Friday, September 23, 2011

Video Klip Ajak Rakyat Mengundi Pun Salah?

Pertubuhan Bersih 2.0 menyifatkan tindakan kerajaan mengharamkan siaran klip video Undilah, yang menggalakkan orang mengundi ketika pilihan raya, bercanggah dengan pendirian pembaharuan politik yang diwar-warkan oleh pentadbiran Najib.

Justeru kepimpinan Bersih 2.0 menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membenarkan agar klip itu - satu bentuk pemakluman awam — terus disiarkan oleh stesen siaran tempatan kerana ia tidak membawa sebarang ancaman kepada negara.

“Adalah sesuatu yang menyedihkan apabila ia dilihat sebagai satu ancaman. Jika ia dianggap sebagai sensitif, apakah bentuk demokrasi dan kebebasan politik yang perdana menteri sedang bercakap sekarang,” kata salah seorang anggota jawatankuasa pemandu Bersih 2.0, Subramaniam Pillay hari ini.

Kata beliau perkembangan terbaru yang diambil itu menunjukkan sikap “cakap tak serupa bikin.”

“Cakap satu buat lain,” kata beliau lagi.

Seorang lagi anggota jawatankuasa Berish 2.0, Maria Chin Abdullah juga melahirkan pandangan yang sama.

“Apa salahnya meminta orang ramai mengundi? Malah kempen 1 Malaysia juga meminta orang mengundi,” kata beliau lagi.

Subramaniam menambah, tindakan mengharamkan klip video itu satu langkah yang amat merisaukan kerana ia dihasilkan dengan tidak memihak mana-mana ideologi politik.

Selain Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dari Umno turut menjayakan klip itu ialah Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin.

Personaliti lain termasuklah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad.

Pelakon Afdlin Shauki dan penulis lirik kontroversial Namewee merupakan antara individu terpilih untuk mendendangkan lagu Undilah ciptaan komposer Pete Teo.

Ia dilancarkan sempena sambutan Hari Malaysia minggu lalu.

Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat. Kira-kira empat juta rakyat negara ini yang layak untuk mengundi belum mendaftar sebagai pemilih.

Video klip berdurasi 4.38 minit itu turut menampilkan 40 personaliti termasuk ahli politik Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Turut disenaraikan ialah pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes. -TMI

16 comments:
Write comments
  1. phobia di tahap xtrm, berat hati utk bye bye gaman sama itu putrajaya bah kan...

    1 lagi wayang kulit BN!!!

    ReplyDelete
  2. ada alasan tersendiri kenapa kerajaan berbuat demikian.

    ReplyDelete
  3. Rasanya tidak salah menggalakkan rakyat mengundi asalkan video itu. Memang tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk mengundi, kita patut melaksanakan tanggungjawab kita.

    ReplyDelete
  4. Undi adalah hak kita sebagai rakyat sejati Malaysia.

    ReplyDelete
  5. siapa kata ia diharamkan?

    ReplyDelete
  6. dekat2 PRU ni pastinya ada iklan2 untuk menggalakkan rakyat mengundi. macam juga pilihanraya2 yang telah lalu.

    ReplyDelete
  7. apa pun, kepada mereka yang layak mengundi tapi belum mendaftar, silalah mendaftar..

    ReplyDelete
  8. Over sensitif juga sampai mahu banned. Atau rasa tersindir dengan video klip ini?

    ReplyDelete
  9. Ada-ada saja...kalau betul kena haram, atas alasan apa?

    ReplyDelete
  10. undi adalah hak kita

    ReplyDelete
  11. Undilah parti yang terbaik untuk masa depan negara kita.

    ReplyDelete
  12. Tunaikan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia. Undilah jangan tidak mengundi..Rugi oo seumur hidup.

    ReplyDelete
  13. Tidak ada sebab yang kukuh untuk tidak menayangkan video klip tersebut.

    ReplyDelete
  14. Biar apapun kandungan video klip itu, jika sesebuah parti itu malakukan tugas dengan baik pasti rakyat tetap akan mengundi parti itu.

    ReplyDelete
  15. tindakan seperti yang dilakukan SKMM ini jelas merosakkan usaha-usaha tersebut dan seakan memperlekeh intelek rakyat Malaysia amnya.

    ReplyDelete
  16. klip video Undillah belum mendapat kelulusan LPF untuk siaran, dan oleh itu, ia tidak boleh disiarkan menerusi televisyen sehingga ia telah mendapat kelulusan... tapi tanpa melalui televisyen pun, klip video ini akan tetap mendapat sambutan hangat setelah dipolitikkan..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.