Tuesday, September 27, 2011

LDP Akan Kekal Hubungan Baik

PARTI Liberal Demokratik (LDP) merupakan salah satu parti tertua dalam komponen Barisan Nasional (BN) Sabah akan terus menjalinkan hubungan baik dengan parti-parti komponen BN lainnya seperti UMNO, PBS, UPKO, MIC, MCA, Gerakan dan PBRS ini demi mewujudkan semangat kerjasama antara satu sama lain; khususnya bagi meneruskan agenda perjuangan masing-masing di dalam BN.

Dengan adanya kerjasama yang sedia terjalin dengan rakan-rakan parti dalam komponen ini sudah tentu akan menguatkan dan memantapkan lagi perjuangan BN di negeri ini, khususnya untuk menghadapi musuh-musuh politik daripada pihak pembangkang yang sentiasa menunggu ruang dan peluang untuk mengucar kacirkan perpaduan yang sedia terjalin.

Presiden LDP, Datuk Liew Vui Kiong menyatakan demikian kepada wartawan Sabahkini.Net ketika beliau menghadari Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran WANITA UMNO Bahagian Sandakan di Dewan Masyarakat Sandakan kelmarin.

Liew juga juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Sandakan antara lain menyeru kepada rakyat agar tidak mudah terpedaya oleh hasutan dan taktik kotor yang kerap menabur fitnah, kononnya kerajaan BN tidak membawa sebarang kemajuan dan pembangunan untuk rakyatnya.

“Parti pembangkang memang bijak untuk memutar belitkan apa saja benda yang dibuat oleh kerajaan, semata-mata demi kesejahteraan telah dimonopolitasikan,” katanya.

Dari itu, rakyat yang cintakan keamanan dan pembangunan yang pesat, maka sokongan padu terhadap kerajaan perlu ditingkatkan agar pihak kerajaan dapat menyalurkan pelbagai projek pembangunan, di satu-satu kawasan yang diwakili oleh wakil-wakil rakyat BN.

Selain itu kata Liew, kerajaan tidak pernah meminggirkan rakyatnya di sesuatu kawasan itu diwakili oleh ADUN/MP BN kerana sentiasa terus memberikan kemudahan asas demi kesejahteraan rakyatnya, terutama dalam menikmati kemudahan yang disalurkan oleh kerajaan sejajar dengan konsep 1 Malaysia.

Rumah terbuka yang dimulakan dari jam 11 pagi dan berakhir pada jam 5.00 pm telah dihadiri lebih 400 orang masyarakat setempat dan antaranya dif-dif kehormat yang turut hadir ialah ADUN Elopura Au Kam Wah; Ketua UMNO Bahagian Sandakan Tan Sri Hj Ampung Puyon; Ketua USIA Bahagian Sandakan HJ Alipudin Puyon dan pegawai-pegawai kanan persekutuan dan negeri.

Oleh : SHAIMON S JUMADI (sabahkini)

50 comments:
Write comments
  1. Baguslah kalau begitu. Sebagai parti komponen, memang mereka harus bekerjasama dan menjaga hubungan antara parti.

    ReplyDelete
  2. Semua masalah boleh diselesaikan jika kita mahu dan tahu bagaimana untuk menyelesaikannya.

    ReplyDelete
  3. Bagaimana pula hubungan LDP dengan KM Sabah?

    ReplyDelete
  4. Baguslah kalau cakap macam tu.

    ReplyDelete
  5. Kerjasama dan persefahaman penting di antara kompenen2 parti jika mahu terus maju ke depan.

    ReplyDelete
  6. Pihak lawan akan sentiasa mencari peluang dan kelemahan saingannya agar dapat menjatuhkan mereka. Pemimpin2 BN haruslah tunjukkan contoh yang baik.

    ReplyDelete
  7. baguslah jika hubungan baik sentiasa dikekalkan,..

    ReplyDelete
  8. hubungan yang baik akan meningkatkan lagi kerjasama dan persefahaman..

    ReplyDelete
  9. Sepatutnya macam tu la. Semua parti BN perlu berbaik-baik dan bersatu. Tu pun kalau mahu memang la.

    ReplyDelete
  10. Rakyat sekarang semakin bijak menilai sesuatu isu.

    ReplyDelete
  11. setiap pemimpin akan dinilai daripada setiap hasil usaha kepada rakyat.

    ReplyDelete
  12. itulah yang sebaiknya..LDP sebagai parti tertua dalam BN perlu memberi contoh dan teladan yang baik kepada komponen BN yang lain.

    ReplyDelete
  13. pemimpin2 dalam LDP juga perlu sentiasa berfikiran terbuka dan menerima segala kritikan dari anggota2 lain.

    ReplyDelete
  14. hubungan baik dalam parti harus dikekalkan.

    ReplyDelete
  15. Kekalkan hubungan baik, teruskan berkhidmat untuk rakyat!

    ReplyDelete
  16. Kadang-kadang isu tidak seberapa tapi bila sudah digembar-gemburkan, seolah-olah isu itu telah menjadi satu krisis. Tunjukkan imej yang positif dan bekerjasama untuk kebaikan parti.

    ReplyDelete
  17. dalam parti bertelagah rakyat menerima malapetaka

    ReplyDelete
  18. Harap-haraplah semua kekalkan hubungan yang baik.

    ReplyDelete
  19. Semua Parti mesti terus berusaha demi negara.

    ReplyDelete
  20. Berita yang bagus bagi semua pihak.

    ReplyDelete
  21. hubungan baik antara parti2 yang lain dlm komponen BN adalah patut kerana ianya dapat menyakinkan kepada rakyat bahawa kerajaan BN dapat menjamin masa depan rakyat

    ReplyDelete
  22. hope the state government can carry out intensive rural development projects, including providing water and electricity supply and building roads to improve the people's lot in Sabah.

    ReplyDelete
  23. baguslah kalau ada jaminan dari LDP untuk berbaik dengan parti-parti komponen BN yang lain

    ReplyDelete
  24. ibarat pepatah " bersatu kita teguh, bercerai kita runtuh"

    ReplyDelete
  25. semoga jaminan Sabah BN untuk sentiasa terus memberikan kemudahan asas demi kesejahteraan rakyatnya, terutama dalam menikmati kemudahan yang disalurkan oleh kerajaan sejajar dengan konsep 1 Malaysia akan berkekalan.

    ReplyDelete
  26. Kalau ada kerjasama then baguslah... Bukankah itu yang sepatutnya. hehe

    ReplyDelete
  27. Kalau BN dikatakan tak bawa pembangunan, tipulah... Walaupun tak pesat tapi ada juga bah pembangunan. hihi

    ReplyDelete
  28. Namun semuanya terpulang poada rakyat dan paling penting pemimpin harus memenuhi setiap keperluan rakyat demi menjaga kebajikan mereka.

    ReplyDelete
  29. THat's how it should be. Make peace not war.

    ReplyDelete
  30. I hope whatever issues that LDP has with BN will resolved.

    ReplyDelete
  31. "Dengan adanya kerjasama yang sedia terjalin dengan rakan-rakan parti dalam komponen ini sudah tentu akan menguatkan dan memantapkan lagi perjuangan BN di negeri ini"

    Parti komponen seharus menjalin hubungan baik diantara satu sama lain, semua konflik dan masalah seharus dibawa bincang dan diselesaikan dengan hati yang tenang. Semoga parti komponen tetap bekerjasama dan menghala ke arah mencapai kejayaan.

    ReplyDelete
  32. Only high team spirit and understanding that could lead to continue success. We hope all party component would maintain good relationship and continuely strike more for the people.

    ReplyDelete
  33. Semangat ini lah yang kami harus dicontohi dan diamalkan. Gabungan parti yang kuat ini seharus berfungsi dengan lebih berkesan untuk menyelesaikan masalah di Sabah ini.

    ReplyDelete
  34. Kerajaan harus turun padang dan memahami keadaan sebenar terutama di kawasan pedalaman. Penduduk ini masih tidak memerolehi keperluan asas yang wajar. Ramai diantaranya juga tidak berpeluang untuk bersekolah.

    ReplyDelete
  35. Semua rakyat dah pandai dan bijak untuk menilaikan yang benar dan rekaan cerita. Usaha kerajaan selama ini akan menjadi faktor yang akan dinilai di PRU akan datang.

    ReplyDelete
  36. Itulah yang terbaik untuk LDP lakukan.

    ReplyDelete
  37. Hubungan antara komponen parti BN haruslah dijaga sebaiknya. Jangan mudah terpedaya dengan pihak lain yang cuba untuk menjatuhkan BN.

    ReplyDelete
  38. Sabah di bawah kerajaan BN tetap maju dan membangun. Ini tidak mustahil kalau Sabah antara Negeri yang termaju di Malaysia nanti. Maka kita harus memberikan sokongan kepada kerajaan yang ada sekarang.

    ReplyDelete
  39. Bah LDP jangan sia-siakan perjuangan selama ini. Buktikan yang LDP masih relevan untuk Sabah bersama dengan komponen parti BN yang lain. Sokongan rakyat tetap tidak akan berbelah bagi jika setiap parti bersatu dan berkerjasama untuk rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  40. Kekal baik memang satu tindakan yang baik.

    ReplyDelete
  41. Ini bermakna BN akan menang lagi besar PRU akan datang....HIDUP BN!!

    ReplyDelete
  42. bersatu untuk kaut harta sabah.

    ReplyDelete
  43. Anon.. pembangkang pun mahu bersatu mengaut harta sabah.. tapi malangnya mereka tidak dapat bersatu sebab masing2 tamak..

    ReplyDelete
  44. Semangat ini lah yang seharus dicontohi dan diamalkan agar semua parti komponen dapat sebulat suara dan sedia menjuangkan lebih banyak untuk semua rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  45. Unsur-unsur yang bertujuan untuk merosakkan hubungan baik antara parti komponen seharus "handle" dengan EQ yang tinggi.

    ReplyDelete
  46. Rakyat makin pandai menilai, hasutan dan taktik kotor yang kerap menabur fitnah tidak akan mempengaruhi rakyat lagi. Cuma Wakil rakyat yan gbetul-betul berusaha tetap menjadi idol yang perlu rakyat beri sokongan.

    ReplyDelete
  47. Saya percaya dengan LDP.

    ReplyDelete
  48. Good rapport is very important in any relationship.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.