Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Rozan Azen Mat Rasip mendakwa blogger Umno dilindungi pihak berkuasa semata-mata kerana peranan mereka berkonspirasi menjatuhkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kebal dari sebarang tindakan undang-undang, blogger upahan Umno,Papagomo tidak pernah dipanggil memberi keterangan sama ada oleh polis atau Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM).
Terbaru, tindakannya menyebar video fitnah di internet yang didakwa sebagai Anwar tidak pernah diambil tindakan.
“Apakah kerana Papagomo menyerang Anwar, maka dia terlepas dari tindakan undang-undang? Sepatutnya polis telah lama menyiasat Papagomo.
Tindakannya sebelum ini menyiarkan video fitnah di internet sehingga menyebabkan beberapa orang didakwa di mahkamah.
“Kalau sebelum ini trio Datuk T membuat tayangan lucah di Hotel Carcosa dan menjadi kesalahan. Mungkin menggunakan blogger dan menyiarkannya di internet adalah cara untuk mengelak sebarang tindakan.”
“Papagomo juga mengugut untuk mengeluarkan lagi video-video dalam siara blognya akan datang. Persoalannya, bagaimana dia memperolehi video ini. Kenapa seperti ada kekebalan. Siasat dia segera,” katanya kepada Keadilandaily.
Rozan turut mencabar sama ada Datuk Eskay yang dikatakan wajahnya turut tersiar dalam rakaman itu untuk menafikan penglibatannya dalam pengedaran video tersebut.
“Dia kena declare (umum) yang dia tak terlibat dengan pengedaran video. Begitu juga dengan Presiden Umno dan Datuk T”
Terdahulu, Rozan membuat laporan di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur mendesak Ketua Polis Negara menyiasat penyebaran video fitnah terhadap Datuk Seri Anwar.
Katanya, tindakan TV3 memetik siaran blog tersebut dan melaporkannya pada program Buletin Utama malam tadi menimbulkan prasangka dan pandangan negatif orang ramai terhadap Anwar, sedangkan siasatan tidak pernah dibuat. -KD
Tuesday, September 20, 2011
Pihak Berkuasa Berkonspirasi Dengan Blogger UMNO?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bagi mendapatkan kebenaran, polis perlu membuat siasatan terhadap blogger tersebut.
ReplyDeletepandai-pandailah kita menilai setiap maklumat yang kita baca dari mana-mana blog sekali pun. jika dilihat blog pro PR juga banyak menghasilkan penulisan yang boleh dianggap sensasi..jadi pandai-pandailah kita menilai..
ReplyDeletesamada blogger UMNO atau pembangkang, berita yang disiarkan haruslah tepat.
ReplyDeleteItulah rakyat sendiri patut pandai membuat penilaian sendiri. Bukan mengambil bulat-bulat semua yang orang lain cakap.
ReplyDeleteSendiri perlulah pandai fikir dengan berdasarkan logik.
ReplyDeleteJangan menuduh yang bukan-bukan. Jika Blogger UMNO membuat salah tetap akan salah dan pihak berkuasa tidak akan berat sebelah jika disabit kesalahan atau memberikan maklumat palsu.
ReplyDeleteIni bukan masalah pihak berkuasa, tapi maklumat yang disampaikan oleh blogger itu yang perlu diambil kira.
ReplyDeletekenapa bukan Anwar sendiri buat laporan polis jika beliau difitnah?
ReplyDeleteutk apa AI buat laporan polis? hanya di malaysia shj yg berlaku di mana whistleblower yg disiasat n crooks dibiarkan 'merdeka' sepanjang masa spt ibrahim ali. 1Malaysia bah kan...
ReplyDelete1 lagi wayang kulit BN!!!
untuk apa Anuar buat laporan polis?? pertama untuk membersihkan namanya dan kedua supaya blogger itu dikenakan tindakan undang2.. bukankah Anwar antara politician yang suka saman menyaman? kenapa kali ni dia tidak buat?? gunalah keraguan2 yang timbul dipihak Anwar ini untuk membuat pertimbangan..
ReplyDelete