Thursday, September 15, 2011

Komunis : Mohd Sabu Saman Utusan Malaysia

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menyaman akhbar Utusan Malaysia ekoran penyiaran satu berita yang didakwa memfitnahnya berhubung isu komunis.

Saman tersebut difailkan pagi tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman Tetuan Mohamed Hanipa & Associates.

Ianya berikutan laporan muka depan akhbar Umno itu pada 27 Ogos lalu bertajuk "Mohamd Sabu Hina Pejuang, Anggap Pengganas Komunis Hero Sebenar Tragedi Bukit Kepong" yang didakwanya sebagai fitnah.

"Saya hanya mempertahankan diri dan mengelak daripada fitnah terutama tuduhan komunis, tuduhan sebagai pengganas dan mempertikai aqidah.

"Fitnah-fitnah yang disebutkan tadi boleh menyebabkan keselamatan saya dan keluarga saya terjejas, maka kita perlu ambil tindakan undang-undang," kata Mohamad pada sidang medianya di Pejabat Agung PAS hari ini.

Turut serta pada sidang media itu peguam mewakilinya, Hanipa Maidin.

Menurut Hanipa, saman tersebut menamakan dua pihak iaitu Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad sebagai pencetak dan penerbit akhbar berbahasa Melayu itu.

Antara yang dituntut termasuklah ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan.

Bagaimanapun jumlah ganti rugi tersebut tidak ditentukan dan bergantung kepada tafsiran mahkamah.

Dalam laporan Utusan Malaysia 27 Ogos lalu, akhbar itu menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Mat Indera, lelaki yang didakwa bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut.

Bagaimanapun laporan itu dakwa Mohamad sebagai tidak benar dan fitnah kerana beliau tidak pernah mengaitkan Mat Indera dengan Komunis namun dilapor sebaliknya oleh Utusan Malaysia.

Ekoran laopran itu juga menurut Mohamad, beliau dan anggota keluarganya yang lain menerima pelbagai ugutan termasuk dalam bentuk khidmat pesanan ringkas (SMS) seperti ‘awak patut bertaubat, awak berbohong dan jangan sampai ada yang simbah asid ke atas isteri dan anak perempuan kamu.’

Beliau berkata, ada juga mendesak beliau dibuang negara, termasuk dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), selepas laporan akhbar didakwa memesongkan kenya­taannya.

13 comments:
Write comments
  1. Pembaca sendiri perlulah membuat penilaian yang terbaik mengenai isu komunis ini.

    ReplyDelete
  2. Utusan Malaysia tidak sepatutnya diberikan kebebasan media yang melampau.

    ReplyDelete
  3. Tengoklah nanti adakah Mohd Sabu berjaya menyaman Utusan Malaysia. sebelum ni pun Utusan Malaysia sudah menimbulkan isu2 sensitif tetapi tiada apa2 tindakan yang telah dibuat terhadap akhbar ini.

    ReplyDelete
  4. Inilah kesannya bermain politik dengan sejarah. bukan mendatangkan kesenangan pun.

    ReplyDelete
  5. kita lihat sahaja nnti keputusan kes saman ini.

    ReplyDelete
  6. biarlah mahkamah yang mengadili dan menentukan keputusannya nanti.

    ReplyDelete
  7. tindakan yg wajar ke atas media tembirang n diberi imuniti utk menyiarkan berita palsu n sensitif oleh UMNO, walaupun peluang utk menang adalah samar2 memandangkan semua agensi berkenaan dgn perundangan adalah barua kerajaan...

    ReplyDelete
  8. Everyone like to sue everyone. In the end, the cases will be stretching from years to years, until no settlement is found.

    ReplyDelete
  9. Sudah jadi kes mahkamah, so biar diadili seadil-adilnya. Tunggu saja keputusan mahkamah. Lebih baik mahkamah bicarakan kes yang lebih mengutamakan rakyat. Buang masa saja.

    ReplyDelete
  10. Itulah yang dikatakan oleh Mat Sabu sebelum ini yang mengagongkan Komunis daripada pejuang kita.

    ReplyDelete
  11. Saman jangan tidak saman. Kita lihat saja nanti adakah mat sabu Komunis ini menang atau tidak.

    ReplyDelete
  12. Jangan baut fitnah kalau kau orang pun buta sejarah lagi pun dalam youtube mat sabu tak ada sebut kominis.Utusan perluh bertanggungjawap maka biarlah mahkamah mengadili bukan kita nanati menghina mahkamah pula.

    ReplyDelete
  13. berani buat kenyataan begitu, berani la tanggung.. ni kes mau cover malu la ni..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.