KERAJAAN Sabah akan melindungi kepentingannya dalam cadangan menjual tiga buah pulau di perairan negeri ini kepada orang asing menerusi iklan internet.
Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur negeri Datuk Osman Jamal berkata kerajaan negeri sememangnya mengetahui iklan penjualan tiga pulau berkenaan iaitu Mengalum, Pandanan dan Montukod; tetapi tidak boleh menghalangnya kerana pulau-pulau berkenaan milik persendirian.
"Bagaimanapun pemilik pulau mesti terlebih dahulu mendapat kelulusan Pemungut Hasil Tanah sebelum boleh menjual tanah mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan Hari Raya anjuran Bahagian Akhbar dan Penerbitan Jabatan Ketua Menteri di Wisma Innoprise di sini, Rabu.
Osman diminta mengulas iklan yang dikatakan untuk menjual pulau-pulau tersebut menerusi pusat pasaran talian terus yang berpangkalan di Toronto, Kanada.
Sebuah akhbar tempatan semalam dipetik melaporkan bahawa ketiga-tiga pulau terbabit, pertama Mengalum terletak di luar pantai Kota Kinabalu seluas 101 hektar ditawarkan pada harga US$18 juta, Pandanan dekat Semporna (empat hektar) US$2 juta dan Montukod, kira-kira satu kilometer di luar Kinarut (kira-kira tujuh hektar) dengan harga US$11.266 juta.
Osman berkata pulau Mengalum dimiliki sebuah syarikat dengan hak milik pajakan negara (CL), Montukod hak milik pajakan negara dan peribumi manakala Pandanan diberi secara hak milik CL.
Katanya, kedua-dua pulau Montukod dan Pandanan adalah milik individu persendirian. (BERNAMA)
Thursday, September 22, 2011
Sabah Jual 3 Pulau Kepada Orang Luar?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jika pulau-pulau itu milikan persendirian, memang tiada apapa yang kerajaan boleh lakukan.
ReplyDeleteHarap kerajaan akan membuat siasatan yang menyeluruh sebelum memberi kelulusan kepada pemilik pulau ini.
ReplyDeletePulau itu dijual oleh individu yg memiliki pulau tersebut, bukan negeri Sabah (merujuk kepada kerajaan negeri) yg jual...Tajuk tu kena ubah sikit supaya orang tak salah faham....
ReplyDeletekenapa pula pulau2 tersebut ingin dijual?
ReplyDeletebukan Sabah yang ingin menjual pulau itu, tapi pemiliknya yang ingin menjualnya.
ReplyDeleterasanya kerajaan Sabah tidak boleh biarkan pulau tersebut dibeli oleh orang asing. pulau2 tersebut boleh menjana pendapatan kepada negeri Sabah.
ReplyDeleterasanya, kelulusan tidak akan diberikan kepada pemilik pulau tersebut untuk menjual pulau tersebut.
ReplyDeleteada pula kes pulau yang berabis dituntut dan dipertikai oleh dua pihak. jangan sampai menyesal jika pulau tersebut jatuh di tangan orang asing.
ReplyDeletepulai itu milik persendirian, pemiliknya yang ingin menjualnya. tapi mmg rugi jika pulai tersebut dijual, lebih2 kepada orang asing.
ReplyDeletekerajaan Sabah kena ambil tindakan bagi memastikan pulau2 tersebut dimiliki oleh orang asing. lebih baik jika kerajaan negeri Sabah yang membeli pulau2 tersebut.
ReplyDeletePenulis seperti menyalahkan kerajaan negeri mengenai penjualan pulau2 tersebut padahal pulau2 tu ada dimiliki oleh orang persendirian.
ReplyDelete"Bagaimanapun pemilik pulau mesti terlebih dahulu mendapat kelulusan Pemungut Hasil Tanah sebelum boleh menjual tanah mereka,"
ReplyDeletePemilik pulau-pulau perlu mengikut prosedur penjualan. Tapi apa tindakan selanjut kerajaan mengenai penjualan pulau yang tidak mengikut prosedur..
Kan bagus kalau kerajaan beli pulau2 tu, boleh diusahakan sebagai tempat2 pelancongan.
ReplyDeleteini terpulang kepada si pemilik pulau, mereka memang ada hak untuk menjual pulau2 tersebut jika ada pembeli
ReplyDeleteyang penting kerajaan perlu pastikan pulau2 tersebut tidak jatuh kepada orang asing ynag berniat jahat seperti kumpulan pengganas
ReplyDeleteharap pulau-pulau ini dijual kepada mereka yang berkepentingan untuk membangunkan pulau tersebut dan bukannya tempat penyeludupan
ReplyDeletesemoga pulau2 tersebut dapat dibangunkan dan terkenal di mata dunia seperti Pulau Sipadan..
ReplyDeletesemoga pemilik pulau tersebut mendapat kelulusan Pemungut Hasil Tanah untuk menjual tanah mereka
ReplyDeleteTajuk tu kenapa seolah-olah macam Sabah yang jual pulau sedangkan pulau itu milik persendirian? Saja mahu kasi kontroversikah? Apa yang kerajaan boleh lakukan jika tuan punya pulau mahu menjualnya?
ReplyDeleteKalau dijual kemudian pembeli baru dapat bangunkan pulau itu, tentu lebih baik kerana ia boleh menambahkan pendapatan negeri Sabah.
ReplyDeleteSiapalah tuan punya pulau tu? Memang kaya gila lah..
ReplyDeletebukan sabah yang jual..tetapi pemilik tanah di pulau2 berkenaan...
ReplyDeletekerajaan negeri tidak boleh menghalang kerana pulau2 tersebut ialah hak milik persendirian...apa2 pun kerajaan negeri akan melindungi kepentingannya dalam cadangan tersebut.
ReplyDeletesebelum kelulusan diberikan, diharap siasatan yang menyeluruh dijalankan..
ReplyDeletetujuan menjual pulau2 berkenaan harus dikenalpasti...ini untuk mengelak daripada sebarang aktiviti jenayah..
ReplyDeletemungkin ada baiknya jika kerajaan mempertimbangkan untuk membeli pulau2 berkenaan daripada membiarkannya jatuh ke tangan orang asing..
ReplyDeleteSejak bila pula Sabah jual pulau?
ReplyDeleteKatalah 60 peratus tanah Sabah gran NT di tukar kepada CL kemudian dijual kepada orang asing so apa akan jadi Sabah ini? mungkin juga kalau nagara luar membelinya so apa akan jadi?fikir-fikirkanlah.
ReplyDeleteMana boleh menjual pulau sesuka hati?
ReplyDeletePastilah untunglah baru buat begitu, sayangnya..
ReplyDeleteJanganlah meluluskannya, pulau itu sangat penting kepada kita.
ReplyDeleteKenapa tiba-tiba nak menjual pulau kita??
ReplyDeleteorang bodohlah baru akan menjuak pulau ni.
ReplyDeleteRugilah Sabah, bagi lagi ornag luar..aiyooo
ReplyDeletehabislah tempat memancing di mengalum
ReplyDeleteYa Alibaba, memang rugi.. Tapi tak tahu jugalah kalau tiba2 ada perkara luar biasa yang berlaku kan. hehe
ReplyDeleteTapi kenapakah mcm senang saja pula mahu jual pula tu??? Tak sanggup nak bayangkan apa akan berlaku kalah ia terjual. huhu
ReplyDeleteKalau betul tanah tu milik persendirian, mahu juga tahu pemiliknya tu orang mana??? Biarpun itu hak mereka, namun kenapalah tak bincang dengan kerajaan negeri dulu. huhu
ReplyDeleteSiasat isu di sebalik penjualan pulau ni. Kalau boleh dibawa berbincang, tangganilah segera sebelum penjualan berlaku.
ReplyDeleteSaya yakin pasti ada sebab utama hal ni berlaku. Apapun, semoga semuanya dalam keadaan baik.. Janganlah ada masalah timbul nanti.
ReplyDeleteThe owner must have been desperate for money.. would have been better if the islands were made into a popular spot for tourist.
ReplyDeleteGovernment should just buy the island..better for a sabahan to buy the island instead of a foreigner. or better yet the government could discuss with the owner on a win-win solution.
ReplyDeleteI don't think the gov could do much in this situation cuz the island doesn't belong to them.
ReplyDeleteknp kerajaan x beli pulau2 tersebut? prospek - tourism n boleh jg dijadikan stesyen/pos kawalan oleh agensi2 keselamatan [bbrp bulan lepas ada laopran bahawa perairan sabah amat porous oleh penyeludupan,pemerdagangan manusia,lanun,penjenayah,pengedaran dadah,kegiatan militan,dll].
ReplyDeleteYang menjual pulau itu adalah pemilik itu sendiri. Maka perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu saja.
ReplyDeleteApa yang kerajaan mahu lakukan sekarang? perlukah penjualan pulau ini diteruskan? Harap kerajaan akan mencari penyelesaian penjualan pulau oleh pemilik itu sendiri.
ReplyDeleteNampaknya pemilik ini ada sebab mahu menjual pulau tersebut. Tapi sebelum menjualnya perlulah ada kelulusan yang sah dari pihak jabatan tanah.
ReplyDeleteJangan sampai penjualan pulau ini berlaku, pemilik pulau itu tidak sepatutnya menjualkan pulau itu. Sayang pulau yang ada dijual begitu saja.
ReplyDeletePenjualan pulau-pulau ini seperti menjual khazanah harta Sabah sendiri kepada orang lain. Sebaiknya tempat ini perlulah dibangunkan oleh pemilik.
ReplyDeletePulau itu seharus diperkembangkan dan dimajukan menjadi tempat pelancongan yang terkenal.
ReplyDeleteBetul kata semua, seharus kerajaan negeri mempertimbangkan untuk membeli pulau tersebut dan memperkembangkan pulau untuk mendatangkan pendapatan.
ReplyDeletePasti ada sebab pemilik pulau itu beringinan nak jual pulau tu. Kalau dah buat keputusan, tiada apa yang boleh dibuat. Cuma memastikan pembeli menjaga pulau itu dengan baik agar tidak tercemar.
ReplyDeleteSiasat latar belakang pembeli pulau tersebut. Pastikan pulau tersebut tidak bertujuan menjalankan aktitivit haram atau pencemaran dll. Kondisi jual-beli seharus menetapkan syarat-syarat supaya pulau tersebut dijaga dengan baik.
ReplyDeleteNothing we can do if the owner decided to let go the island. Hoping the new owner taking good care or may be to develop for tourism purposes.
ReplyDeleteIs not Sabah which sell the islands.
ReplyDeleteKeputusan masih berada di tangan Pemungut Hasil Tanah untuk meluluskannya. Semoga kelulusan dibuat selepas kajian teliti.
ReplyDeleteGood idea if state government to consider to buy the entire island for it's own development.
ReplyDeleteApakah tujuan pemilik menjual pulau tersebut? Harap pembeli dapat memelihara pulau dengan baik supaya tidak menyalahgunakannya.
ReplyDeleteAdakah ketiga-tiga pulau tersebut sesuai untuk pembangunan hotel dan industri pelancongan?
ReplyDeleteThink twice before let go the 3 islands. It's may have great potential for better development plans. Hope government didn't make wrong decision.
ReplyDeletekalau mahu elak tanah di sabah di jual kepada negara luar, bagi saja ba geran komunal..
ReplyDeleteNamun masih kini belum ada bayangan yang mengatakan siapa penjualnya.
ReplyDeletekenapa singkat sangat fikiran nak jual pulau tu.habis la kalau macam nie
ReplyDeletePlease take a look on today's newspapers.
ReplyDeleteTotally lie.
ReplyDeletePelik kenapa kerajaan bagi seratus peratus geran CL ketiaga-tiga pulau tersebut,sekiranya separuh geran TN kan baik sebab pulau tersebut tak boleh jual kesemuanya.Nampaknya menteri yang kawal tanah Sabah nie lembab atau tidur atau hanya tahu berpolitik sehaja tetapi kerja hancur.
ReplyDeletesiasat dulu baru cakap, siapa yang jual dan siapa yang rampas dari pemilik, pulau pandanan semporna telah diambil oleh kerajan dari pemlik secar tidak adil.
ReplyDeletebulan november 2001, pihak kerajaan telah menempatkan anggota tentera di puau tersebut sehingga ke hari ini, sedangkan pulau tersebut telah dimajukan sebagai pusat pelancongan sebelum itu, di manan hak rakyat.kenapa heboh bila nak di jual. untuk makluman, pemilik pulau tersebut tidak pernah membuat iklan di manan -manan internet atau surat khabar untuk menjual puau tersebut. macam manan nak jual,kerajaan dah ambil.
ReplyDeletelupa sudaah macam labuan?
ReplyDelete