Sunday, September 18, 2011

Mansuh ISA, Petanda PRU Makin Hampir

Akhirnya Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak akur kepada kehendak dan tuntutan rakyat untuk memansuhkan akta zalim, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Demikian menurut Ketua Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Johor, Suhaizan Kayat yang juga menyifatkan bahawa pengumuman ini merupakan petanda bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hampir.

"Najib akhirnya akur bahawa ISA (khususnya) sememangnya akta yang diluar daripada kemanusiaan dan sangat bercanggah dengan hak asasi manusia yang selama ini digunakan oleh kerajaan sedia ada (UMNO/BN) keatas rakyat selama lebih 50 tahun."

Suhaizan melalui satu kenyataan medianya, mengulas berhubung kenyataan Perdana Menteri malam tadi berkaitan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan beberapa lagi pemansuhan akta- akta yang lain.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan, beliau memberitahu keputusan yang dibuat Najib ini merupakan langkah agresif dengan ‘merobohkan’ perisai yang mereka gunakan selama ini, disaat rakyat sudah mula terdedah dengan maklumat-maklumat alternatif melalui media baru seperti Facebook dan Twitter.

Beliau yang juga Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia, menegaskan rakyat jangan mudah tertipu dengan janji-janji manis ini, kerana tidak mustahil rakyat akan ditipu sekali lagi setelah kemenangan besar UMNO-BN dalam PRU-13 nanti seperti penipuan-penipuan pilihanraya sebelum ini.

"Oleh itu, kita khuatir PRU-13 yang tidak ada sebarang jaminan akan dilaksanakan dengan telus dan adil ini akan menyebabkan sekali lagi manipulasi oleh UMNO/BN bagi tujuan mengekalkan kuasa. Kebimbangan saya ini adalah amat berasas sekali kerana isu terkini yang saya ketengahkan berkaitan ‘Mykad klon’ sendiri pun, masih tidak dijawab oleh beliau dan agensi-agensi berkaitan (SPR, JPN)!"

Suhaizan tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap pemansuhan ini, berikutan Najib masih belum lagi menyelesaikan persoalan-persoalan besar seperti penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) bertujuan mengkaji perjalanan sistem Pilihan Raya di Malaysia sepertimana yang digembar-gemburkan.

Bahkan Najib masih gagal memberikan jaminan bahawa PRU-13 akan dijalankan selepas hasil kajian PSC selesai dilaksanakan selain 8 tuntutan Bersih 2.0 juga belum dilihat akan diberikan perhatian khusus oleh Najib untuk dibincangan dalam PSC nanti.

"Kalau PR kurang di Parlimen kerana kekalahan diatas padang Pilihan Raya yang rata tak mengapa lah. Tapi keadaan sekarang ini, sudah lebih 50 tahun kita bertarung di padang yang tidak rata, bahkan pengadilnya juga ‘berat sebelah’. Lebih parah lagi, tidak ada sebarang jaminan bahawa padang akan ‘diratakan’ dan pengadil akan benar-benar telus dan adil!"

Justeru itu beliau memberi amaran kepada Najib jangan menjadikan pengumuman malam tadi sebagai salah satu ‘umpan’ kepada rakyat khususnya menjelang PRU-13 kelak.



-TVS News

10 comments:
Write comments
  1. Hope that the government is truly sincere to demolish ISA.

    ReplyDelete
  2. Kamunting should be closed down forever. We don't want ISA to revive.

    ReplyDelete
  3. pemansuhan ISA ni sudah lama dinyatakan oleh Najib iaitu sejak awal beliau memegang tampuk pemerintahan.

    ReplyDelete
  4. keputusan memansuhkan ISA memang wajar dan disambut baik oleh banyak pihak..

    ReplyDelete
  5. diharap pemansuhan akta ini memberi kesan yang positif.

    ReplyDelete
  6. pemansuhan ISA pun nak dijadikan pelbagai spekulasi.

    ReplyDelete
  7. Baguslah kalau PRU semakin hampir. Ini yang ditunggu-tunggu oleh rakyat kita.

    ReplyDelete
  8. Lagi cepat lagi bagus PRU. Semua sudah ternanti-nanti..

    ReplyDelete
  9. Menunggu dengan penuh kesabaran.

    ReplyDelete
  10. alang2 cakap ja ba semua yang dilakukan oleh kerajaan hari ini merupakan petanda pilihanraya semakin hampir..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.