Belum sempat Festival Pekan Budaya Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2011 bertempat di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu melabuhkan tirainya esok (29 Sept 2011), ia telah dihentam ribut kuat malam tadi yang menyebabkan keseluruhan festival tersebut musnah samasekali.
Sebanyak 18 buah khemah pameran dan 32 khemah jualan sempena Festival Pekan Budaya hampir musnah akibat dipukul ribut kira-kira 9 malam tadi, demikian lapor fotoBernama.
Festival tersebut yang bermula sejak seminggu yang lalu disertai oleh 17 buah agensi kerajaan termasuk Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.
Perlbagi acara telah berlansung sepanjang karnival tersebut seperti pertandingan memancing, pameran oleh agensi kerajaan, gerai jualan, permainan dan persembahan tradisional, persembahan nasyid, persembahan artis-artis jemputan serta Kuala Terengganu idol (karaoke).
Di dalam kejadian ribut yang melanda malam tadi, pintu gerbang Festival patah dan tumbang, manakala banyak dahan-dahan pokok menghempap kenderaan di Dataran Shahbandar.
Keadaan menjadi lintang pukang dengan khemah-khemah jualan terbalik dan roboh akibat dihentam oleh ribut berkenaan.
Malah terdapat bot yang karam akibat dipukul ribut di tebing Sungai Terengganu berhampiran Dataran Shahbandar.
Ramai berpendapat bahawa ribut yang melanda malam tadi adalah tempias dari taufan Nesat yang melanda Filipina yang telah mengorbankan tujuh nyawa setakat ini.
Wednesday, September 28, 2011
Terengganu Dihentam Tempias Taufan Nesat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Yang penting tiada daripada rakyat kita yang tercedera ataupun terkorban.
ReplyDeleteMasih ada aura-aura bahawa taufan Nesat akan menyerang. Perlu lebih berhati-hati sekarang ini. Kurangkan aktiviti luar.
ReplyDeleteIni baru impak tempias taufan Nesat. Semoga taufan itu reda segera.
ReplyDeletetempias dia pun sudah begitu kuat. syukurlah semua selamat.
ReplyDeleteya, mungkin ini tempias kesan daripada taufan Nesat yang berlaku di Flipina..
ReplyDeleteharap keadaan akan cepat pulih dan sentiasalah berhati-hati.
ReplyDeletedi Sabah pun mengalami tempias taufan ini tapi syukur tidaklah teruk mana.
ReplyDeletebencana2 alam sebegini memang sukar dijangka.
ReplyDeleteAdui punya sayang tu Triton....
ReplyDeleteteruknya. tempias2 pun sudah macam ni. harap2 kita selamat.
ReplyDeleteMemang kuat angin taufan itu sehinggakan tempiasnya datang ke Sabah.
ReplyDeleteIni baru tempias oo..sudah teruk macam ini. maka berjaga-jagalah selalu.
ReplyDeleteWahhh nasib baik ribut ni tak berlaku pada masa bulan ramadan...kalau tidak banyaklah gerai2 diterbang angin....tapi nasib juga la kita kena ekor saja...
ReplyDelete