Kerajaan Barisan Nasional sekali lagi dilihat berdrama apabila caj enam peratus cukai perkhidmatan telefon prabayar ditangguhkan selepas dihebohkan selama beberapa hari.
Akhbar utama pro-Umno, Utusan Malaysia menjadikan tajuk kejayaan penanguhan pelaksanaan caj itu di muka hadapan, dengan berita lanjut yang memberi gambaran positif kepada kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.
Umno dan penyokong termasuk beberapa kumpulan dan blog memperlihatkan penentangan terhadap rancangan itu sejak mula diumumkan minggu lalu.
Menteri dari parti pemerintah itu turut mempersoalkan caj itu secara terbuka sejurus cadangan itu diumumkan.
Utusan Malaysia juga meletakkan tajuk Bantah Caj 6% Prabayar di muka hadapan pada keluaran 9 September lalu, memberi gambaran pendirian Umno dan kerajaan.
Kerajaan sebelum ini dilihat berdrama apabila bertindak menangguh kenaikan harga petrol RON 95 dengan meneruskan subsidi, selepas isu itu menjadi hangat di media selama beberapa hari.
Tindakan mengenakan caj enam peratus itu jelas satu beban yang besar kepada pengguna utamanya yang merupakan pelajar dan golongan berpendapatan rendah, menimbulkan risiko kemerosotan sokongan dalam pilihan raya umum akan datang.
Kos hidup melibatkan pelbagai barangan dan perkhidmatan kini meningkat dan kerajaan telah pun membenarkan kenaikan tarif tenaga elektrik beberapa bulan lalu.
Pembangkang walau bagaimanapun terus melahirkan rasa tidak puas hati dengan cukai perkhidmatan yang dikenakan, walaupun menyambut baik penangguhan itu.
Pemuda PAS dalam satu kenyataan hari ini mendesak cukai itu dihapuskan dan menggesa kerajaan memikirkan mekanisme cukai yang lebih berkesan terhadap penyedia perkhidmatan dan pengguna.
Menurut Pemuda PAS, sistem cukai seperti dilaksanakan kini memberi kesan negatif paling utama kepada golongan berpendapatan rendah, pengguna utama perkhidmatan prabayar.
Ketuanya, Nasrudin Hassan dalam kenyataan itu turut menggesa cukai perkhidmatan yang dinilai tidak adil itu dimansuhkan dalam bajet 2012 yang akan dibentangkan bulan depan.
http://siasahdaily.blogspot.com
Tuesday, September 13, 2011
Caj 6% prabayar, kerajaan berdrama lagi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Baguslah kalau sudah ditangguhkan. Harap caj ini tidak akan dikenakan.
ReplyDeleteJika caj ini dikenakan juga, para pengguna haruslah membantah.
ReplyDeleteamat dihrapkan lagi caj ini dimansuhkan terus.
ReplyDeletebersyukurlah para pengguna prabayar kerana caj ini ditangguhkan. ditangguhkan pun ada juga pihak yang mengkritik.
ReplyDeletelepas ni harap2 tiada lagi barangan atau perkhidmatan yang dinaikkan harga atau dikenakan caj tambahan.
ReplyDeletebaguslah kalau ditangguhkan..harap caj tersebut tidak akan dikenakan..
ReplyDeleteharap suara dan pandangan pengguna akan didengari..
ReplyDeleteSoalnya mengapa dalam budgetnya kerajaan memperkenalkan cukai itu dan bila pembekal perkhidmatan mengenakan caj tersebut kepada pengguna kerajaan kata tidak tahu pula? Kerajaan Nyanyuk agaknya!!!!
ReplyDeleteIni bukannya drama dan sebagaiknya. Kalau kenaikkan ini diteruskan bukankah akan membebankan rakyat sendiri nanti.
ReplyDeleteSuara pengguna perlulah didengar. Tindakkan Telco ini sama seperti tindakkan Astro sebelum ini yang bertindak tanpa merujuk daripada kerajaan.
ReplyDeleteLepas kena tangguh, mudah2an kena batal terus caj 6% ni.
ReplyDeleteHopefully this is not another tactic for GE 13th.
ReplyDeletemainan politik bah ini
ReplyDeletecaj 6% untuk prabayar PRU13
ReplyDeletekalau penangguhan caj 6% itu dikatanya berdrama, baik kerajaan teruskan sahaja cukai itu.. sebab apa2 keputusan yang dibuatpun respon yang diterima tetap sama..
ReplyDelete