Wednesday, October 3, 2012

Mashitah Diarah Fail Pembelaan Saman FITNAH Ust. Hadi

Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dan dua lagi untuk memfailkan pernyataan pembelaan mereka berhubung kes saman fitnah oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebelum 30 Oktober ini.

Tarikh tersebut turut ditetapkan oleh Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof untuk pengurusan kes berkenaan.

Hadir pada prosiding hari ini ialah peguam, Nur Diana Mat Radzai bagi pihak Abdul Hadi selaku pihak plaintif, manakala kesemua defendan diwakili peguam-peguam, Abang Azlan Abang Ariffin dan Zunita Kamaruzaman.

Menurut saman yang difailkan pada 18 September lalu, Ahli Parlimen Marang itu menamakan Mashitah defendan pertama sementara penerbit dan pencetak akhbar Sinar Harian, Sinar Karangkraf Sdn. Bhd. (Sinar Karangkraf) dan Ultimate Print Sdn. Bhd. (Ultimate) masing-masing defendan kedua dan ketiga.

Abdul Hadi dalam pernyataan tuntutannya mendakwa, defendan pertama telah mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya dalam kolum beliau 'Langit Terbuka' yang kemudiannya diterbit dan dicetak oleh defendan kedua dan ketiga pada 2 Mac lalu.

Dakwanya, kata-kata fitnah yang ditulis itu antara lainnya menunjukkan bahawa plaintif adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak untuk menjadi pemimpin parti.

Tindakan Sinar Karangkraf dan Ultimate menerbit dan mencetak artikel terbabit tanpa usul periksa pula didakwa bertujuan untuk mensensasikan berita dan melariskan jualan bagi mendapatkan faedah kewangan.

Perbuatan kesemua defendan itu didakwa Abdul Hadi telah menyebabkan beliau menanggung aib dan malu serta dipandang hina oleh masyarakat.

Walaupun telah memohon kesemua defendan menarik semula pernyataan fitnah terbabit, meminta maaf dan membayar ganti rugi melalui surat peguam bertarikh 20 Jun lalu, Abdul Hadi mendakwa, pihak defendan telah cuai, gagal atau mengabaikan permintaannya.

Oleh itu, Abdul Hadi memohon ganti rugi am, teladan dan teruk yang tidak dinyatakan jumlahnya, kos serta relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Plaintif turut menuntut kesemua defendan menarik semula pernyataan fitnah tersebut dan meminta maaf di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia dalam tempoh 24 jam selepas perintah dikeluarkan oleh mahkamah.

15 comments:
Write comments
  1. Wanita 'solehah' dlm UMngokk nih. Porahhh.

    ReplyDelete
  2. Patut pun kalah pd PRU lalu. Kalah kpd ust Taib Azamuddin ke. Mahathir lantik juga sebagai senator. Jasamu dkenang le tu kot.

    **Raja Sulu'

    ReplyDelete
  3. Ada kes jugak isu tanah ke isu pagar tanah dgn jirannya jugak. Ishh2, ustazah UMngok ni yer. Semua pemimpin yg dpilih oleh BN tak kira wanita ke lelaki ke, semua mengabihkan beras aje. Tak de quality.

    ReplyDelete
  4. Kes saman menyaman semakin meriah di kala menjelangnya pilihan raya.

    ReplyDelete
  5. Jangan salah guna kemudahan media la.

    ReplyDelete
  6. Isu saman-menyaman sudah menjadi lumrah dalam politik

    ReplyDelete
  7. siapa kalah bayar saman

    ReplyDelete
  8. Yg penting...UTUSAN / media milik UMNgokk,selalu kalah dlm mahkamah. Kalau kira, dh hampir RM1b denda / saman kena bayar oleh mereka dr era Tun M hingga sekarang

    ReplyDelete
  9. Ikhlas cakkap Mashitah ni sama taraf dgn si Ummi hafilda tu je. tak ada kerja selain kerja mcm syaitan gondol. Fitnah alim ulama' sja. Sebab tu UMNO sekarang makin lama makin mrudum. Ramai sgt YB mereka yg spt ni dan UMNO zaman dulu2an ndak ada bah, YB saparti ituh. itu pasal mareka kuat pa.

    ReplyDelete
  10. Fitnah akan dapat hukuman dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  11. Saya percaya yang mana ada pihak yang cuba untuk menjatuhkan Mashitah ini.

    ReplyDelete
  12. Kita tunggu saja kebenaran dan keputusan daripada pihak mahkamah atas kes ini.

    ReplyDelete
  13. Kita sendiri pun masih tidak tahu adakah perkara itu benar atau tidak. Jadi tidak perlu kita buat analisis sendiri.

    ReplyDelete
  14. PUTRAJAYA: Sama ada suka atau tidak, Putrajaya antara ‘lubuk’ perlakuan maksiat sama ada membabitkan pasangan suami dan isteri orang yang berstatus kakitangan awam atau atau pasangan remaja yang kemaruk melakukan maksiat.

    Kegiatan itu semakin menjadi-jadi berikutan sikap kebanyakan penghuni Islam di kuarters kerajaan dikenal pasti menggunakan pendekatan ‘tidak menjaga tepi kain orang’ sehingga memudahkan perlakuan maksiat berleluasa.

    ReplyDelete
  15. Kan Mashitah tu kat Putrajaya jugak. Tak lihat ke 'masalah' yg trjadi tu dsekitar Putrajaya ? Benar sakali ada yg kata sama taraf dgn si Ummi tu.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.