Sebanyak 15 premis makanan termasuk restoran makanan segera popular dan berstatus halal di negeri ini serta beberapa negeri lain dikesan menggunakan sos serta beberapa bahan yang disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.
Perkara tersebut terbongkar selepas pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melakukan pemeriksaan mengejut di premis berkenaan pada bulan lalu.
Hasil pemeriksaan tersebut mendapati, premis terbabit masih menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce yang disahkan mengandungi DNA babi oleh Jakim.
Seorang jurucakap JHEAINS berkata, susulan itu semua premis makanan tersebut termasuk semua peralatan yang digunakan premis berkenaan terpaksa menjalani proses samak.
Katanya, premis berkenaan yang termasuk beberapa buah restoran, kedai kek dan restoran makanan segera telah disamak sebagai syarat untuk mereka memperoleh sijil halal.
“Kita melakukan pemeriksaan di premis-premis berkenaan selepas pihak Jakim mengesahkan bahawa dua sos berkenaan dan satu serbuk penaik jenama Puratos mengandungi DNA babi,” katanya di sini semalam.
Menurut jurucakap itu, ketika pemeriksaan, pemilik premis berkenaan mendakwa mereka tidak tahu bahawa produk yang digunakan oleh mereka mengandungi DNA babi. -Kosmo
Tuesday, September 13, 2011
Waspada, Restoran guna sos ada DNA babi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Susah kalau begitu. Ini ada babi, itu ada babi. Bikin takut bila keluar makan.
ReplyDeleteSudah lama memakan sos ini baru tahu ia tidak halal. Macam mana lah ni?
ReplyDelete'..pemilik premis berkenaan mendakwa mereka tidak tahu bahawa produk yang digunakan oleh mereka mengandungi DNA babi.'
ReplyDeletemacam mana tidak tau? label halal pun macam tiada di botol tu.
lain kali kena pastikan produk tersebut benar2 halal sebelum menggunakannya.
ReplyDeletekalau begini, kena lebih hati2 walaupun restoran mempunyai lesen halal.
ReplyDeletenampaknya pengguna perlu sentiasa peka dan berhati-hati..
ReplyDeleteSebaiknya kaji setiap barangan yang masuk kedalam negara untuk melebalkan halal atau tidak.
ReplyDeleteKepada restoran yang mengunakan bahan tersebut haruslah melaporkan perkara ini kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim.
ReplyDeleteKenapa baru sekarang kecoh? Patut dari awal lagi sudah ambil tindakan.
ReplyDeleteSalah siapa bila ni terjadi?
ReplyDeleteSejak akhir2 ni banyak isu mengenai produk yang mengandungi unsur DNA babi, yang menhairankan bagaimana produk tersebut boleh lepas ke pasaran. Pihak mana yang sepatutnya bertanggungjawab meluluskan produk tersebut??
ReplyDeletelagi bagus kalau semua produk makanan dikeluarkan atau dikilangkan di negara ini..
ReplyDelete