Tuesday, September 27, 2011

Budak maut disengat tebuan

BESUT – Seorang kanak-kanak menemui ajal dalam keadaan memeritkan apabila dia disengat lebih 50 ekor tebuan pokok ketika dalam perjalanan pulang ke rumah bersama ibu dan adiknya dengan menaiki motosikal di Kampung Pengkalan Nyireh dekat sini kelmarin.

Kejadian pukul 1 petang itu menyebabkan Tengku Hafizul Hafiq Tengku Anuar, 5, maut ketika dirawat di Hospital Besut di sini akibat kecederaan di kepala, leher dan badan.

Difahamkan, sebelum kejadian, Tengku Hafizul membonceng motosikal yang ditunggang ibunya, Rakiah Ismail, 31, manakala adiknya, Tengku Harizam Irfan, 2, berada di depan. Ketika itu, mereka baru sahaja pulang dari Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) Tanjung Demong, dekat sini.

Menurut Rakiah, ketika hendak sampai rumah, sebahagian sarang tebuan yang berada di dahan sebatang pokok di tepi jalan tiba-tiba jatuh menyebabkan ribuan serangga berbahaya itu berterbangan lalu menyerang mereka. -Kosmo

7 comments:
Write comments
  1. memang bahaya disengat tebuan apa lagi disengat sampai 50 ekor.

    ReplyDelete
  2. takziah diucapkan kepada keluarga kanak-kanak tersebut.

    ReplyDelete
  3. Tebuan juga boleh menyebabkan maut jika mereka menyerang sekaligus.

    ReplyDelete
  4. malang tidak berbau. serangan tebuan mmg amat berbahaya. takziah kepada mereka.

    ReplyDelete
  5. Malang tak berbau. Takziah.

    ReplyDelete
  6. Kerana tabuan kanak-kanak maut. Kenapa tidak buat laporan ada sarang tabuan dikawasan tersebut.

    ReplyDelete
  7. sengatan seekor tebuan pun sudah cukup menyakitkan, inikan pula lebih 50 ekor.. apa2pun takziah kepada keluarga mangsa..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.