Kediaman Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, di Seksyen 19 di Shah Alam dipercayai dilempar bom petrol tengah malam tadi sehingga menyebabkan sebahagian pagarnya terbakar.
Anak perempuannya Nurul Huda berkata, dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam, beliau mendapati bahagian pagar depan dan lantai rumahnya terbakar, selepas dimaklumkan jiran.
"Saya tak nampak api. Waktu saya keluar rumah (api) sudah tiada. Cuma ada bau minyak dan gas," katanya yang berseorangan di rumah ketika itu.
Ibunya ketika itu berada di kampung halamannya di Perlis manakala Mohamad pula dipercayai mempunyai program di Pulau Pinang pada masa itu.
Nurul Huda, 27, berkata, jiran-jiran memaklumkannya melibat dua lelaki berada sekitar kawasan kediaman mereka sebelum mendapati api menyambar pagar rumah Mohamad.
Api itu juga dipadam terlebih dahulu oleh jirannya sebelum memaklumkan kepadanya kejadian itu, kata peguam muda itu.
Menceritakan kembali detik-detik semalam, Nurul Huda berkata, sejurus lepas kejadian, beliau terus menelefon pihak polis bagi memaklumkan perkara itu.
"Polis datang kira-kira pukul 1 pagi. Saya buat laporan polis di situ juga. Salinan repot saya ambil pagi tadi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Ditanya sama ada beliau merasa takut selepas kejadian yang pertama kali menimpanya itu, Nurul Huda berkata tidak kerana sudah merasa ada sesuatu yang tidak kena dalam masa terdekat.
"Saya sudah rasa lain macam dalam dua, tiga hari sejak lampu jalan depan rumah saya tidak menyala. Jadi, saya sudah ambil langkah berjaga-jaga," katanya.
Pada 8 September lalu, Mohamad mendakwa menerima SMS ugutan daripada daripada individu tidak dikenali yan mengancam mahu menyimbah asid terhadap isteri dan anak perempuannya.
Beliau menyifatkannya sebagai ancaman berat yang diterimanya berpunca daripada laporan Utusan Malaysia pada 27 Ogos berkaitan Mat Indera, tragedi Bukit Kepong dan sejarah kemerdekaan yang didakwa memfitnahnya. -mk
Wednesday, September 21, 2011
Rumah Mat Sabu Dilempar Bom Petrol
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sesiapa yang melempar bom petrol tidak sepatutnya bertindak melulu. Biar pihak berkuasa yang menangani kes Mat Sabu, bukan kita sendiri yang bertindak.
ReplyDeleteSaya faham ada sesetengah pihak yang marah dengan Mat Sabu, biarlah perkara ini diselesaikan melalui Undang-undang, bukan menerusi keganasan.
ReplyDeletewalaupun ada pihak tak puas hati dgn Mat Sabu, tapi jgnlah sampai nak bertindak sesuatu yang menyalahi undang2.
ReplyDeletetindakan seperti ini bukan Mat Sabu saja yang terkena kesannya malah keluarganya sekali akan terlibat.
ReplyDeletenampaknya wujud sudah dalam masyarakat kita orang yang suka bertindak mengikut undang2 sendiri.
ReplyDeletepekara ini tidak sepatutnya dilakukan. ini merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab..
ReplyDeleteNampaknya musuh Mat Sabu semakin ramai sebab kenyataan mengenai sejarah bukit kepong baru-baru ini. Ramai yang naik marah dengan kenyataan beliau yang lebih menyokong Komunis dari pejuang kita dahulu.
ReplyDeleteJanganlah kita membuat penyelesaian sendiri seperti apa yang berlaku dirumah Mat Sabu ini. Nanti dimana-mana ada pihak pula menyalahkan BN yang membuat semua ini. Itu yang kita mahu mengelak dari berlaku.
ReplyDeletekalau tidak puas hatipun dengan Mat Sabu, jangan la ambil tindakan undang2 ditangan sendiri..
ReplyDelete