Friday, November 11, 2011

Mengubah Tingkahlaku Buruk Masyarakat Islam

Menjadi kewajipan para pendakwah berusaha dengan daya upaya yang ada untuk mengubah segala tingkahlaku yang buruk dikalangan umat Islam masa kini. Ini bertujuan untuk mengajak masyarakat Islam meninggalkan segala perbuatan yang bercanggah dengan tuntutan Islam dan melakukan segala pekerjaan yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Dapat kita lihat di lapangan bahawa umat Islam sekarang sangat jauh menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar. Berbagai masalah sosial yang dialami oleh umat Islam sekarang ini seperti penceraian dikalangan suami isteri, pergaulan bebas, penyalah gunaan dadah, pembunuhan, seks bebas dan sebagainya.

Berbagai kaedah yang telah dibuat oleh pakar-pakar psikologi atau kauseling, tetapi setiap kaedah yang dihasilkan oleh mereka itu belum ada satupun yang berkesan dan dapat mengurangkan masalah ini. Masalah sosial ini tidak akan selesai selagimana kita tidak kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Islam sahaja yang mempunyai formula untuk mengatasi masalah ini dengan berkesan. Ini juga telah ditegaskan oleh Syeikh Sayyid Al-Qutb dengan mengatakan bahawa Islam sahajalah wadah yang mampu untuk memberikan keadilan sosial bagi umat sejagat. Firman Allah SWT yang berbunyi :

“Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya, dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan. Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.” (Al-Baqarah : 208)

Mari kita renung dan selidiki kalam Allah di atas ini, jelas bahawa Agama Islam mempunyai cara yang tersendiri untuk mencegah dan merawat masalah sosial ini. Untuk memastikan formula ini berkesan, maka para pendakwah hendaklah menyusun strategi yang baik untuk mengatasi masalah sosial ini. Para pendakwah perlu mempunyai sikap yang kreatif dan inovatif untuk melaksanakan segala dakwahnya.

-ustaznoramin.com

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.