Dakwaan bahawa kononnya produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) adalah jauh lebih murah dan sestengah barangan sehingga 50 peratus lebih murah berbanding harga pasaran, adalah jauh daripada hakikat .
Bagi membuktikan perkara itu, ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat hari ini membawa sampel barangan runcit yang dibeli untuk dibandingkan.
Menurut mereka, beberapa produk yang dibeli di kedai-kedai KR1M, memang murah tetapi harganya bukanlah semurah seperti yang didakwa.
"Perbezaan harga jauh lebih rendah daripada dakwaan antara 30 hingga 50 peratus bagi kebanyakan produk," kata ahli parlimen DAP bagi Petaling Jaya Utara, Tony Pua pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.
KR1M diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada bulan Jun lalu dengan tujuan mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Melalui projek itu, 250 barangan '1Malaysia' yang dikatakan 40 peratus lebih murah daripada bpelbagai barangan runcit yang boleh didapati di pasaran.
Pua yang menyanggah dakwaan itu berkata: "Kunjungan ke sebuah pasar raya besar seperti Carrefour dan membeli produk seperti krimer, sardin, cecair pencuci akan segera menunjukkan bahawa hakikat adalah jauh daripada keadaan sebenarnya seperti yang didakwa oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Perdana Menteri" -MK
Thursday, November 10, 2011
Kedai 1Malaysia tak semurah yang didakwa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tapi hakikatnya barangan di kedai 1Malaysia mmg murah dari kedai biasa juga kan.
ReplyDeletepakatan rakyat ni ada masa juga mereka nak membandingkan harga kedai 1Malaysia dgn kedai2 lain. mmg sengaja nak cari salah kerajaan. kita bgs kedai 1Malaysia ditubuhkan untuk kurangkan beban rakyat.
ReplyDeleteBaguslah kalau murah; harga mahal, rakyat komplen, harga murah, rakyat komplen juga?
ReplyDeleteAmbillah kesempatan ini untuk membeli barangan murah, boleh membuat penjimatan.
ReplyDeleteKalau murah mana ada untung.
ReplyDeleteBelilah barang mengikut kemampuan sendiri.
ReplyDeleteharga barangan Kedai Rakyat 1Malaysia lebih murah berbanding ditempat lain..jadi ini tidak perlulah dijadikan isu..
ReplyDeletelebih baik jika PR memberikan idea yang bernas daripada hanya tahu mengkritik saja.
ReplyDeleteKalau terlalu murah pun, nanti kualitinya pun diraguikan?
ReplyDeleteKalau terlalu murah..nanti makin tinggi pula cukai dikenakan ke atas rakyat untuk tanggung pengeluaran barangan ini.
ReplyDeletekenapa Tony Pua tidak tunjukkan sekali perbezaan harga?
ReplyDeleteapa maksud dia "murah tetapi harganya bukanlah semurah seperti yang didakwa" tu sebenarnya? kalau sudah murah tu, murah la. tak kira la berapa pun harga dia. sebagai contoh, kalau kedai biasa jual satu barang pada harga RM2.50, tetapi di KR1M jual RM2.30, adakah ianya dikira murah atau mahal? ada2 saja isu dia politikkan.. sampaikan barang yang sudah murah pun masih tidak puas hati..
ReplyDeletejangan2 lepas ni pembangkang pun ada juga yang memilih KRM1 untuk membeli barang2 keperluan.
ReplyDeletemungkin rakyat sendiri perlu pergi mengunjungi KR1M untuk memastikan perkara ini.
ReplyDeleteuntuk menutup isu berkaitan pengurangan kakitangan kerajaan tony phua menimbulkan pulak isu kedai rakyat 1 Malaysia....harga barangan yang dibandingkan dgn KR1M adalah harga di pasaraya....cuba bandingkan dgn harga kedai runcit.....xkan xreti bezakan kedai dgn pasaraya
ReplyDeletelepas GE13, tiada lg KR1M n klinik 1Malaysia. yg tinggal hanyalah 1Malaysia yg kena bayar spt 1Malaysia e-mel, 1pantatMalaysia, dsb...
ReplyDeleteTidak apalah yang penting ada barang keperluan yang lain murah berbanding dengan harga pasaraya yang lain. Itu sudah mencukupi.
ReplyDeleteInilah yang terbaik. tidak semestinya semua barang 30-50% diskaun. Kalau begitu bagus suruh pembangkang bagi percuma saja. Tidak payah bayar.. Isu yang budak-budak boleh fikir kenapa pembangkang yang berpendidikan tinggi tidak boleh fikir semua ini.
ReplyDeleteNampaknya pakatan rakyat sengaja memainkan isu ini.Tidak sedarkah bahawa matlamat penubuhan KR1M ini adalah memberikan haraga murah bagi barangan keperluan seharian seperti beras,gula,tepung .Lihatlah apa yang dipegang oleh Tony,pencuci yang paling murah di Tesco yang diragui kualitinya.tentulah agak sukar bagi KR1M bagi memenangi Tesco yang merupakan 3rd terbesar dalam pasaran Wholeseller.Matlamat KR1M adalah baik.Janganlah percaya dengan individu yang ingin membuang kakitangan awam andai Pakatan menang ini.
ReplyDeletekita pergi beli sendiri di kedai 1 malaysia dan p kedai lain...jangan terlalu cepat membuat andaian...ramai yg komen ne ada kah p beli d kedai 1 malaysia..?saya sendiri pun belum jadi kita semua p kedai itu..kalau betul murah ..bagus bagi kita lau mahal kita minta kaji harga itu balik..saya bukan sokong mana-mana parti...kiya sebagi pengguna..kalau beza..0.30 sen atau 0.40 satu barang itu kira mahal..tak percaya..cuba tanya tauke cina....nanti tahu itu mahal ke murah....
ReplyDeleteTuan2 kau orang sibuk bebenor cerita kedai 1 Malay murah,lantas aku pun cari kedai 1 Malaysia tak ada pun mungkin di Keykey tapi kenapa namanya 1 Malaysia tp hanya di Bandar besar sehaja so amat kecewa aku hanya dengar khabar je.
ReplyDelete