Friday, September 23, 2011

Timbalan Menteri Tipu Najib?

KEPIMPINAN Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak semakin dipertikai kerana bukan sahaja mudah diperdaya ‘Golden Eye Boy’ dalam projek NKRA; malah ditipu hidup-hidup oleh seorang Timbalan Menteri.

Dalam kejadian terbaru, seorang Timbalan Menteri telah menemui beliau merayu agar menyalurkan bantuan segera RM3 juta daripada Tabung Bencana Alam Negara bagi membantu penduduk kampung yang menjadi mangsa banjir.

Pada mulanya Najib tidak sedar kehadiran Timbalan Menteri berkenaan yang menunggu di dalam kereta di luar kediaman beliau, namun apabila pulang daripada menjalankan tugas rasmi negara pada jam 2.30 pagi, kereta Timbalan Menteri berkenaan masih berada di situ.

Setelah memberikan pelbagai alasan dan menunjuk muka 20 sen, Najib dengan penuh percaya telah menyerahkan RM1.3 juta sebagai pendahuluan untuk diagehkan kepada mangsa banjir.

Namun malangnya, pada keesokan harinya, Najib dikejutkan dengan berita daripada pegawai risikan bahawa Timbalan Menteri berkenaan dilihat memasuki Kasino di Genting Highland dan telah menghabiskan habis RM1 juta untuk berjudi dan kalah kesemua wang tersebut.

Mengikut maklumat daripada Pegawai terdekat Timbalan Menteri berkenaan, hanya RM300,000 sahaja daripada jumlah yang diberikan Najib telah diagehkan kepada mangsa banjir dan pihaknya masih menunggu baki untuk dilunaskan.

Oleh : PAPARAZZI SK (sabahkini)

15 comments:
Write comments
  1. cerita ini belum tau benar ke tidak.

    ReplyDelete
  2. benarkah ini perbuatan seorang Timbalan Menteri?

    ReplyDelete
  3. harap perkara ini disiasat dahulu.

    ReplyDelete
  4. Tak sangka ada orang macam ini yang bekerja dalam kerajaan.

    ReplyDelete
  5. Baik siasat dulu perkara ini supaya membuktikan kesahihan dakwaan ini.

    ReplyDelete
  6. Betulkah tidak ni? Macamlah senang2 boleh minta duit daripada PM. Takkanlah tiada prosedur rasmi?

    ReplyDelete
  7. entah benar atau tidak pekara ini kita sendiri pun tidak tahu..jika benar tunjukkan bukti..jika tiada bukti, itu hanya cerita kosong.

    ReplyDelete
  8. Ada bukti? Silap haribulan kena saman.

    ReplyDelete
  9. bagi BN cerita ni bohong jer.. tak perlu disiasat, rakyat dah kena B O D O H !!!

    ReplyDelete
  10. kalau kes melibatkan pembangkang banyak la yang buat laporan polis walaupun cerita betul atau tidak? tapi bila kes ini melibat pemimpin BN banyak la pulak tak tahu ( macam kena guna-guna ).. hairan bin ajaib?

    ReplyDelete
  11. Harap timb. Menteri ini dikenakan tindakkan atas perbuatan mengunakan duit kerajaan untuk berjudi.

    ReplyDelete
  12. Siapakah menteri berkenaan yang memalukan diri sendiri ini?

    ReplyDelete
  13. Bukankah jika ingin mengusul sebarang peruntukan harus ada kertas kerja. Tidak mungkin PM senang2 memberikan sejumlah wang itu tanpa ada kertas kerja. Tidak mungkin ini boleh berlaku.

    ReplyDelete
  14. Timbalan Menteri ini harus dikenakan tindakan agar beliau tidak lakukan perkara yang sama dan tidak ada yang mengikuti jejak beliau.

    ReplyDelete
  15. kalau betul dakwaan ini, tidak payah sembunyikan identiti.. dedahkan terus siapa timbalan menteri itu dan kalau boleh dedahkan juga siapa pegawai yang memberikan maklumat itu..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.