Menteri Pertananian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar "tidak tahu menahu" mengenai dakwaan bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo bahawa tiga menteri persekutuan dalam kabinet sedang berkonspirasi bagi mengenakannya.
"Saya tidak tahu. Saya tidak ada komen. Awak kena tanya dia (Dr Khir)," kata Noh ketika ditemui pemberita sewaktu sambutan Aidilfitri anjuran kementeriannya di Serdang.
Diasak pemberita mengapa Dr Khir menimbulkan perkara ini di dalam blognya, Noh yang juga ahli parlimen Tanjung Karang, sambil tersenyum, berkata:
"Saya tidak tahu, awak pergi tanya dia. Kena pergi tanya dia. Saya tidak tahu".
Dalam blognya 23 Ogos lalu, Dr Khir menulis ada menteri persekutuan yang sedang berkonspirasi agar beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah supaya membolehkan Selangor dapat dirampas semula oleh BN dalam pilihan raya akan datang.
Bagaimanapun Dr Khir tidak mendedahkan nama menteri-menteri berkenaan walaupun yakin sumbernya sangat boleh dipercayai.
“Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya,” tulisnya.
Noh adalah menteri kabinet mewakili Umno yang tunggal dari Selangor dan beliau juga adalah timbalan ketua badan perhubungan Umno Selangor .
Dakwaan konspirasi oleh Dr Khir timbul apabila bekas menteri besar itu diarah membela dirinya pada perbicaraan kes rasuah pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo, yang dijadualkan bermula pada 26 September depan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Beliau dipersalahkan berikutan kekalahan BN di Selangor pada pilihan raya umum 2008 selepas memerintah negeri itu daripada 2000 hingga 2008.
Berikutan keputusan yang memalukan itu, Khir berundur diri. Jawatannya sebagai pengerusi perhubungan negeri Selangor diambil alih oleh Najib selaku presiden parti Umno.
Najib kemudian melantik Datuk Noh Omar - seteru politik Dr Khir - sebagai timbalannya dan dilihat sebagai calon menteri besar baru jika BN mampu menang pada pilihan raya negeri akan datang.
Pada 8 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan bekas menteri besar itu membela dirinya berhubung kes rasuah pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu.
Dr Khir didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya Datin Seri Zahrah Kechik, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di Shah Alam dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 pada harga RM6.5 juta.-mk
Friday, September 16, 2011
Konspirasi tumbangkan Dr Khir, Siapa Terlibat?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tak kisah siapa yang berkonspirasi untuk menjatuhkan Khir Toyo.
ReplyDeleteBaik kita tunggulah dan lihat sajalah.
ReplyDeletemcm2 konspirasi yang timbul.
ReplyDeleteBila ini terjadi, baru tahu langit itu tinggi atau rendah kan.
ReplyDeletetunggu saja sehingga semuanya selesai bagi mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.
ReplyDeleteSebaiknya janganlah kita menuduh yang bukan-bukan mungkin ada pihak lain yang cuba memecah belahkan persahabatan.
ReplyDeletetidak hairan ada pihak yang cuba menjatuhkan satu sama lain semata2 untuk kuasa.
ReplyDeletemungkin perlu berhati2 kerana apa2 perkara pun boleh berlaku dalam situasi terdesak. apapun, perlu siasat dulu perkara ni.
ReplyDeleteBiasalah dlm politik tumbang menumbang walaupun dlm satu parti yg sama.Takkan bekas MB ini tak tahu atau pura2 tak faham. Dulu kan masa awak sekarang masa orng lain pula!Professionallah sikit. Dlm politik ni hari ini kawan besok lawan dan mungkin lusa kwn balik atau bebas . Zaid kan dah buktikan!
ReplyDeletetumbang menumbang biasalah dlm politik ...manusia yg gila kuasa semua boleh jadi ... apa nak heran ..
ReplyDeleteDr Khir sendiri yang menjatuhkan dirinya, bukannya orang lain.. baik beliau fokuskan kes rasuah beliau di Mahkamah..
ReplyDelete