Tuesday, September 27, 2011

Penentang Hukum Hudud Adalah Golongan Jahil

Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas Terengganu, Dr B Chandran menganggap DAP, MCA dan Gerakan yang menentang pelaksanaan hukum hudud sebagai jahil.

Menurutnya, mereka berbuat demikian bukan kerana sengaja, sebaliknya tidak mendapat penjelasan sewajarnya dan ditakut-takutkan dengan kenyataan pihak tertentu yang berkepentingan, sehingga hudud digambarkan sebagai hukum yang zalim.

Beliau berkata, perkara sedemikian pernah berlaku kepada beliau sendiri apabila gambaran-gambaran negatif diceritakan pihak tertentu sehingga pendapatnya serupa dengan orang bukan Islam lain yang menentang hukum itu.

“Mereka bukan mahu menentang kerana sengaja tetapi kerana jahil, apabila mereka tahu, tiada masalah. Itu yang saya nampak dan tidak boleh sesekali marahkan mereka. Orang bukan Islam langsung tidak belajar mengenai hudud.

“Dahulu pun saya begitu, dengar macam-macam seperti hukuman potong tangan dan potong kaki tetapi apabila mula belajar, saya melihat hudud tiada kecacatan,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, di sini.

Mengulas lanjut, penolakan orang bukan Islam terutama parti politik adalah kerana mereka sangsi jika pelaksanaan hudud kelak akan memaksa mereka untuk menutup operasi premis penjualan arak.

Beliau berkata, mereka yang mengaitkan perkara itu akan berasa tidak selesa sedangkan bagi sesetengah pihak terutama orang bukan Islam, arak adalah salah satu keperluan dalam budaya mereka.

“Bagi saya, orang bukan Islam nampak apabila hukum hudud ini dilaksanakan, mereka dipaksa tutup premis arak. Itu adalah hukum jenayah Islam dan mereka tidak faham. Kalau kita katakan DAP, secara keseluruhannya parti itu mewakili orang Cina dan ada yang menjalankan perniagaan arak, sebab itu mereka membantah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang Islam memberi penjelasan sebenarnya mengenai hudud dan tidak sesekali memberi gambaran salah, selain mengetepikan fahaman politik.

Menurutnya, orang Islam terutama tokoh-tokoh Islam adalah ‘jurujual’ terbaik untuk menjelaskan mengenai perkara itu sambil menyifatkan hudud sebagai ‘produk mulia’ yang diturunkan Tuhan.

Bagaimanapun, B Chandran berkata, realiti yang dilihatnya ketika ini, ‘produk’ itu tidak akan mendapat sambutan sekiranya ‘jurujual’ tidak mampu mempromosikannya dengan kaedah terbaik kepada pengguna.

“Hudud adalah daripada Tuhan dan ia adalah produk yang mulia. Anda ada produk yang baik tetapi tidak guna juga jika ada jurujual yang tidak baik. Kalau kita tengok orang putih (Inggeris), sekalipun produk mereka tidak baik tetapi jurujualnya baik, mereka berjaya menarik pelanggan,” katanya.

13 comments:
Write comments
  1. Hukum hudud ini sudah dibincangkan selama beberapa tahun, tapi masih belum mendapat kelulusan.

    ReplyDelete
  2. Jika rakyat mahukan hukum hudud ini dilaksanakan, undilah PAS.

    ReplyDelete
  3. pekara ini mendapat perhatian banyak pihak..harap ianya tidak disensasikan pula..

    ReplyDelete
  4. isu berkenaan hukum hudud ni hanya untuk menutup isu2 yang timbul sebelum ini. memang semua ini ada unsur2 politik.

    ReplyDelete
  5. harap ia dapat ditangani dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  6. perlu faham akan hukum hudud sepenuhnya jika nak laksanakan.

    ReplyDelete
  7. Banyak non-muslim yang tak tahu hukum hudud ini maka elok dijelaskan sebaik-baiknya.

    ReplyDelete
  8. Ada kemungkinan benar juga pendapat Ren. Selepas isu sejarah dipolitikkan, sekarang isu Hudud pula.

    ReplyDelete
  9. Saya seorang anak dengan bapa yang baik drp. kecil sehingga dewasa/kahwin diurusnya dgn. bijak dan baik. Apa keperluan saya yang sesuai diberinya. Tidak pernah saya dikeciwakan.Ayah adalah Idolah saya.Kenapa pula ALLAH yang mencipta saya drp. tiada kpd. ada. Disediakannya segala-gala keperluan saya tampa diminta. Tiba- tiba dgn. bongkak saya menghinaNYA, menolak HUDUDNYA. Siapa saya ini? Apakah saya lebeh drp. Tuhan? Astaghfirullah aladzim. Nauzubillahi min zalik.

    ReplyDelete
  10. Siapa yang tidak jahil tiba-tiba pula hukum Hudud dilaksanakan. Kenapa tidak dari dulu lagi hukum ini dilaksanakan.

    ReplyDelete
  11. Hukum Hudud ini perlulah dikaji semula sebelum dilaksanakan. Hukuman yang perlu saja yang kita ambil, yang kerap berlaku jenayah di Negara kita ini. Seperti mencuri, merogol..

    ReplyDelete
  12. kenapa PAS tidak laksanakan sahaja hukum hudud ini di Kelantan? dalam perlembagaan persekutuan ada dinyatakan bahawa kerajaan negeri boleh melaksanakan sesuatu enakmen undang2 hanya dengan perkenan daripada Sultan.. buat la dulu di Kelantan supaya seluruh rakyat Malaysia dapat melihat keberkesanan pelaksanaan hukum ini..

    ReplyDelete
  13. Saudara-saudara sekalian percayalah,



    Kita menentang PAS, bukan kerana nama dia PAS. Kita menentang Pakatan Rakyat bukan kerana dia lama membangkang kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan pemimpin yang rendah moralnya, pemimpin yang menyokong Seks Bebas dan pemimpin yang menipu demi hendak berkuasa. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.


    Percayalah saudara-saudara sekelian,
    Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan menolak hukum Allah mengenai liwat dan zina.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.