Tuesday, November 8, 2011

Tiada Lagi Ruang Bersuara Dalam UMNO - Ku Li

Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mengakui 'tiada ruang bersuara' dalam parti menyebabkan beliau dan rakan-rakan menubuhkan NGO Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).

Bercakap pada sidang media mereka hari ini Tengku Razaleigh yang juga presiden NGO itu berkata, beliau tiada ruang untuk menyuarakan pendapat bagi pihak rakyat, berbeza dengan Umno ketika dipimpin oleh tiga presiden terawal dahulu.

"Bagi saya tak ada (ruang) lah," katanya ketika diaju soalan oleh wartawan.

"Sekarang ini nampaknya orang macam saya, Tan Sri (Abdul) Kadir (Sheikh Fadzir) tak ada tempat dah nak bersuara di sana (dalam Umno)," tambahnya lagi.

Turut serta pada sidang media itu dua timbalannya Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dan Datuk Seri Ong Tee Keat.

Beliau yang juga ahli parlimen Gua Musang berkata, ruang tersebut ditutup kerana Umno sekarang ini hanya bergantung kepada satu idea sahaja.

Katanya, sama juga dalam perhimpunan agung Umno, di mana sesiapa ahli yang mahu bercakap perlu mendapat kebenaran 'orang atasan' termasuk perkara yang hendak dibangkitkan, perlu diluluskan terlebih dahulu.

Sambil menyokong pendapat itu Abdul Kadir pula berkata, zaman dahulu sampai ketika Tun Hussin Onn pun, semua orang bebas untuk bercakap namun sekarang tidak lagi.

"Nak kutuk ke, semua boleh cakap, tak ada masalah.

"(Sekarang) perhimpunan agung Umno untuk perkara-perkara yang sedap didengar sahaja," katanya kecewa.

Amanah dilancarkan Julai lalu dan sudah dilulus Pendaftar Pertubuhan (RoS) dua minggu lalu.

Tambah Tengku Razaleigh juga, pentadbiran Najib telah melakukan banyak program transformasi namun pelaksanaannya masih tidak menampakkan hasil. -HD

21 comments:
Write comments
  1. Sekarang ahli-ahli UMNo hanya tahu membodek Najib sahaja. Najib pula kuku besi mesti ikut semua arahannya. Tidak boleh menegur. Inilah dasar UMNO sekarang U= Untuk, M= Merampas, N= Negeri, O= Orang. Sabah dan Perak berjaya dirampas!

    ReplyDelete
  2. Harap Amanah ini boleh membenarkan ahli mereka menyuarakan pendapat mereka.

    ReplyDelete
  3. Semoga UMNO akan menerima pandangan ahli-ahli mereka supaya masalah boleh dibangkit untuk penyelesaian bersama.

    ReplyDelete
  4. kebanyakan umno ni iq rendah ... tu sebab pendapat tidak diterima btul2 mcm bapak budak ...klu mcm ni hancur ...

    ReplyDelete
  5. pemimpin umno ni kebanyakan iq rendah ...

    ReplyDelete
  6. UMNO harus bersikap lebih terbuka dan memberi peluang kepada ahlinya menyuarakan pendapat mereka.

    ReplyDelete
  7. tapi, jika nak menyuarakan pendapat pun, kenalah beri pendapat yang benar2 berguna dan bernas.

    ReplyDelete
  8. Jangan terlalu bersikap mendominasi, kelak ia hanya akan merugikan parti.

    ReplyDelete
  9. Amanah suarakan saja apa yang patut demi kebaikan bersama.

    ReplyDelete
  10. Umno parti tutup mulut sama macam media TV dan paper hanya umno/BN saja boleh cakap yang lain boleh mamposlah.

    ReplyDelete
  11. harap2 dasar terbuka dapat diterapkan dalam parti.

    ReplyDelete
  12. dengan apa yang beliau lakukan sekarang dengan menubuhkan NGO Amanah dan bercakap sana-sini mengkritik Umno dan Kerajaan, apa kah itu bukan kebebasan namanya?

    ReplyDelete
  13. adakah mungkin Ku Li akan keluar dari UMNO?

    ReplyDelete
  14. apa kah pemimpin2 Umno yang kekadang terlebih bercakap menentang arus dan bercanggahan dengan Umno sekarang bukan kebebasan namanya? Contoh seperti Khairy Jamaluddin dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah.

    ReplyDelete
  15. mungkin juga UMNO kini dikuasai oleh pemimpin2 yang pentingkan diri. perlu cari dan perbaiki punca permasalahan agar tidak menggugat perjuangan sebenar.

    ReplyDelete
  16. doktrin UMNO-mesti sentiasa yes man, cakap ikut skrip UMNO, klu ada idea bagus pun simpan di bawah tempurung sj. akhirnya yg naik n memimpin negara adalah yg puyu2 sj. bukti? najib bilang x pernah jumpa/kenal altantuya n saiful pondan tp bila ada bukti gambar, u-turn pula. c hisapputing bilang tiada masalah PATI di sabah. nazri aziz bilang ibrahim ali x salah sbb ianya kebebasan bersuara walaupun isu sensitif n provokasi. noh omar bilang bagus jg kc RM250juta utk shahrizat bikin piara sapi walaupun menteri 'pintu belakang' x pandai piara sapi...

    1 lagi wayang kulit UncivilisedMonkeyNO!!!

    ReplyDelete
  17. lain orang lain pandangannya..apa pun, berusahalah untuk sentiasa menjadi lebih baik untuk kepentingan rakyat.

    ReplyDelete
  18. doktrin UMNO-hanya mahukan mereka yg yes man, penjilat pantat, rasuah, pandai tembirang, islam palsu [anjing/babi haram ttp rasuah/seks halal] shj utk jd ahli pecacai UMNO. x hairanlah dgn produk2 'berkualiti' UMNO spt hisapputing bilang, tiada masalah PATI di sabah. nazri aziz bilang sttment ibrahim ali adalah kebebasan bersuara walaupun ianya sensitif n provokasi. noh omar bilang kandang sapi shahrizat ok sdgkan production x mencapai target. Dr M pernah membuat sttment bahawa UMNO 'lebih' islam drpd PAS ttp anaknya memiliki "SEND ME GIRL"...aramai tii!!!

    ReplyDelete
  19. Pendapat orang lain perlulah kita dengar ini bagi menambah baik kelemahan yang ada dengan kita.

    ReplyDelete
  20. Sebagai seorang yang senior beliau banyak pengalaman dan pandangan tersendiri. Mungkin sukar untuk menyuarakan ini akan menrugikan kita sendiri kepada tidak mendapat input dari luar.

    ReplyDelete
  21. nah kalau lah tidak ada lagi ruang bersuara buat apa duduk disana,berhenti saja lah dari parti dan bersuara lah di NGO...macam suami isteri kalau sudah tidak ada ruang untuk berdamai jalan penyelasaian terbaik adalah berpisah,buat apa paksa diri menunjuk kan sayang antara satu sama lain kalau diri terseksa zahir dan batin mungkin diluar sana ada lagi yang sayang .....pencen lah OKU sudah bah.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.