Wednesday, September 28, 2011

Liwat II : Mengapa Saiful Jumpa PM?

Pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Datuk Seri Najib Razak dan isterinya merupakan saksi yang relevan dalam kes liwat dihadapi Ketua Pembangkang itu.

Dalam afidavit balas ke atas permohonan Najib yang difailkan hari ini, Anwar berkata beliau memerlukan Presiden Umno itu datang ke mahkamah bukan untuk menunjukkan beliau terlibat dalam "konspirasi tetapi bagi mendapatkan penjelasan" tentang pertemuannya dengan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 24 Jun 2008 iaitu dua hari sebelum dia mendakwa diliwat.

Anwar (gambar) juga membangkitkan poin yang sama dalam afidavit balas ke atas permohonan Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata Rosmah ada memberi kenyataan saksi kepada pegawai polis yang bertanggungjawab dalam siasatan kes liwat iaitu DSP Jude Pereira.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar permohonan Najib dan Rosmah esok agar dikecualikan daripada menghadiri sebagai saksi perbicaraan peringkat pembelaan sekarang.

Perbicaraan disambung pada 3 Oktober ini.

"Datuk Seri Najib ada mengatakan bahawa 'keluarkan sepina, saya akan datang," kata Anwar kepada pemberita di luar mahkamah petang ini.

Anwar mengulangi bahawa beliau kecewa dengan sikap Najib tidak menunaikan kata-katanya.

"Mereka mengatakan bahawa mereka bukan saksi yang relevan dan keterangan mereka bukan penting dalam kes," kata peguam Anwar, Sankara Nair dengan merujuk kepada kandungan afidavit Najib dan Rosmah.

"Kami kata ia penting," kata Sankara.

Kedua-dua Najib dan Rosmah telah disepina bulan lalu selepas enggan ditemu bual secara tertutup oleh peguam Anwar.


Mengapa Najib, Rosmah mesti jadi saksi?

Anwar Ibrahim hari ini memfailkan afidavit jawapan berhubung permohonan Perdana Menteri dan isterinya untuk mengketepikan sepina yang disampaikan kepada mereka supaya tampil sebagai saksi pembelaan dalam perbicaraan kes liwat.

anwar sodomy saiful bukhari azlan allegations 290608Dalam dokumen yang ditandatanganinya petang ini di hadapan pesuruhjaya sumpah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Anwar berkata, Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor diperlukan untuk membantu kes berkenaan.

Ini dikaitkan dengan maklumat yang dibekalkan oleh bekas pembantu Najib, Datuk Khairil Annas Jusoh, ketika diwawancara oleh peguam Anwar semasa proses merakamkan kenyataan daripada saksi-saksi yang berpotensi.

Khairil Annas telah mengesahkan bahawa dia membawa pengadu kes liwat itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan untuk bertemu dengan Najib, yang ketika itu adalah timbalan perdana menteri.

“Saya seterusnya menyatakan bahawa saya telah dinasihatkan oleh peguam-peguam saya, nasihat yang saya percayai adalah tepat dan benar, bahawa Datuk Khairil Annas Jusoh telahpun memaklumkan kepada mereka di dalam temuramah tersebut bahawa beliau telahpun membawa pengadu berhumpa dengan pemohon paad 26 Jun 2008 untuk lebih kurang sejam di kediaman pemohon.

NONE“Oleh yang demikian, saya percaya terdapat banyak lagi perkara yang telahpun dibincangkan antara pemohon dan pengadu tersebut semasa pertemuan tersebut yang saya yakin adalah relevan dan materrial kepada pembelaan saya,” katanya dalam afidavit itu.

Menurut Anwar lagi, Najib pada mulanya menafikan bertemu dengan Saiful tetapi kemudian menukar pengakuan dan berkata Saiful telah memohon bantuan bagi mendapatkan biasiswa.

Justeru, peguamnya mahu mendapatkan penjelasan lanjut.

Tambahnya lagi, semasa wawancara pada 12 Ogos lalu, Najib dan Rosmah tidak bekerjasama dalam memberikan kenyataan kepada peguamnya.

Anwar, berkata beliau mempunyai hak di sisi undang-undang untuk memanggil saksi dan sehubungan itu mengarahkan peguamnya untuk mensepina Najib dan isterinya. -MK

17 comments:
Write comments
  1. x respon = pengakuan bersalah...

    ReplyDelete
  2. Tunggulah bagaimana mahkamah mengadili kes ini.

    ReplyDelete
  3. Diharap prosiding mahkamah dijalankan dengan adil tanpa sebarang manipulasi.

    ReplyDelete
  4. Lain kali apa-apa masalah kita jumpa PM minta nasihat dulu baru buat laporan polis. Kalau Saiful boleh jumpa mengapa kita tak boleh!

    ReplyDelete
  5. perlu sangatkah mereka menjadi Saksi.

    ReplyDelete
  6. lebih baik tunggu sajalah sehingga kes ini selesai bagi mengetahui keputusannya..

    ReplyDelete
  7. rumit juga kes liwat Anwar ni. sekarang melibatkan PM dan isterinya pula..

    ReplyDelete
  8. diharap yang benar akhirnya akan mendapat keadilan.

    ReplyDelete
  9. klu kes jenayah, mau jumpa polis @ PM?*&^%$# [mungkin jg c saiful memang suka kena liwat oleh golongan politician].

    ReplyDelete
  10. PM & isterinya boleh menolak subpoena yg dikenakan ke atas mereka...subpoena adalah arahan untuk memberi keterangan di Mahkamah. Akan tetapi ia bergantung kepada kerelaan subjek yg dipanggil itu. Jika subjek itu tidak mahu memberi keterangan, Mahkamah tak boleh memaksanya...

    ReplyDelete
  11. belum2 settle lagi ni kes.

    ReplyDelete
  12. Tak payah panggil, nanti habis dipolitikkan oleh pihak pembangkang!!

    ReplyDelete
  13. Kesian Anwar, tapi kalau salah itu salah lah ba..Tidak payah lagi mengaitkan orang lain.

    ReplyDelete
  14. Inilah kalau orang bersalah tidak mahu mengaku kesalahan yang dibuatnya lagi.

    ReplyDelete
  15. nak mengaku salah buat apa kalau tak buat ada bukti kukuh ka.?

    ReplyDelete
  16. teruskan usaha memanjangkan kes ini.. nanti bila sudah naik PM, bila2 masa boleh kasi gugur ini tuduhan..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.