Sunday, November 13, 2011

Tujuh Keajaiban Alam Sekitar Dunia Yang Terkini

Hutan hujan Amazon, Halong Bay di Vietnam dan air terjun Iguazu, Argentina dinamakan sebagai antara tujuh keajaiban alam sekitar dunia yang baharu.

Empat lagi lokasi yang menerima pencalonan sama ialah Pulau Jeju, Korea Selatan; Komodo, Indonesia; sungai bawah tanah Puerto Princesa, Filipina dan Table Mountain di Afrika Selatan.

Penganjurnya, Yayasan New7Wonders menyatakan keputusan akhir akan diumumkan pada awal tahun 2012. Yayasan yang berpangkalan di Switzerland itu bagaimanapun menegaskan mungkin akan ada perubahan dalam senarai pemenang sementara dan senarai akhir tersebut.

Lokasi-lokasi yang gagal untuk disenaraikan termasuklah Gunung Kilimanjaro, Tanzania; Laut Mati, Israel dan Grand Canyon di Amerika Syarikat (AS).

Undian yang dianjurkan oleh New7Wonders nyata menarik minat orang ramai. Ia turut melibatkan selebriti, misalnya bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi yang mengajak para peminatnya supaya memilih air terjun Iguazu.

Keputusan akhir tersebut diperoleh selepas satu proses yang lama, bermula dari Disember 2007 hingga Julai 2009. Dalam tempoh itu, warga dunia diminta mengundi lokasi yang mereka fikir sebagai keajaiban alam sekitar.

Lebih satu juta undian diterima untuk menyenarai pendek 440 lokasi di 220 buah negara kepada 77 lokasi sahaja. Senarai itu kemudian dipendekkan kepada 28 finalis oleh satu panel pakar. - AFP


Hutan hujan Amazon


Halong Bay, Vietnam


Air Terjun Iguazu, Argentina


Pulau Jeju, Korea Selatan


Komodo, Indonesia


Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa, Filipina


Table Mountain, Afrika Selatan

9 comments:
Write comments
  1. Kecewa kerana Pulau Sipadan tidak termasuk dalam Tujuh Keajaiban Alam Sekitar ini, lain kali kita cuba lagi.

    ReplyDelete
  2. Mesti mau pergi melawat semua tempat yang ajaib didunia ini.

    ReplyDelete
  3. cantik sungguh tempat2 ni. patutlah terpilih sebagai tujuh keajaiban alam sekitar dunia.

    ReplyDelete
  4. memang cantik dan menakjubkan tempat-tempat tersebut.

    ReplyDelete
  5. One word, magnificent!

    ReplyDelete
  6. malaysia tidak tersenarai ka?? kesian..

    ReplyDelete
  7. Mungkin belum masanya lagi. Kita tunggu mungkin ada lain hari yang lebih menarik di Malaysia.

    ReplyDelete
  8. mmmg tempat yang dipilih adalah tempat yang cantik dan menakjubkan.

    ReplyDelete
  9. apa mcm mau terpilih kalau sampah sana sini betaburan haha... tapi apa2 pun saya sudah pergi ke sungai bawah tanah puerto princessa tu .. bukan mahal jga pun kos dia.. bru berapa ratus ja bha

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.