Thursday, September 22, 2011

Karut, kes sejarah dibicara di mahkamah

Peguam Mohamed Hanipa Maiden menganggap kes yang melibatkan Mohamad Sabu sebagai kes 'karut' kerana mana ada kes yang berhubung sejarah dibicarakan di mahkamah melainkan di Malaysia.

Sepatutnya, kata beliau ia dibawa ke medan pentas akademik bukan ke mahkamah seperti mana hari ini.

Pagi tadi, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu telah dibebaskan pada pukul 12.15 tengah hari dengan ikat jamin RM15 ribu.

Jika sabit kesalahan beliau boleh dikenakan tahanan dua tahun penjara, didenda atau kedua-duanya sekali.

Kes beliau akan disebut sekali lagi pada 27 Oktober ini dan dibicarakan pada 5 hingga 9 Disember depan di Mahkamah Sesyen di sini.

Beliau dibela oleh Hanipa Maidin dan Amirudin Zulkiply manakala pendakwaan dilakukan oleh Mohamad Hanafiah Zakaria, Ishak Mohd Yusuf dan Suhaimi Ibrahim di hadapan Hakim Ikmal Hisham Ahmad Tajudin.

Turut hadir memberikan sokongan moral kepadanya ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Khalid Man, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kubang Rotan, Kedah, Nasir Mustaffa dan ramai lagi kepimpinan PAS dari Pulau Pinang dan Kedah.

Sementara itu, Mohamad berkata, beliau sedia dibicarakan dan yakin kesnya akan mencapai kemenangan demi memperbetulkan fakta sejarah yang telah diselewengkan oleh penjajah.

Umno juga ujarnya, akan kalah untuk mempertahankan fakta yang salah sekaligus meranapkan impian Barisan Nasional (BN) untuk meneruskan pemerintahan negara ini.

"Saya yakin seyakin-yakinnya kita boleh menang kes ini dan Umno tewas dalam hal persejarahan Malaysia ini," tegas beliau ketika berucap ringkas di luar mahkamah.

Katanya, Umno dan BN hanya mahu menggambarkan perjuangan mereka sahaja yang betul mengenai kemerdekaan negara.

"Umno dan BN hanya mahu mengambarkan perjuangan mereka sahaja yang betul tentang kemerdekaan dengan membelakangkan perjuangan orang lain walaupun mereka lebih ke hadapan menentang penjajah," katanya. -HD

17 comments:
Write comments
  1. Ya, memang banyak yang 'karut' bila melibatkan politik.

    ReplyDelete
  2. Bila sejarah jadi mainan politik, ahli politik dapat publisiti, rakyat jadi bingung. Hujung2 tak tahu mana satu sejarah yang betul.

    ReplyDelete
  3. Itulah berpolitik tentang sejarah. sekarang masuk kes mahkamah sudah..

    ReplyDelete
  4. memang rakyat pun jadi bingung, pihak mana yang betul. sebelum ni tiada pula fakta2 sejarah tu dipertikaikan.

    ReplyDelete
  5. Biar perkara ini dibicarakan di mahkamah. Harap ia membuahkan hasil.

    ReplyDelete
  6. Semoga sejarah formasi negara kita ini akan disebarkan kepada semua.

    ReplyDelete
  7. semua perkara nak dijadikan isu politik termasuk sejarah.

    ReplyDelete
  8. biarlah mahkamah yang menentukan keputusannya nanti..

    ReplyDelete
  9. utusan n ibrahim ali ada imuniti pula-x habis2 magic oleh UMNO gara2 suntikan 1'Tembirang'Malaysia...

    1 lagi wayang kulit BN!!!

    ReplyDelete
  10. Apa kenyataan Mat Sabu boleh mengundang kekecohan kerana pasti rakyat Malaysia sendiri tahu komunis itu siapa..Apa yang komunis telah lakukan selama bertapak di Negara kita.

    ReplyDelete
  11. Karut kerana dibawa kes ini ke mahkamah? Rasanya tidak ada perkara yang mustahil boleh berlaku. Siapa suruh pandai-pandai buat kenyataan sendiri.

    ReplyDelete
  12. lain kali jangan mengarut pasal sejarah..

    ReplyDelete
  13. ya betul tu bagus buaT SEJARAH neji lagi bagus..

    ReplyDelete
  14. Kenapa perlu dijadikan kes pula? sejarah tetap sejarah dan ianya fakta yang tidak boleh diubah!

    ReplyDelete
  15. Lain kali bila sudah fakta jangan persoalkan dan jangan memandai2 ubah sana sini! kan dah kena...

    ReplyDelete
  16. Perjuangan angkat senjata ini adalah fakta sejarah. Fakta yang selama ini telah cuba ditenggelamkan Niat busuk menenggelamkan fakta ini bertujuan untuk menipu orang ramai agar percaya,

    ReplyDelete
  17. Sesuatu fakta sudah tertulis dan kebenaranya adalah Sahih. Jika diubah maka itu namanya kita menipu kepada generasi kita.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.