Pas mendakwa pemimpin Umno mengeluarkan kenyataan kurang tepat berhubung perjuangan parti mereka menentang penjajah British untuk menuntut kemerdekaan.
Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abd Ghani berkata, dakwaan itu disokong oleh fakta yang tertera pada buku teks Sejarah Tingkatan 5, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
“Pada muka surat 103, ada dinyatakan faktor yang menyumbang kepada pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.
“Umno dikatakan hanya membuat rundingan dengan British untuk menolak Malayan Union dan bukan menuntut kemerdekaan,” katanya pada sidang media di Pejabat Perhubungan Pas negeri di sini, semalam.
Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya 3 Pas negeri, Anuar Azahari dan Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa.
Difahamkan, buku teks yang disusun panel empat penulis iaitu Ramlah Adam, Abdul Hakim Samuri, Shakila Parween Yacob dan Muslimin Fadzil itu masih digunakan di sekolah menengah sekitar negara ini.
Buku teks terbabit mula dicetak pada 2003 dan naskhah terbitan 2010 yang ditunjukkan pada sidang media berkenaan dibeli Mohd Taufek dari sebuah kedai buku sekitar bandar ini, beberapa hari lalu.
Menurut Mohd Taufek, fakta yang dipaparkan dalam buku teks berkenaan sukar disangkal kerana ditulis pakar sejarah, malah digunakan di semua sekolah menengah.
“Justeru, kami sarankan agar pemimpin Umno meneliti semula fakta sejarah berkaitan kemerdekaan negara agar tidak berlaku kekeliruan dalam fikiran mereka.
“Sejarah tidak boleh diubah dan fakta pula adalah sesuatu yang tepat serta perlu dipercayai. Jangan sesekali mengubah sejarah sesuka hati,” katanya. -SH
Tuesday, September 13, 2011
Buku Terbitan DBP :UMNO Tak Tuntut Kemerdekaan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Para pemimpin perlulah meneliti semula fakta-fakta yang ada dalam buku teks Sejarah kita ini supaya tidak terus menimbulkan kekeliruan.
ReplyDeleteJanganlah sesuka hati mengubah sejarah, kita haruslah tahu sejarah sebenar kita supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama.
ReplyDeletefakta sejarah yang ingin didedahkan perlulah tepat.
ReplyDeleteharap tidak berlaku kekeliruan di kalangan pelajar yang masih menuntut di sekolah menengah. dengar isu ni pun pening dibuatnya.
ReplyDeletemacam-macam hujah yang kita dengar sekarang ni...harap sejarah tidak dijadikan bahan politik..
ReplyDeleteKalau fakta dalam sejarah tidak tepat, tukar saja mata pelajaran sejarah kepada mata pelajaran sejarah dongeng.
ReplyDeleteRasanya siapa yang memberikan kemerdekaan itu tidak penting. yang penting bukti ada yang mengatakan bahawa Tun Abdul Razak melaungkan Kemerdekaan pada masa itu.
ReplyDeleteSeharusnya apa yang ada dalam buku sejarah adalah fakta sebenar, kerana buku tersebut telah dikaji sebaiknya sebelum mendapat kelulusan.
ReplyDeleteKenapa sekarang baru timbul isu2 macam ini? Sebab PRU mahu dekat sudah?
ReplyDeleteSejarah yang diajar selama ini tidak benarkah? Kalau ya, kenapa? Apa yang cuba disembunyikan?
ReplyDeletedlm ertikata lain, UMNO sebenarnya hanya mewarisi pemerintahan n meneruskan agenda 'kolonial'-divide n rule...
ReplyDelete1 lagi wayang kulit BN!!!
pembangkanglah yang aktif mengelirukan rakyat berkenaan dengan sejarah.. lebih baik pakar2 sejarah sahaja yang bercakap pasal sejarah, bukannya ahli politik..
ReplyDelete