Wednesday, September 21, 2011

Komunis : Mat Sabu akan didakwa

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth esok ekoran ucapannya berhubung isu Mat Indera dan tragedi Bukit Kepong.

Peguam Hanipa Maidin berkata, anak guamnya dimaklumkan pihak polis akan didakwa bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.

Tambahnya, pendakwaan terhadap anak guamnya dijangka dibuat pada jam 9 pagi.

Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu melaporkan pemimpin parti Islam itu dalam ceramahnya di Pulau Pinang sebagai berkata, Mat Indera wira sebenar dalam tragedi itu dan bukannya "polis British".

Ucapan itu mencetuskan kontroversi besar dan dikritik pelbagai pihak, terutamanya pemimpin BN dan meleret kepada polemik kemerdekaan negara dan sama ada negara ini pernah dijajah.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Hanipa berkata, pihaknya mempertahankan Mohamad tidak patut dituduh di mahkamah.

"Sepatutnya mereka dakwa Utusan (yang menyiarkan laporan itu)," katanya yang juga peguam PAS.

Jika sabut kesalahan, Mohamad boleh dikenakan hukuman sehingga dua tahun penjara, denda atau kedua-dua sekali.

Dalam ucapannya yang dibuat dalam ceramah pada 21 Julai lalu, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dikatakan mengeluarkan kenyataan seperti berikut:

“… Bukit Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tu lah pegawai kerajaan, ketuanya Mat Indra, Melayu.

“Tetapi semua sejarah itu ditutup, Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu Umno, cerita Bukit Kepong, hak serang balai polis tu penjahat, polis itu polis British.

“Sebelum merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Indera ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jering, Taiping.

“Begitulah juga Tok Janggut, Tok Janggut ni lawan British, tapi sebelum British nak... nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengisytiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, bila isytihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah Tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan.

“Semua sejarah negara kita bohong…."

12 comments:
Write comments
  1. Apakah kejadian sebenar?

    ReplyDelete
  2. Kita perlu tahu sejarah kita yang sebenar. Tolak Sejarah bohong.

    ReplyDelete
  3. Mat Indera dan Tok janggut tak sama, Tok janggut berjuang untuk mempertahankan tanah air, Mat Indera berjuang untuk ideologi Komunis.

    ReplyDelete
  4. fakta2 sejarah tu sepatutnya tidak dimanipulasi untuk kepentingan politik.

    ReplyDelete
  5. apapun, kita tunggu dan lihat kesudahan perbicaraan Mat Sabu nanti.

    ReplyDelete
  6. isu sejarah tidak sepatutnya dipolitikkan..

    ReplyDelete
  7. berkaitan kes Mat Sabu ni, lebih baik tunggu sajalah sehingga semuanya selesai...

    ReplyDelete
  8. Mat Sabu tahu sejarah yang berlakukah pada masa itu? Kalau setakat kata-kata tanpa bukti tidak bermakna langsung.

    ReplyDelete
  9. Nampaknya pelbagai dugaan tiba kepada orang nombor dua dalam PAS ini. Sejarah yang ada semua telah dikaji terlebih dahulu sebelum disahkan kebenarannya. Maka apa yang Mat Sabu ada untuk menguatkan fakta sejarah yang Mat Sabu ada?

    ReplyDelete
  10. lain kali jangan bertindak melebihi orang yang arif dalam bidang itu.. ahli politik dan ahli sejarah terlalu jauh bezanya..

    ReplyDelete
  11. betulkah neji cakap ni? neji bukan pandai dalam bidang tu juga. cakap jer lebih.

    ReplyDelete
  12. Anon, saya tidak ada buat ulasan pasal sejarah macam Mat Sabu.. kalau kau rasa ahli politik dan ahli sejarah tu sama, tahniah la sebab kau la orang pertama memiliki pandangan songsang seperti itu..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.