Pihak polis akan membuka kertas siasatan baru berhubung klip video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana telah dimuatnaik pada Selasa di beberapa laman blog termasuk papagomo.com.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bagaimanapun berkata, ia hanya akan dibuat sekiranya terdapat laporan polis mengenai perkara itu.
"Kita perlu meneliti rakaman itu sebelum membuat siasatan baru.
"Prosedur siasatan yang sama akan dilakukan seperti kes (video seks dikaitkan dengan Anwar) sebelum ini bagi proses pendakwaan," katanya pada sidang media selepas Majlis Ulang Tahun Facebook PDRM dan Pelancaran Twitter PDRM di sini, Rabu.
Beberapa laman blog termasuk papagomo.com pada Selasa menyiarkan klip video berdurasi 16 minit 16 saat yang memaparkan adegan seks seorang lelaki yang didakwa mirip Anwar bersama wanita Cina.
Klip video tersebut dengan jelas menunjukkan aksi seks kedua-dua individu terbabit tanpa sebarang tapisan.
Sementara itu, Ismail berkata, setakat ini peminat Facebook rasmi PDRM mencecah seramai 85,000 orang.
"Facebook rasmi PDRM yang dilancarkan pada 21 September 2010 merupakan sebagai satu aktiviti kemasyarakatan PDRM.
"Melalui alam siber, Facebook PDRM juga bertindak sebagai wadah merapatkan jurang komunikasi dan mengikis persepsi negatif terhadap PDRM," katanya.
Mengenai Twitter PDRM, Ismail berkata, ia merupakan antara platform media sosial yang digunakan untuk menyalurkan maklumat dan hebahan terus kepada masyarakat dengan cepat, tepat dan ringkas.
"Twitter PDRM juga akan menjadi medium untuk mengetengahkan berita semasa PDRM seperti kejayaan tangkapan, program bersama masyarakat serta kenyataan atau siaran media oleh pucuk pimpinan.
"Ini termasuk hebahan umum seperti aktiviti PDRM yang akan dan sedang dijalankan serta laporan kesesakan lalu lintas secara harian terutama pada waktu puncak di laluan-laluan utama seluruh Malaysia," katanya. -mstar
Thursday, September 22, 2011
Cepatnya Polis Bertindak Bila Melibatkan Pakatan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap rakaman tersebut disiasat terlebih dahulu sebelum tindakan diambil.
ReplyDeleteSemoga semua berjalan mengikuti undang-undang negara.
ReplyDeletebeberapa laman blog yang menyiarkan klip video tanpa tapisan itu sudah melanggar undang2. apapun,kena buat siasatan dulu.
ReplyDeletediharap saluran maklumat melalui Facebook dan Twitter ini akan lebih berkesan sebagai platform media sosial.
ReplyDeleteJika Anwar bukan ahli pembangkang, adakah beliau akan kena tuduh sampai macam ni?
ReplyDeletePegang moto Bersih, Cekap, Amanah tu. Mudah2an kuranglah tohmahan negatif terhadap PDRM.
ReplyDeleteharap pihak polis akan melakukan tugas mereka dengan baik.
ReplyDeletebiarlah video tersebut disiasat terlebih dahulu.
ReplyDeletebiasa la, undang2 itu effisien terhadap pihak yg x UMNO/BN...
ReplyDelete1 lagi wayang kulit BN!!!
Jangan dikasih lama. Siasat cepat perkara ini.
ReplyDeleteNampak isu video seks anwar belum tamat disini. Masih lagi diperhangatkan lagi.
ReplyDeletekalau betulpun dalam video itu adalah Anwar, cukup dia nafi sahaja lepas tu selesai..
ReplyDeletesekira video seks ini datangnya dari pemimpin umno/BN adakah PDRM akan membuka kertas siasatan? ini yang rakyat nak tahu.?
ReplyDeleteSelesaikan isu ini dengan segera. Semakin lama isu ini tertera dimana2 semakin jijik mendngarnya.
ReplyDeleteSiapa yang bersalah harus dihukum!!
ReplyDelete