Friday, September 23, 2011

Laksana Hudud : MCA ugut UMNO?

MCA akan meninggalkan Barisan Nasional (BN) jika Umno mahu melaksanakan hukum hudud.

“Pendirian MCA sangat jelas. Kami akan menentang dengan keras hukum hudud. Jika Umno mahu melaksanakan hudud, kami akan menarik keluar dari Barisan Nasional... sangat mudah,” kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kepada pemberita hari ini.

“Pendirian kami sangat jelas. Umno mahu melaksanakan hudud, MCA bukan pihak dalam hal itu (pelaksanaan). Kami akan keluar,” kata beliau lagi.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata hukum Hudud masih belum sesuai untuk dilaksanakan di negara ini.

Muhyiddin berkata, hukum Allah itu akan hanya dapat dilaksanakan sekiranya keadaan negara ini benar-benar kondusif dengan memastikan keamanan dan keadilan benar-benar wujud terlebih dahulu.

Beliau berkata sebagai negara berbilang bangsa, agama dan kepercayaan, Malaysia masih belum bersedia untuk memperkenalkan hukum hudud seperti mana yang dilaungkan oleh pemimpin Pas.

“Pendirian kita (Umno) bahawa di Malaysia, kita tak boleh melaksanakan dalam situasi dan keadaan sekarang. Saya tak fikir dalam keadaan sekarang ia sesuai untuk dilaksanakan. Itu pandangan kita. Kita tak persoalkan nak melaksanakan hukum hudud,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan berhasrat untuk terus melaksanakan hukum Hudud di Kelantan biarpun ditentang rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang.

Diminta mengulas mengenai keyataan Muhyiddin semalam, Dr Chua berkata: “Itu boleh difahami sebab semua Muslim menyokong ajaran al-Quran. Tetapi anda kena lihat kenyataan beliau bahawa Malaysia tidak bersedia untuk melaksanakan hudud. Dan, itu sangat jelas.”

“PAS mahu melaksanakan hukum hudud, itu adalah dunia yang berbeza,” katanya.

Dr Chua juga berkata beliau mahu mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana bertegas mahu melaksanakan hukum hudud.

“Saya mahu mengucapkan beliau terima kasih sebab beliau akan menyedarkan semua rakyat Malaysia bahawa Pakatan Rakyat tidak boleh ada konsensus dan pendirian yang sama, bahawa itu adalah penting, yang akan memberi kesan ke atas rakyat Malaysia,” katanya lagi.

“Belumpun berkuasa lagi, mereka tidak boleh mencapai agenda yang sangat penting, yang mana PAS berhasrat mahu melaksanakan iaitu hudud,” katanya. -TMI

14 comments:
Write comments
  1. 1. CSL tu gertak sj yg besar.
    2. TPM memang x mau hudud sbb takut ramai org UMNO/kroni akan jd kudung tangan.
    3. ketakutan terhadap hudud oleh non-muslim sebenarnya x berasas sbb undang2 tersebut x diskriminasi kpd mana2 pihak.

    ReplyDelete
  2. Betulkah Hudud ini sesuai dilaksanakan pada zaman sekarang?

    ReplyDelete
  3. Saya rasa rakyat perlulah memberi pendapat dan pendirian sendiri sama ada mereka sokong ataupun tidak dengan pelaksanaan hudud ini.

    ReplyDelete
  4. undang2 hudud hanyalah untuk orang Islam sahaja, orang bukan Islam tidak terlibat dalam undang2 tersebut.

    ReplyDelete
  5. harap isu ini tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak pun..

    ReplyDelete
  6. mungkin mereka ingin mengimplimentasikan hukum ini seperti negara Islam yang lain tapi perlu diingat bahawa perkara ini pasti akan mencetuskan kontroversi kepada rakyat yang bukan beragama Islam.

    ReplyDelete
  7. Justifikasi yang ingin dijalankan dengan Hukuh Hudud ini bukan untuk semua golongan manusia tetapi hanya terhad pada orang Muslim. Walaupun begitu, terdapat juga keadaan yang membolehkan Hukum Hudud ini dijalankan kepada yang bukan Muslim. Merujuk pada sirah Rasulullah S.A.W. terdapat juga golongan bukan Muslim dibawah naungan pemerintahan seorang Amir (ketua kerajaan atau organisasi Islam). Walaupun Hukum Hudud ini pastinya untuk umat Islam, bagi mereka yang bukan Islam diberi pilihan samada untuk menjalankan hukuman dengan cara Islam ataupun dengan cara yang disarankan oleh agama mereka sendiri. Dalam ertikata lain, lain agama, lain cara hukuman. Tetapi bagi agama yang tidak mempunyai kitab untuk merujuk rang undang-undang agama mereka, maka amat berpatutanlah jika dihukum dengan perundangan umum (tidak semestinya mesti Hukum Hudud) yang telah dipersetujui dan mencapai kata sepakat. Pernah juga terjadi kes dimana orang bukan Islam seperti Kristian dan Yahudi pada zaman kegemilangan Islam memilih Hukum Hudud oleh kerana hukuman yang lebih berat akan dilaksanakan jika menurut pada undang-undang agama mereka sendiri.

    ReplyDelete
  8. Pastikah hukum hudud ini tidak memberikan impak kepada mereka yang bukan beragama Islam?

    ReplyDelete
  9. Macam-macam berlaku bila PRU mahu dekat sudah..

    ReplyDelete
  10. MCA mahu meninggalkan BN? Benar atau tidak rasanya semua ini cuma khabar angin yang digunakan untuk memburukkan BN.

    ReplyDelete
  11. Makanya kuatkan semangat parti supaya tidak mudah terpedaya dengan kata-kata hasutan dari pihak luar.

    ReplyDelete
  12. Sedangkan negara islam terbesar Indonesia tidak melaksana hukum ini, kenapa pula Malaysia yang berbilang agama perlu melaksanakan hukum ini.

    ReplyDelete
  13. Malaysia tidak akan melaksanakan hukum ini, pada hari ini atau pun pada masa2 yang akan datang.

    ReplyDelete
  14. lagi bagus minta pandangan dari semua rakyat Malaysia sebelum melaksanakan hukum Hudud ini..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.