Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Perbankan (NUBE) menegaskan pihaknya tidak akan tunduk dengan ugutan Maybank sambil menggesa pengurusan bank terbesar itu agar tidak memperdaya orang ramai dengan kenyataan media tidak berasas.
Pada masa yang sama, kepimpinan NUBE berkata pihaknya juga akan mengheret pengurusan Maybank ke mahkamah berhubung isu kesatuan dalaman, yang ditubuhkan awal tahun, pada satu masa yang sesuai kelak.
“Maybank sebagai penjaga dana awam, integriti dan kredibilitinya adalah sangat penting, yang harus dipertahankan.
“Bagaimanapun Ketua Pegawai Eksekutif Maybank (Datuk Seri Abdul) Wahid (Omar) mengelirukan orang ramai dengan dakwaan mereka (semalam),” kata Setiausaha Agung NUBE J Solomon dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, pengurusan Maybank menegaskan pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang jika NUBE meneruskan serangan dengan membuat dakwaan tidak berasas.
“Sejak beberapa bulan lalu, NUBE telah melancarkan siri tindakan ke atas bank dan juga pekerja-pekerja, yang bank fikir tidak wajar dan akan mengambil tindakan perundangan,” kata Wahid.
“Maybank akan terus bertindak menyokong pekerja kami dan hak mereka dan pilihan mereka untuk diwakili seiring dengan peruntukan perundangan yang relevan dan tidak akan membenarkan sebarang tindakan tidak wajar oleh mana-mana pihak,” kata beliau lagi.
Sejak dua tahun lalu, NUBE berhadapan dengan dua isu penting iaitu mendesak agar 7,000 anggotanya yang berjawatan rendah di Maybank diberi bayaran bonus tertunggak 80 bulan.
Ia menuntut bonus sebanyak 80 bulan untuk anggotanya berdasarkan rasional bahawa pengurus kanan dan pegawai kontrak bank itu mendapat bonus lapan bulan setiap tahun sejak 10 tahun lepas, yang tidak diberikan kepada anggota NUBE.
NUBE membuat permintaan itu berasaskan tindakan Maybank membayar bonus lapan bulan setiap tahun bagi semua eksekutifnya sejak 10 tahun lalu.
Selain itu, NUBE juga berhadapan dengan masalah ekoran keputusan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja meluluskan pembentukan Kesatuan Bukan Eksekutif Maybank (Mayneu) atas alasan ia bercanggah dengan Seksyen 12 Akta Kesatuan Sekerja 1959.
Wahid yang juga Presiden Maybank berkata, dakwaan bahawa pengurusannya tidak menunaikan janji bonus kontraktual adalah tidak berasas.
Kata beliau, pihaknya tidak melanggar sebarang peruntukan perjanjian bersama membabitkan pekerja bank terbesar itu.
Bercanggah dengan dakwaan NUBE, kata Wahid, Maybank mahu menekankan bahawa pihaknya sentiasa menghormati hak pekerjanya memilih kesatuan yang mereka mahu diwakili, sama ada kesatuan dalaman ataupun kesatuan kebangsaan.
NUBE, katanya, merupakan kesatuan kebangsaan yang mewakili pekerja-pekerja perkeranian dan bukan perkeranian di kebanyakan kesatuan tetapi bukan di semua bank.
Kata Wahid, kini seramai 4,605 atau 61 peratus pekerja Maybank dalam kategori perkeranian dan bukan perkeranian merupakan ahli NUBE.
“Bagaimanapun beberapa pekerja telah memutuskan untuk menubuhkan kesatuan dalaman yang dipanggil sebagai Mayneu.
“Meskipun Mayneu telah didaftarkan sebagai kesatuan sekerja pada 3 Januari 2011, NUBE telah mencabar pendaftarannya dan perkara itu masih didengar oleh mahkamah,” katanya lagi.
Bagaimanapun menurut Solomon, kenyataan Wahid terbaru menunjukkan pendirian Maybank menyokong pembentukan dan pendaftaran kesatuan dalaman iaitu Mayneu.
“NUBE terlibat dalam pertikaian perhubungan perusahaan dengan Maybank sejak Jun 2009. Sebagai tindakan balas, Maybank telah melakukan dan terus melakukan pelanggaran hak asasi manusia dan kesatuan sekerja,” kata Solomon lagi.
Sejak dua tahun lalu, katanya, protes NUBE adalah membabitkan pelanggaran hak manusia dan kesatuan sekerja, antaranya tidak membayar bonus berasaskan prestasi kepada ahli-ahli NUBE sedangkan pekerja kumpulan pertengahan dan pengurusan tinggi diberi bonus lapan bulan setiap tahun sejak satu dekad lalu,
Katanya, pelanggaran-pelanggaran ini adalah isu perhubungan perusahaan yang turut telah dibawa ke perhatian pihak berkuasa.
“Kami tidak pernah berpiket dan membangkitkan isu pendaftaran kesatuan dalaman di Maybank.
“Kami semua sedar bahawa perkara ini berada dalam pertimbangan mahkamah dan oleh itu tidak wajar membangkitkan perkara ini di luar,” katanya lagi.
Sebaliknya kata beliau, Maybank pula mengeluarkan kenyataan akhbar menyentuh isu berkaitan dengan pendaftaran Mayneu yang dipertikaikan.
“Kenyataan Maybank bahawa ia menyokong penuh hak pekerja-pekerja untuk diwakili oleh mana-mana kesatuan mengikut pilihan mereka, sekali gus menunjukkan sokongannya kepada penubuhan Mayneu, yang ditubuhkan oleh bekas ahli NUBE yang sudah kecewa,” kata Solomon lagi.
“NUBE akan mengambil tindakan perundangan ke atas Maybank dalam soal ini pada masa yang sesuai,” katanya lagi. -TMI
Thursday, September 22, 2011
NUBE: Kami tak takut ugutan Maybank
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap masalah ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.
ReplyDeleteHarap ini tidak akan menjejaskan pengurusan Maybank dan juga perkhidmatan mereka terhadap pelanggan.
ReplyDeletekena siasat ni mana satu yang sebenarnya bersalah pihak Maybank ke NUBE.
ReplyDeleteSertakan bukti bila buat tuduhan.
ReplyDeleteSetuju dengan Fizal. Jangan sampai kes ini kena tempiasnya kepada pelanggan.
ReplyDeleteJika isu ini berlanjutan pasti akan menjejaskan imej Maybank. jadi biarlah masalah dalaman tersebut dapat diselesaikan sesama mereka dahulu barulah bawa kepada kes mahkamah jika tidak dapat diselesaikan.
ReplyDeletelebih baik jika mereka melakukan perbincangan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku.
ReplyDeletehal ini perlu diselesaikan segera, jika berlanjutan ia akan menjejaskan mutu Maybank.
ReplyDeleteMasalah kecil antara Maybank dan NUBE. Bawalah berbincang untuk menyelesaikannya.
ReplyDeleteMaybank mahu membawa tindakkan undang-undang kenapa NUBE kerana memberikan dakwaan yang tidak berasas. Jika begitu bawa kes ini ke Mahkamah. Biar Mahkamah yang memutuskan siapa yang bersalah.
ReplyDeleteberani kerana benar..
ReplyDeleteHarap pihak yang benar akan mendapat keadilan sewajarnya.
ReplyDeleteHarap juga tidak ada keganasan yang berlaku dan biarlah perbincangan yang menyelesaikan masalah ini.
ReplyDelete