Sunday, September 25, 2011

Pemimpin Pakatan bincang Hudud Rabu ini



Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat akan membincangkan ketidak-sefahaman mereka mengenai isu sensitif hudud pada mesyuarat bulanan mereka, Rabu ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu demikian kepada pemberita hari ini semasa majlis rumah terbuka Hari Raya PKR di Tropicana Petaling Jaya.

Katanya, mesyuarat itu pada mulanya dirancang untuk membincangkan Bajet 2012 yang akan dibentangkan perdana menteri pada 7 Oktober dan pra-belanjawan Pakatan juga, tetapi kini akan turut membincangkan isu hudud.

Menurut beliau berbeza dengan BN, Pakatan bergerak menerusi persetujuan bersama semua komponennya dalam isu yang melibatkan kepentingan awam.

"Kontroversi diperbesarkan di media daripada (keadaan) sebenarnya kerana (ia) bukan isu baru. Sebagai Muslim saya menyarankan sesiapa tolak hukum Islam kalau pemimpin Umno nak buat, itu hak mereka. Tetapi mesti ada muafakat dalam Pakatan Rakyat, mesti ada perbincangan dalam perjanjian ikut perlembagaan. Itu akan dibincangkan Rabu ini.

"Kita dengar kebimbangan dia (Karpal), tapi bagi saya ini bukan perkara baru. Kita sedia bincang. Ini prinsip Pakatan Rakyat. Kita bukan Umno. Mengarahkan. Kita mesti ada konsensus," katanya.

azlanIsu hudud mula disensasikan media aliran utama sejak minggu lalu yang mendakwa hubungan Pakatan Rakyat semakin retak.

Hari ini muka depan surat khabar Mingguan Malaysia dengan jelas melaporkan kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh membidas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkenaaan isu ini.

Khamis lalu, Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS berkata beliau lebih rela jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

Semalam, Karpal Singh meminta Pakatan mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan dan menyelesaikan pendirian parti PAS untuk melaksanakan hukum hudud dan penubuhan negara Islam.

NONEKatanya, parti itu sentiasa membantah agenda penubuhan negara Islam dan sekretariat Pakatan harus mengatur mesyuarat tergempar mengenai rancangan parti PAS itu.

Katanya sebarang kelewatan menangani isu kontroversi itu akan menghakis teruk keyakinan awam khususnya di kalangan bukan Islam dalam Pakatan.

Bagaimanapun, menurut Anwar, persoalan mengenai hudud ini adalah cubaan untuk mengalihkan rakyat dari isu yang membelenggu kerajaan BN.

Beliau menyatakan isu ini adalah isu yang berlarutan dan boleh dibincangkan dalam kerangka berbeza di peringkat Persekutuan dan Kelantan.

Malah, Umno turut dikecam MCA dan Gerakan berkenaan isu ini.

"Dalam konteks Persekutuan, kita akan dikekang rangka perlembagaan. Dan (perbincangan) dapat lihat bagaimana PAS artikulasikan visi mereka dan untuk DAP untuk suarakan pendapat mereka. Itu semangat yang kita perlukan.

“Saya tak fikir apa-apa akan berlaku dengan cepat tapi media digunakan untuk sorok isu korupsi, pembunuhan, salah guna kuasa. Isu ini digunakan dan MCA, ambil kesempatan masuk, apa yang baru dalam hal ini?" soal Anwar.

10 comments:
Write comments
  1. Masihkah hudud ini relevan dengan zaman ini?

    ReplyDelete
  2. tunggu dan lihat sajalah mengenai perbincangan mereka ini..

    ReplyDelete
  3. Jangan saja hari ini cakap lain, besoknya buat lain.

    ReplyDelete
  4. Susah Pakatan ni mahu berkompromi sebab masing2 ada perjuangan dan agenda sendiri. Berpijaklah di bumi yang nyata.

    ReplyDelete
  5. sehingga kini belum ada persefahaman dari semua pihak mengenai undang2 hudud.

    ReplyDelete
  6. mungkin tidak mustahil kalau ia dilaksanakan di Kelantan tapi sukar jika ia dilaksanakan di seluruh negara.

    ReplyDelete
  7. kenalah ambil kira pendapat pihak2 lain terutamanya yang bukan Muslim.

    ReplyDelete
  8. Biarlah mereka dengan Hudud mereka.

    ReplyDelete
  9. Umno-BN memperalatkan isu hudud ini sebagai permainan politik. Pimpinan Umno-BN tidak pernah berhasrat membincangkan isu ini secara tuntas dan serius.malah mempersendakan peranan undang-undang syariah serta beberapa pesan yang dianggap sebahagian dari sunnah Rasulullah SAW.

    ReplyDelete
  10. minta juga pandangan rakyat di negara ini.. pandangan rakyat tidak sama dengan pandangan pemimpin2 politik..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.