ramai. lagipun klu inda ada PATI, hilanglah undi BN, putrajaya pun hanyut, hilanglah RM RM RM RM...
ReplyDelete