Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan rasuah dan "penyelewengan proses perundangan" oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Mahfuz berkata dakwaan itu dibangkitkan banyak pihak, termasuk oleh penulis Raja Petra Kamaruddin, bekas panel pencegahan rasuah Tan Sri Robert Phang, serta didedahkan dalam surat terbuka bekas ketua siasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim.
"Ia (dilihat) satu pencemaran terhadap institusi peguam negara yang diwujudkan dalam (kerangka) perlembagaan persekutuan," katanya dalam sidang media di ibu negara petang ini.
Mahfuz berkata, suruhanjaya itu perlu ditubuhkan kerana institusi peguam negara mempunyai hubungan langsung dengan Perlembagaan Persekutuan dan perlantikannya dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.
Menurut Mahfuz, dakwaan berkaitan, antaranya berhubung tuduhan terlibat memalsukan fakta dan bukti dalam kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim, kes dengan Shahidan Shafie dan "penyelewengan proses perundangan" kes Altantuya Shariibuu.
Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata beliau "tidak nampak ada kesediaan" Abdul Gani untuk menyaman pihak yang membuat dakwaan tersebut kepadanya.
Mahfuz berkata peguam negara itu "tidak sukar" untuk mengambil tindakan saman contohnya kepada Mat Zain yang sentiasa berada dalam negara berbanding Raja Petra yang berada di luar negara.
Tafsiran berbagai-bagai
"Tidak sukar kalau Tan Sri Abdul Gani hendak bersihkan nama untuk menyaman orang seperti ini yang membuat dakwaan salah laku beliau.
"Oleh kerana Tan Sri Gani Patail nampaknya tidak ada kesediaan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada orang ini, bermakna dakwaan-dakwaan itu tinggal dalam keadaan yang mempunyai tafsiran berbagai-bagai, yang terus memberikan imej yang tidak baik kepada negara kita," katanya.
NONESehubungan itu, tegas Mahfuz, menjadi tanggungjawab kerajaan "membersihkan keadaan ini" melalui penubuhan siasatan diraja demi menjaga nama baik dan kemuliaan institusi istana dan Perlembagaan Persekutuan.
Mahfuz menggesa kerajaan menubuhkan panel siasatan tersebut dengan segera dan jika tidak, beliau akan mengumpulkan tandatangan pelbagai pihak, termasuk anggota parlimen dan NGO, untuk diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Katanya, dakwaan tersebut "bukan isu politik" sebaliknya merupakan soal keluhuran dan kewibawaan institusi dan peguam negara.
"Bagi saya laporan ini (di media dan internet) sudah cukup, yang terpapar dalam internet, surat-surat yang dikeluarkan oleh bekas ketua CID Kuala Lumpur, saya kira sudah cukup kuat untuk pihak berkuasa dalam negara kita ini mengambil langkah yang sewajarnya.
Laporan dan kenyataan berkaitan dakwaan terhadap Abdul Gani turut diedarkannya kepada pemberita.
Tuesday, September 27, 2011
PAS Gesa Suruhanjaya Diraja Siasat Gani Patail
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Betul, harap tindakan yang betul akan diambil supaya masalah ini akan mendapat penghujungnya.
ReplyDeleteIsu ini akan terus dipermainkan dan dibangkitkan di media dan juga internet selagi belum mendapat penyelesaian.
ReplyDeleteapa bukti atau asasnya dakwaan tersebut?? apa pun tunggu dan lihat sajalah pekembangan isu ini..
ReplyDeleteSuruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat kegiatan rasuah dan penyelewengan individu. kenapa tidak untuk selesaikan masalah PATI?
ReplyDeletediharap perkara sebenar akan terdedah.
ReplyDeleteisu ini bukan penting sgt pun. lebih baik tubuhkan RCI untuk PATI.
ReplyDeleteSusah mahu jatuhkan orang2 yang ada pengaruh ni.
ReplyDeleteSetuju dengan kili. Lebih baik tubuhkan RCI untuk siasat isu PATI di Sabah.
ReplyDeletex isu penting? AG hanya berfungsi sbg pihak yg menyediakan tempat rekreasi spt taman permainan, aktiviti memancing, pertandingan lumba kerbau, sabung ayam shj? pemegang post ini secara langsung / x langsung boleh mempengaruhi keputusan penting di peringkat tertinggi pentadbiran negara...
ReplyDeleteBN nak buat RCI untuk PATI Sabah? Jangan mimpilah. Sudah berbuih suara rakyat Sabah tak pernah di dengar oleh UMNO malah pemimpin komponen BN seperti Tan Sri Dompok pun menyuarakannya. Tapi pemimpin UMNO butakan telinga. Kenapa?
ReplyDeleteRCI utk isu PATI di sabah? UMNO adalah mastermind terhadap masalah ini n oleh yg demikian, sanggupkah UMNO buka seluar di hadapan org ramai? x mungkin. sipak dulu itu UMNO dr sabah, barulah ada kemungkinan besar utk RCI...
ReplyDeleteAla masalah yang sudah bertahun-tahun berlaku dengan Anwar siapa suruh Anwar jadi orang jahat pada masa itu.
ReplyDeleteBiarkan saja pembangkang mahu buat apa yang mereka suka. Sekarang ini cuba kerajaan mencari jalan bagaimana untuk memastikan semua perancangan untuk negara dan rakyat berjalan dengan lancar dan jayanya.
ReplyDeletekalau betul dia saman, nanti keluar pula isu lain..
ReplyDeletedear karulnaim;
ReplyDeletememang banyak pencapaian terbaik UMNO:
1. 1.7 juta PATI.
2. sabah kaya dgn hasil bumi tp berjaya dimiskinkan.
3. menafikan 20 perkara.
4. scorpene yg inda pandai menyelam.
5. guru tadika pun didatangkan khas drpd malaya sbb rakyat sabah semuanya palui2.
pencapaian terbaik pembangkang pula berjaya membela dan mempertahankan ketua mereka yang mempunyai moral yang rendah..
ReplyDelete