Dokumen yang bocor dari Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM)
menunjukkan bahawa agensi kerajaan negeri itu menaja majlis perkahwinan
anak sulung Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam Ahad lalu, dakwa
Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) ketika membahaskan bajet di Parlimen
hari ini.
Mahfuz mendakwa, dokumen tersebut menunjukkan bahawa mesyuarat
PKNM diadakan khas untuk membincangkan tentang "logistik majlis tersebut" pada 30 September.
Menurutnya,
pegawai khas ketua menteri mengaku hari ini bahawa majlis tersebut
ditaja sebanyak RM10 bagi setiap tetamu dan menurut Mahfuz lagi,
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasatnya kerana
ia majlis peribadi.
Minit mesyuarat tersebut, dakwa Mahfuz lagi,
menyebut jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat dan ia juga menyatakan
tiada bil perlu dituntut daripada ketua menteri dan semuanya percuma.
Menurut
salinan minit mesyuarat tersebut yang diperolehi pihak media
kemudiannya, Ketua Pegawai Eksekutif PKNM, Datuk Yusof Jantan
memaklumkan satu mesyuarat akan diadakan mengenai majlis persiapan
hiasan luaran, kebersihan dan logistik sempena majlis perkahwinan anak
ketua menteri pada 30 September 2012.
Beliau seterusnya
menekankan bahawa semua persiapan yang dikendalikan atas budi bicara
jabatan tersebut serta tiada sebarang bil tuntutan kepada ketua menteri
atau kerajaan negeri. -MK
Wednesday, October 3, 2012
Mahfuz dakwa kenduri mega 'ditaja' agensi k'jaan Melaka
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SPRM nak siasat? Siasat Nik Aziz je yg cepat. Dengar ada 'kes' je terus masukk lepas tu masuk angin keluar asap je la. Tapi kat Melaka tu,ada berani SPRM nak masuk. Ini Malaysia...yopp!!
ReplyDeleteKatanya air kacip fatimah dbekal oleh satu skyt dan mamee satu sykt. Kos semua sekali RM10 juta yg dtanggung oleh anak sykt kerajaan negeri. Camne ni Srhnjaya Rasuah? nak siasat ke ndak.
ReplyDeleteDengan perbelanjaan yang banyak, semoga berkekalan perkahwinan tersebut.
ReplyDeleteRasanya KM Melaka dah menepis dakwaan ini
ReplyDeleteSPRM perlu siasat perkara tu, benar atau tidak
ReplyDeletePembangkang akan sedaya upaya menjatuhkan musuhnya. walau apa cara pun.
ReplyDeleteKalau ini memang benar..dan ada dekumen sokongan sebagai bukti..nampaknya pemimpin2 UMNO ini dah teruk betul...urusan keluarga guna harta Negeri..Ismail Sobri ada bidangkuasa siasat ka dakwaan ini atau biarkan SPRM yg siasat? Ali Rustam, ko pandai2lah pakat2 dgn kroni, hilangkan semua dakwaan itu utk yakinkan rakyat Melaka bahawa U adalah menteri besar yg bersih...amin!
ReplyDeleteSPRM tak nak pi siasat ka???? kalau kat selangor cepat jer nak masuk campuq......
ReplyDeleteHang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekiu dan Hang Lekir dah tak ada. Seandainya betulapa yang didakwa akan muncullah Hang-Hang UMNO mempertahankan Ketua Menteri mereka ini . . . Hang Ibrahim
ReplyDeleteali dengan PERKASA entah maju ke gelanggang atau tidak?
Dulu Rafizi pula yang mendakwa Najib menyalahgunakan wang kerajaan untuk pertunangan anak perempuannya, Nooryana Najwa
ReplyDeleteKita tunggu apa yang SPRM akan lakukan mengenai perkara ini.
ReplyDeleteBenar bersalah atau tidak mengenai perkara ini. Jika itu satu sumbangan kerajaan Negeri kepada Ketua Menteri rasanya tidak ada salahnya. tetapi jangan terlalu membazir.
ReplyDeleteMungkin PAS cemburu kerana yang hadir ketika itu sangatlah ramai. Jadi PAS risau akan kehilangan sokongan.
ReplyDeleteSumbangan KERAjaan negeri kepada Ketua Negeri ? Kepala bapak kauu. Ingat lagi Nik Aziz yg nak pergi Mekah dulu, bukan dia minta dsponsor tapi pihak yg kedua tu pandai2 kecoh nak spnsor dan dgr pd UMnO,bukan main kecoh satu dunia. Ingat tak...saya lupa SPRM ada laporan atau ndak. Tapi dua mnggu jugak suratkhabar takde citer lain.
ReplyDeleteApa kaitan prkahwinan anak Ali Ketam tu dgn PAS sehingga dicap sebgai PAS takut hilang sokongan? Kalau aku kat Melaka tu aku pun pergi, nak makan dan dpt sumbangan lg. Balik aku sokong PAS atau PR le. Itu hak aku dbawah Perlembagaan Persekutuan.
ReplyDeletePAS takut hilang sokongan? Apa kaitannya dgn majlis perkhawinan anak Ali Ketam tu dgn sokongan pd PAS. Kalau aku kat Bukit Katil tu pun aku pergi jugak. Nak makan nasi beriani 'my favourite' dan dpt sumbangan lagi dr dua sykt yg sponsor.
ReplyDelete