Tuesday, September 27, 2011

BN mula kenal pasti calon PRU-13

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjkr9lYEgbEzeNg2f7ynWYjW3GGa-_RcXzbUJfxNYK2Kw11YhjxZJbyuHoGgyeWpTBXk5J5EEctM4GckiLYLamDaDQr_b7vmo2UEI0bzQMlBCUwoGcUUEUevj1HYJIxIGwp_8BOnrIaExVM/s1600/muhyiddin.jpgBarisan Nasional (BN) sudah mula mengenal pasti calon bagi pilihan raya umum akan datang, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata langkah awal itu bukan bermakna pilihan raya umum akan diadakan dalam waktu terdekat tetapi bagi memastikan calon yang dipilih nanti berkeupayaan dalam semua aspek, termasuk dalam menjayakan pembangunan negara ke arah mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi.

Muhyiddin berkata BN akan menggunakan pendekatan baru dalam memilih calon dengan kriteria utamanya ialah bakal calon akan dinilai secara individu dan menyeluruh oleh pucuk pimpinan, selain sumber rasmi dan tidak rasmi.

“BN perlu ubah cara pemilihan calon berdasarkan perubahan landskap politik semasa... tidak boleh secara semberono,” katanya di sini hari ini.

Dipetik laporan Bernama Online, Muhyiddin berkata antara kriteria pemilihan bakal calon ialah kebolehan, kewibawaan, latar belakang, status pendidikan, kemahiran tertentu yang selari dengan tuntutan semasa, selain prihatin dan faham kehendak rakyat.

Beliau menarik perhatian bahawa untuk menjadi seorang wakil rakyat pada masa ini adalah amat mencabar dan memerlukan kebijaksanaan berikutan pengundi sekarang sudah matang dan membuat penilaian berdasarkan kewibawaan seseorang.

Sehubungan itu, beliau berkata pemilihan bakal calon terdiri daripada golongan muda dan berkelulusan tinggi akan diberikan pertimbangan sewajarnya, namun pengalaman turut diberikan perhatian bagi mewujudkan keseimbangan antara jumlah pemimpin muda dan berpengalaman.

Keutamaan juga diberikan kepada calon pilihan rakyat, katanya.

Muhyiddin berkata “calon yang boleh menang” yang dikatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini bukan bermaksud semata-mata yang boleh menang tetapi turut memenuhi semua aspek yang dikatakan itu.

“Ini bermakna walaupun seseorang wakil rakyat itu pernah menang tanpa bertanding, tidak semestinya dicalonkan semula. Semuanya bergantung kepada tuntutan semasa,” katanya. -TMI

11 comments:
Write comments
  1. Harap calon yang dipilih itu adalah orang yang berkelayakan tinggi dan berkemapuan.

    ReplyDelete
  2. Memilih calon tidak boleh alang-alang.

    ReplyDelete
  3. calon yang dipilih biarlah yang terbaik.

    ReplyDelete
  4. persediaan awal sememangnya perlu untuk memantapkan persiapan.

    ReplyDelete
  5. Hopefully the new candidates have clean background and they are sincerely want to help the rakyat. Not just for the sake of winning.

    ReplyDelete
  6. Siapalah calon2 itu? Tidak sabar mahu tahu.

    ReplyDelete
  7. jika bakal calon terdiri daripada golongan muda pastinya masih belum banyak pengalaman yang mereka ada. berapa sebenarnya umur yang disyaratkan untuk calon2 baru ni?

    ReplyDelete
  8. semua kena buat persediaan awal untuk hadapi PRU ini. jika sekalipun PRU dibuat pada 2013 mereka tak akan rugi apa2. pasti persediaan akan lebih lengkap.

    ReplyDelete
  9. Rasanya tidak ada salahnya memilih calon terlebih awal untuk PRU13. Itu lebih baik kerana disini mungkin pemimpin boleh melihat sendiri keupayaan calon tersebut.

    ReplyDelete
  10. Tidak bermakna PRU sudah dekat, tapi ini bagi memastikan calon itu berkebolehan. Maka kita mengharapkan supaya PM dan TPM akan memastikan setiap calon yang dipilih dapat memberikan yang terbaik kepada rakyat. Jangan kita memilih kerana atas dasar kawan tapi pilih kerana sokongan oleh rakyat.

    ReplyDelete
  11. ba bagus la kalau sudah kenalpasti calon.. lagi bagus jika calon yang diketengahkan dalam lingkungan umur 50 tahun kebawah.. takut nanti lepas menang banyak pula alasan sakit itu ini..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.