Friday, September 23, 2011

Sambut Adun Bn Dengan "Masihkah Kau Ingat"

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhIFV4I4IBteWr1HXHYPmEbrbdp0uwpzFsSj4SBwb6qpaTGWC949mxe2dHt3ymlNQV7AjAe6iU4a6PEF3Ecc5MD82AQnde1x8HAGC2JQwpUbUbetB2OuNaxipwI8w-MYy3qp0c_79GyONaw/s1600/logo+selangor.jpgSila sambut delegasi 240 ADUN BN yang berkampung di seluruh DUN Selangor dengan kain rentang “Masihkah Engkau Ingat 51 Tahun Ketika BN Perintah Di Selangor”. Sebenarnya inilah yang layak untuk menymbut rombongan ADUN BN ke negeri Selangor dalam misi untuk menawan Selangor.

Apabila hilang kuasa baru teringat rakyat. Apabila hilang kuasa baru teringat masih ramai rakyat tidak kenal Umno. Apabila hilang kuasa baru teringat untuk membela rakyat.

Apa yang Umno buat ketika 51 tahun memerintah? Kenapa sekarang baru sibuk hendak mengambil berat tentang rakyat?.

Rakyat tentu masih ingat bagaimana bekas Menteri Besar Umno membelanja wang rakyat RM1.7 juta untuk lawatan ke Paris Disneyland dan Orlando Disneyland dalam masa 8 hari sahaja. Belanja bilik hotel untuk Datuk Seri Khir Toyo RM110,000. Rakyat ke Makkah 40 hari baru belanja RM10 000.

Rakyat tentu masih ingat ketika Umno berkuasa halau penduduk Kampung Berembang Ampang macam binatang. Pada hal penduduk ini penyokong tegar Umno, tetapi mereka tidak mempedulikan, kerana mereka berada di puncak kuasa

Rakyat tentu ingat zaman Umno kegiatan masjid malap seperti lampu yang tidak ada bateri. Ahli Jawatankuasa Masjid yang dilantik bukan ahli masjid. Supaya memudahkan kegiatan menjahilkan rakyat dan jauh daripada institusi agama. Umno sedar jika rakyat celik agama berarti selamat tinggallah Umno.

Rakyat tentu masih ingat ketika kerajaan Pakatan Rakyat memberi air percuma 20 meter padu kepada semua rakyat, maka pemimpin Umno mengatakan ini kerja membazir. Awas jika BN menang semua ini akan ditarik balik.

Rakyat tentu masih ingat ustaz-ustaz diburu macam penjenayah. Datuk Dr Harun Din, Datuk Ismail Kamus, Allahyarham Datuk Ishak Baharum hendak ditangkap kononnya melakukan kesalahan jenayah syariah.

Sekarang baru pemimpin Umno hendak bermuka-muka menjadi pembela rakyat. Mereka ini akan menanam janji manis, tetapi apabila mereka dapat kuasa mereka akan melanjutkan tradisi menindas rakyat.

Awas rakyat Selangor, bila bertemu dengan ADUN BN yang berkampung di tempat tuan-tuan tolong ingatkan kepada mereka “Masihkah Engkau Ingat 51 Tahun Berkuasa”. Paling cantik sekali ialah rakyat Selangor kena tanya kepada wakil rakyat yang datang daripada negeri yang BN perintah. Adakah rakyatnya mendapat air percuma, kifalah RM2500, Tabung Warisan Anak Selangor, Guru KAFA mendapat gaji RM1300. Sudah tentu jika soalan ini dikemukan ADUN BN lari lintang pukang.

Oleh Ustaz Idris Ahmad

22 comments:
Write comments
  1. cadangan wording utk kain rentang bg delegasi ADUN/MP drpg sabah: "mabuhay / malaysia bisa"...

    ReplyDelete
  2. Wahai Guru-Guru KAFA di Sabah,Elaun anda berapa..Sabah ni diperintah oleh BN,jangan pula Gaji rakan anda di Negeri Pakatan lebih mahal dari Negeri yg diperintah oleh BN.

    Kifalah jangan tanya,memang tiada.Masih nak pertahankan BN

    ReplyDelete
  3. Jangan tunggu sampai dah hilang kuasa baru terfikir nak memperjuangkan hak rakyat.

    ReplyDelete
  4. Rakyat pandai-pandailah mengundi bila PRU-13 nanti.

    ReplyDelete
  5. BN memerintah Sabah tetapi lihatlah 'Lebuhraya Keningau Kalabakan Tawau' apa dah jadi. Kalau lebuhraya Utara Selatan di semananjung begitu cantik mengapa kerajaan Bn tidak buat lebuhraya seperti itu untuk menghubungkan Sabah dan Sarawak? BN kata Pembangkang hanya tahu menabur janji tapi apa sudah jadi dengan lebuhraya yang sepatutnya dibina menghubung Tenom dan Beaufort yang dilakukan pecah tanah oleh Perdana Menetri ketika itu Dr Mahathir. Inilah janji BN dan penipuan BN.

    ReplyDelete
  6. masalah kecurian pasir jg wujud di selangor semenjak PR memerintah.

    ReplyDelete
  7. Masalah kecurian kayu balak di Sabah macam mana pula Mr Kili?

    ReplyDelete
  8. serahkan saja kepada rakyat untuk membuat pilihan mereka sendiri..rakyat pandai-pandailah membuat penilaian..

    ReplyDelete
  9. masalah kecurian pasir di selangor x berlaku sebelum PR ambilalih? rasanya sy punya meow meow pun tau jawabannya...

    ReplyDelete
  10. antara negeri yang diperintah oleh BN mahupun PR pasti ada saja isu2 yang akan timbul.

    ReplyDelete
  11. semuanya bergantung pada rakyat untuk menentukan siapa yang akan menjadi pemimpin mereka.

    ReplyDelete
  12. Siapa yang dapat pastikan pengundian dijalankan dengan adil? Untuk menang, macam2 cara sanggup dibuat. Asalkan ada duit, semua boleh jalan.

    ReplyDelete
  13. Kalau meraka tak ingat juga, apa macam? Huhu

    ReplyDelete
  14. sifat lalai manusia, semasa bersama tidak dihargai sudah ditinggalkan baru tercari-cari.

    ReplyDelete
  15. Biasalah bila kalah baru ingat rakyat. Kalau tidak lu sendiri kena fikirlah....

    ReplyDelete
  16. jadi bila lagi rakyat sabah nak sedar? setakat bagi zink berapa keping, tingki,lupa sudahhh..kena tipu...

    ReplyDelete
  17. ada kerajaan ada pembangkang, tidak semesti usul yang dibawa disokong bulat-bulat perlu dibahas.. kalau tidak rakyat tidak tahu..barang naik dll, rakyat cakap bagus kerajan sekarang membantu tapi rakyat tahu apa sebenarnya berlaku.

    ReplyDelete
  18. Biarlah rakyat sendiri yang menilai pada PRU13 yang akan datang. Mari kita lihak sendiri siapakah yang akan dipilih oleh penduduk Selangor.

    ReplyDelete
  19. Buktikan bahawa kalau benar BN dapat buat yang terbaik nanti..Jadi pastikan peluang yang diberikan akan dimanfaatkan sepenuhnya.

    ReplyDelete
  20. Terlalu banyak complaint tapi kenapa masih lagi BN yang memerintah? Siapa yang memilih mereka? Tidak ada jawapan lain, hanya rakyat yang berhak untuk memilih, dan jika tuduhan yang dilemparkan adalah benar, mengapa tidak rakyat membuat keputusan untuk tidak menyokong BN lagi. Keadaan yang berlaku adalah sebaliknya.

    ReplyDelete
  21. Terbukti kebaikkan yang dilakukan adalah melebihi kekurangan yang ada itu sebablah BN masih lagi bertahan sehingga ke hari ini.

    ReplyDelete
  22. ahli2 politik Pakatan pun ramai yang dari umno.. besok2 kalau mereka2 ini berjaya merampas kerajaan dan memiliki kuasa/jawatan, semua tanggungjawab mereka kepada rakyat tidak mustahil dilupakan..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.