Wednesday, September 28, 2011

Semakin Ramai Penjawat Awam Tak Suka BN?

Akhbar milik Umno - Utusan Malaysia - hari ini mendakwa menerima maklumat kononnya ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghantar orangnya meresapi badan kerajaan yang strategik untuk menjatuhkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Musuh" ini didakwa menyalurkan maklumat sulit mengenai Najib kepada pihak pembangkang, termasuk butiran tentang lawatan rasminya ke luar negara dan cuti peribadinya, dakwa akhbar berbahasa Melayu itu.

Bagaimanapun, akhbar itu tidak menyatakan nama sebarang badan kerajaan terbabit.

NONEDalam artikel bertajuk 'Musang berbulu ayam dalam
badan-badan strategik kerajaan?'
yang disiarkan hari ini, editor kanan Utusan, Datuk Zaini Hassan (kanan) mendakwa beliau telah menerima maklumat mengenai dakwaan tersebut.

"Saya menerima satu maklumat mengenai badan (atau mungkin lebih daripada satu badan) yang cukup strategik dalam kerajaan yang telah dan sedang diresapi oleh orang (atau dalam bahasa mulut orang-orang) Anwar Ibrahim.

"Maklumat yang saya terima menggambarkan bahawa ia adalah suatu situasi yang real dan nyata," tulisnya Zaini dalam kolumnya Cuit.

Beliau memetik maklumat itu memberitahu: ''Saya tidak hendak memberikan contoh yang lebih banyak, tetapi saudara perhatikanlah sendiri bagaimanakah ada agensi Kerajaan Persekutuan (dirahsiakan namanya) yang tugas pentingnya mempertahankan dasar-dasar kerajaan, memberi kefahaman kepada rakyat supaya akhirnya mereka memberikan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, boleh pula menerapkan, menyerapkan malah menggunakan instrumen pembangkang yang berusaha mematikan Perdana Menteri.”

Kata maklumat itu lagi, tulisnya, inilah kemenangan Anwar yang dibawa oleh orang kuatnya di dalam organisasi itu, dan masih membawa masuk orang Anwar secara perlahan.

azlan"Bagi kami yang kerdil ini, tidak sanggup melihat YAB Perdana Menteri menerima nasib seburuk (Muammar) Gaddafi (pemimpin Libya yang digulingkan).

"Sekuat Gaddafi pun akhirnya dijatuhkan dari dalam dengan bantuan musuh-musuh Islam di luar!'' tulis Zaini memetik maklumat tersebut.

Sebagai contoh Zaini memetik maklumat itu lagi: " ...anda fikirkanlah bagaimanakah kos perbelanjaan lawatan rasmi luar negara YAB PM boleh diperolehi dengan begitu detail, cepat dan pantas oleh pihak pembangkang?

"Bagaimanakah juga penerbangan percutian peribadi YAB PM juga boleh diperolehi dengan begitu detail dan cepat oleh pihak pembangkang? Dan banyak lagi contoh-contoh lain. Apakah ia diperolehi dengan mudah jika tidak kerana ada orang dalam yang membocorkan segala maklumat sulit itu?''

Bagaimanapun, Zaini menegaskan dia tidak dapat mengesahkan apa yang dikatakan oleh sumbernya itu.

"Jika salah, mungkin saya boleh tidur lena dan bersyukur keadaan itu tidak berlaku, walaupun saya mungkin dipersalahkan kerana menulis sesuatu yang tidak berlaku.

"Apa yang saya tulis ini mungkin sedikit memeranjatkan, tapi biarlah pihak-pihak tertentu yang menyiasat mengenai kebenarannya."

Jika dakwaan itu benar, tulis Zaini, ia adalah sesuatu yang cukup bahaya dan sesuatu yang drastik harus dilakukan supaya pengkhianat-pengkhianat ini dibersihkan secepat mungkin daripada sistem kerajaan.

"Ia adalah satu perancangan yang halus, licik dan terancang yang boleh menjejaskan kerajaan semasa," tambahnya. -MK

21 comments:
Write comments
  1. tanpa informer pun, rakyat x selamanya boleh kena tembirang. sesuatu yg betul @ tipu akhirnya akan sampai kpd rakyat...

    1 lagi wayang kulit BN!!!

    ReplyDelete
  2. Kita tengoklah bagaimana penjawat awam ini akan mengundi bila pilihan raya.

    ReplyDelete
  3. Pandai-pandailah kerajaan membuat apa yang patut untuk mendapatkan balik keyakinan rakyat.

    ReplyDelete
  4. You can fool all the people some of the time and some of the people all the time but you cannot fool all the people all the time.

    ReplyDelete
  5. Kena telus dalam perjuangan jika ingin ambil hati rakyat.

    ReplyDelete
  6. sebelum ini orang dalam kerajaan sendiri yang dikatakan ada niat untuk menjatuhkan PM. ini pula pihak pembangkang.

    ReplyDelete
  7. PM kena perbaiki kelemahan pentadbirannya yang menyebabkan ketidakpuasan hati rakyat kebelakangan ini.

    ReplyDelete
  8. yang penting PM perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan rakyat.

    ReplyDelete
  9. apa pun, rakyat kena bijak dalam menilai sesuatu pekara..

    ReplyDelete
  10. perisik ada dimana2.. kenalah berhati hati.

    ReplyDelete
  11. Pegawai kerajaan pun rakyat juga yang menanggung kenaikan harga barangan tetapi isteri PM boros berbelanja di sana sini ( Cincin 24 juta) mestilah pegawai kerajaan pun meluat dengan pemimpin yang boros seperti ini.

    ReplyDelete
  12. Penialain pencapaian kerajaan @ parti pemerintah adalah tanggungjawab semua rakyat samada sektor kerajaan / swasta.

    ReplyDelete
  13. Biasala bah...sedangkan pada masa kini pun masih ada negara yg menggunakan kaedah pengintipan menggunakan individu ke atas negara lain..

    ReplyDelete
  14. Biarlah itu semua dari mulut pembangkang. Sudah pasti akan memburukkan kerajaan. Mana ada pembangkang akan setuju apa pun tindakan kerajaan BN pasti akan dibantah.

    ReplyDelete
  15. Ini bukan kerana apa mungkin mereka ini diupah oleh pembangkang untuk melaksanakan intipan dan sebagainya. Tidak hairan perkara ini berlaku. Anwar sanggup buat apa saja demi mendapatkan jawatan PM.

    ReplyDelete
  16. Tajuk dia ni lain dari artikel la....sangat2 mengelirukan....

    ReplyDelete
  17. kalau dah keperluan asas dah naik macamana? nak sokong lagi ka.

    ReplyDelete
  18. tidak mustahil juga.. suap saja dengan duit, apa2 kerja pun dia sanggup buat..

    ReplyDelete
  19. Manusia pandai berfikir apa yang patut baik dan tidak. Kalau ketua sudaH keterlaluan baju sendiripun akan menghianat.

    ReplyDelete
  20. Apalah kau orang nie nanati bajet dibentangkan oleh PM Najib mungkin bagi Bonus dan kenaikan gaji satu kali lipat so berbondong2lah sokong balik dan selepas PRU 13 GST pun mula dan rayat tercugap2 kekusahan hidup.

    ReplyDelete
  21. kalau pembangkang boleh hapuskan semua cukai di malaysia dan naikkan gaji sektor awam dan swasta, baru saya sokong.. dan lagi bagus kalau dapat bagi subsidi sampai kiamat tanpa pemotongan subsidi sedikitpun..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.