Sunday, September 18, 2011

Hasan Ali masuk Umno??

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjpET7i7tf9koUtA_zDgEy_4RyqWhUBFbNfgGbtoNBWJxmiCTpFb-H89Fmjfn7lVEO3uusmsdukfRWDcBshv8xVikx5o3RhYWDK60o_PrhaOLfj-T7PpTAmD_ZsKTYhHDXJrb_5fTFpisQ/s1600/dr+hassan+ali.jpgExco Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini menafikan dakwaan dalam blog bahawa beliau akan keluar PAS dan menyertai Umno.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat, menyifatkan dakwaan tersebut, bersifat "spekulasi".

"Saya bersama dengan PAS dan yakin dengan perjuangan PAS kerana slogannya kepimpinan ulamanya yang memanggil Hasan Ali menyertai PAS.

"Kedua, bukan sahaja kerana kepimpinan Ulama, (tapi PAS) nak menegakkan negara Islam yang berpaksikan Al-Quran, Al-Sunnah, Ijmak Ulama dan Qias," katanya dalam sidang media di kediamannya hari ini.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi dengan tegas, menafikan akan menyertai Umno.

Katanya lagi, sehingga semalam beliau mendapat tidak kurang 15 panggilkan telefon dan 25 SMS bertanyakan berhubung perkara tersebut.

Hasan turut menafikan dakwaan bahawa berjumpa dengan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk berbuat demikian.

"Tidak ada perjumpaan. Saya tidak pernah berjumpa dan tidak ada rancangan untuk berjumpa.

"Mungkin ada orang lain yang berjumpa, mungkin Hasan lain, Hassan putu mayung ka...(Tapi) bukan Hasan Ali," katanya berseloroh.

Hasan yang juga ADUN Gombak Setia menolak dakwaan dalam media dan blog bahawa sebelum ini pernah menganggotai atau berkecimpung dengan Umno.

"Saya tidak pernah sebarang masa, sebarang ketika berkecimpung dalam Umno dan tidak pernah berniat untuk berkecimpung dalam Umno.

"Semoga penjelasan ini, dapat diberitahu kepada mereka yang ingin mengetahuinya, saya rasa dapat meredakan spekulasi-spekulasi yang sedemikian.

"Saya tidak berkata spekulasi ini berniat jahat, saya tidak kata spekulasi ini mahu menimbulkan ketegangan mana-mana pihak, tetapi saya rasa, redakanlah.

"Kalau kamu tidak dapat daripada 'horse mouth' (dari mulut saya tentang perkara itu), janganlah mereka mewakili kuda-kuda itu untuk bercakap," katanya.

Ditanya mengapa desas-desus untuk menyertai Umno selalu dikaitkan dengannya, Hasan berkata macam-macam orang boleh mendakwa sedemikian terhadapnya.

"Saya public figure, macam-macam orang dakwa...Ia kena keluar dari mulut saya. Selagi tidak keluar dari mulut saya, kenapa perlu diwakil-wakilkan," katanya.

10 comments:
Write comments
  1. Even if Hassan Ali decided to leave, it is his decision.

    ReplyDelete
  2. Hope that people will not easily give in to rumors.

    ReplyDelete
  3. mungkin ini hanyalah khabar angin saja...

    ReplyDelete
  4. keluar parti dan masuk parti lain tu hak masing2.

    ReplyDelete
  5. PRU yang semakin hampir ni memungkinkan banyak spekulasi yang timbul.

    ReplyDelete
  6. hnya kabar angin rupanya, tapi jika nak nak masuk UMNO pun tak ada salahnya.

    ReplyDelete
  7. Menafikannya atau tidak yang pasti jawapan itu ada pada diri sendiri(Hasan Ali).

    ReplyDelete
  8. Banyaknya kabar angin ramai pula mahu jadi katak.

    ReplyDelete
  9. Mungkin benar dan mungkin tidak.. Memang sukar untuk kita percaya tapi kita tunggu saja akan datang.

    ReplyDelete
  10. jangan la melenting atau terkejut.. dalam politik Malaysia memang begitu..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.