Sunday, September 18, 2011

Kantoi : Pakaian Anwar Tak Sama?

Saga video seks Datuk T muncul semula di Internet hari ini ekoran muat-naik rakaman CCTV yang dikatakan menunjukkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di tempat berlaku aksi seks, serta ancaman penyiasaran seks video baru bertarikh 13 Januari 2011.

Penulis blog Papa Gomo menyiarkan apa yang disebutnya, rakaman "eksklusif" yang menunjukkan dua lelaki yang didakwa ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Anwar, masuk dan keluar lif bangunan Apartmen Ampang, yang dikatakan tempat berlaku aksi seks tersebut.

Dalam blog tersebut, klip rakaman itu disunting untuk memautkan rakaman CCTV itu dengan video seks di Carcosa, yang menunjukkan minit-minit akhir lelaki, yang dikatakan Anwar, mengenakan pakaian dan beredar, dengan tanda masa yang menunjukkan ianya urutan peristiwa tersebut.

Bagaimanapun, pakaian kedua-dua lelaki dalam CCTV itu, tidak kelihatan sepadan dengan kedua-dua lelaki yang ditunjukkan dalam video seks berkenaan.

Dalam CCTV itu, lelaki yang dikatakan Eskay memakai pakaian yang berwarna gelap, manakala dalam video seks, lelaki yang ditunjukkan, berbaju dan berseluar cerah (kanan).

Lelaki itu yang dikatakan Anwar juga berseluar gelap dalam rakaman CCTV itu, tetapi seluar dalam video seks itu kelihatan cerah.

Rakaman CCTV itu sebelumnya disebut dalam fakta kes apabila Eskay dan dua orang lagi anggota trio 'Datuk T' dihadapkan di mahkamah atas tuduhan menyiarkan video lucah itu Jun lalu.

Pakaian Anwar Dalam Video Seks II Tak Sama Dengan Video Seks I

video seks Anwar
Beberapa persoalan dan bukti penipuan dikesan dalam Video Seks I dengan Video Seks II. Antaranya ialah rakaman CCTV di lif berwarna tetapi di dalam bilik kelihatan hitam putih.

Persoalan kedua ialah seluar Anwar di lif berwarna hitam, tetapi di dalam bilik berwarna cerah.

Seterusnya baju Anwar berwara ungu dan tidak masuk ke dalam seluar sewaktu di lif, tetapi di bilik baju seakan kemeja T dan dimasukkan ke dalam seluar.

Sumber : MK / GB

12 comments:
Write comments
  1. This rumor should not be fanned up.

    ReplyDelete
  2. The more people continue to spread this issue, the longer it takes to let it die down.

    ReplyDelete
  3. lebih baik tunggu dan lihat sajalah..

    ReplyDelete
  4. ada sesuatu yang tidak kena dengan video tersebut. harap perkara sebenar dapat didedahkan.

    ReplyDelete
  5. video tersebut harus disiasat lagi.

    ReplyDelete
  6. ha ha ha... terlampau banyak tembirang hingga terlupa skrip, jln cerita pun x synchronized...

    1 lagi wayang kulit BN!!!

    ReplyDelete
  7. Isu video seks ini masih menjadi persoalan sehingga sekarang. Biarlah mereka dengan diri mereka yang penting sekarang rakyat semua buatlah penilaian sendiri.

    ReplyDelete
  8. Belum settle2 lagi kes ni. Aduyaii..

    ReplyDelete
  9. Masih lagi kes ini dihebohkan. Kita tunggu saja siasatan lengkap dari pihak polis.

    ReplyDelete
  10. sudah namanya video hitam putih.. sudah tentulah hasilnya berbeza dengan yang berwarna..

    ReplyDelete
  11. Hanya orang yg tidak tahu berfikir secara waras akan percaya perkara ini.

    ReplyDelete
  12. mengapa Anwar tidak saman sahaja pendedahan yang dibuat sekiranya ianya tidak benar. bukankah Anwar mempunyai barisan peguam2 yang suka saman-menyaman. inilah masanya untuk membuktikan dirinya tidak bersalah.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.