Wednesday, October 3, 2012

Royalti: Mahkamah Persekutuan Benar Permohonan Kelantan

Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan dua permohonan Kerajaan Negeri Kelantan berhubung isu menangguhkan prosiding yang sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpurdan permohonan merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung perbicaraan isu royalti minyak.

Panel Hakim Mahkamah Persekutuan, diketuai Tan Sri Mohd Raus Sharif membuat keputusan itu setelah dipersetujui sebulat suaraoleh hakim-hakim lain, selepas mendengar permohonan dibawa peguam bagi pihak Kerajaan Negeri Kelantan, Tommy Thomas.

Panel hakim yang lain ialah Datuk Ahmad Maarop, Datuk Zainun Ali, Datuk Seri SulongMatjeraie dan Datuk Jefferey Tan.

Semasa prosiding berlangsung, Thomas berkata, pihaknya memohon agar kes yang sedang berlangsung di Mahkamah Tinggiditangguhkan sehingga Mahkamah Persekutuan membuat keputusan terhadap permohonan yang difailkan di mahkamah tersebut.

Mahkamah Persekutuan turut membenarkan permohonan rayuan yang difailkan oleh Kerajaan Kelantan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan,yang sebelum ini telah memutuskan kes saman pelanggaran kontrak terhadap Petronas dijalankan mengikut isu perundangan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini memutuskan isu dalam kes saman pelanggaran kontrak terhadap Petronas, yang difailkan kerajaan Kelantan, dijalankan melalui isu perundangan.

Kerajaan Kelantan seterusnya membuat rayuan di Mahkamah Rayuan kerana mahu kes tersebut dijalankan menerusi perbicaraan penuh untuk memanggil saksi-saksi dan barangan-barangan kes yang terlibat.

Bagaimanapun pada 26 April lalu, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Kerajaan Kelantan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dan memutuskan kes saman tersebut perlu didengar dan diselesaikan mengikut isu perundangan.

Kerajaan Negeri Kelantan berhasrat untuk menjalankan perbicaraan secara penuh kerana tanpa perbicaraan penuh, ia sangat prejudis terhadap Kerajaan Kelantan.

Peguam Tan Sri Cecil Abraham mewakili Petronas.

Dalam pernyataan tuntutannya, Kerajaan Kelantan menuntut Petronas supaya membuat pembayaran tunggakan dan bayaran tunai seterusnya bagi petroleum dihasilkan di luar pantai Kelantan seperti ditetapkan dalam perjanjian petroleum; serta menuntut ganti rugi dan kos.

Dalam tuntutan, kerajaan negeri menyatakan bahawa Perjanjian Petroleum Kelantan dimeterai pada 9 Mei 1975, jelas menyebut bahawa Petronas perlu membayar tunai lima peratus daripada hasil minyak sama ada daripada usaha carigali di kawasan pantai atau luar pantai.

Ia menyatakan satu perenggan daripada perjanjian itu menyebut bahawa pembayaran hendaklah dibuat secara tunai dua kali setahun pada atau sebelum 1 Mac atau pada atau sebelum 1 September.




18 comments:
Write comments
  1. Nak bagi hak2 Kelantan pun ndak bole kah ?. Ali Rustam yg buat kenduri kawin anaknya menelan ngkos RM10 juta dtanggung oleh kerajaan negri, bole pulak. Itu hal peribadi keluarga,anak nak kawin kenapa harus ada pruntukkan? Lepas tu ada beberapa sykt yg sponsor. Tak rasuah ke? Mna SPRM nak masuk tu...spt mana yg mereka masuk siasat Nik Aziz dulu.
    Hidup OMNO !!!

    ReplyDelete
  2. Kerajaan BN sudah banyak salurkan bantuan kepada Kelantan

    ReplyDelete
  3. Kembalikan apa yang sepatutnya menjadi hak Kelantan. Tak payah nak kecoh2 lagi

    ReplyDelete
  4. Ada dua sebab kenapa Kelantan TAK LAYAK terima royalti minyak:

    Sebab pertama: Kerana eksploitasi yang ada ialah kawasan pertindihan tuntutan antara Malaysia dan Thailand dan antara Malaysia dan Vietnam.

    ReplyDelete
  5. Sebab ke-dua: Eksploitasi sekarang dibuat lebih dari 3 batu nautika dari perairan kelanta.

    ReplyDelete
  6. Isu royalti minyak di Kelantan semakin panas.

    ReplyDelete
  7. harap2 ada la penyelesaian mengenai minyak Kelantan tu

    ReplyDelete
  8. Peringatan Kepada pemimpin yang korup...Minyak adalah rezeki Allah berikan untuk dinikmati oleh semua hambaNya...Kalau kau menafikan hak rakyat ingatlah Bala Allah.

    ReplyDelete
  9. Kelantan pemilik harta..minyak. Petronas makhluk baru...diwujudkan kerana ada minyak Kelantan..untuk menguruskan minyak itu mengikut syarat syarat tertentu...kalau Petronas tak ikut syarat...pastilah perjanjian dengannya Kelantan boleh putuskan..dia tuan, pemilik harta...ini budak sekolah rendahpun tahu...

    ReplyDelete
  10. Kekayaan minyak di Malaysia adalah sudah di pesan oleh Allah SWT bermaksud;
    ”Jika penduduk sesuatu tempat itu beriman dan bertaqwa kepada Allah, akan dibukakan pintu keberkatan dari langit dan bumi”.
    Manakala kekayaan itu hendaklah disalurkan untuk memmakmurkan rakyat Malaysia secara keseluruhannya kerana pemerintah mempunyai asas tanggungjawab kepada rakyat untuk:
    1. Mengeluarkan rakyat daripada lingkaran kebodohan;
    2. Membebaskan rakyat daripada kepapaan;
    3. Menyelamatkan akal rakyat daripada kebinasaan;
    4. Mewujudkan ketenteraman jiwa rakyat; dan
    5. Menyelamatkan ketenteraman masyarakat dan negara.
    Oleh itu atas dasar natural justice, perikemanusian dan kontrak persekutuan Malaysia sangat wajar royalti minyak di makmurkan kepada rakyat keseluruhannya . Niat mala fide politik untuk menahan kekayaan negara dari sampai kepada rakyat adalah unsur penjajahan dan penyekat perkembangan agama Islam selaku agama rasmi Malaysia.

    ReplyDelete
  11. Kelantan saja yang sangat kecoh tentang isu royalti ni. apapun, kerajaan kenalah tunaikan semua yang terkandung dalam perjanjian tu. sama juga dengan negeri2 pengeluar minyak yang lain.

    ReplyDelete
  12. Yang pasti kerajaan akan memastikan hak rakyat itu milik mereka.

    ReplyDelete
  13. Penduduk Sabah juga telah menyuarakan mengenai Royalti Sabah ini. Harap kerajaan Persekutuan akan memberikan yang baik juga kepada penduduk Sabah.

    ReplyDelete
  14. Apa pun kita harap tidak ada kekecohan berlaku dalam hal ini. Biarkan Mahkamah memutuskan keputusan yang tepat mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  15. Bodoh!!
    Faktanya – hasil dalam negeri & 3 batu nautika dari pesisr pantai negeri adalah hak Kerajaan Negeri! (rujuk perjanjian Penubuhan Negeri2 di Semenanjung 1948). Royalty 10% minyak yg dituntut ini jauhnya dari pesisir pantai negeri itu adalah 60 batu nautika!! Sdgkan itu mmg hak Persekutuan!!!

    Pemalas & bebal!!!!
    Hasil mahsol negeri spt bijih besi (Kuala Krai), emas (Gua Musang), balak (Gua Musang), air (seluruh Kelantan), tanah2 pertanian dan lot (seluruh Kelantan) buat tak tau pula!! Alih2, hasil Petroleum yg diusaha kemas & efisien oleh UMNO ini dicemburui, diidami dan ditagih!!

    Negeri2 di Semenanjung, bukan seperti Sabah, Sarawak & Labuan! Tapi harus diingat, org Sabah pun salah menuntut 20% sbb TIADA DALAM PERJANJIAN SEBELUM INI! Bukan semua Perkara 20 harus diikut total Pusat, tetapi hasil PERUNDINGAN DAN PERSEFAHAMAN antara kedua pihak dari masa ke masa. Perjanjian Pusat & Sabah setakat ini yg dipersetujui ialah 5% utk Negeri dan 5% lagi untuk pusat bagi hasil2 galian petroleum!

    *mintalah elok2 dgn PM sbb barangkali PM boleh bantu sebagaimana Terengganu. sorry ye..dalam mengaku cerdik nih kamu memang bangangg!!

    Bodoh! Bodoh!! Bodoh!!!!!

    ReplyDelete
  16. kepada anonymous yg cop org BODOH dgn fakta hebatnya!!

    kau tahu tak dgn tertubuh nya petronas melalui perjanjian ini,hak minyak ni kepunyaan PETRONAS,,kerajaan pusat dan negeri tiada hak atas penemuan minyak,,maknanya disini tiada istilah sempadan,,kerajaan pusat ni hanya pemegang dlm petronas dn penerima dividen,rujuk bhgian 4 pembyaran,,akta144,,,dlm konteks ni hanya petronas yg perlu membayr royalti kepada kerajaan pusat dan negeri sebanyak 5% masing2,,selebih nya dpt kt petronas,,petronas ni ibarat berkecuali,,di bwah perjanjian dgn thailand ni berlaku pertindihan bkn dr segi sempdan EEZ tp blok minyak yg sama mknanya ad susutan jika diambil oleh salah seorang jd dr sini lah di tubuhkan joint development,,tu saja,,tp mesti la semasa sign perjanjian tu melibatkan negara,kalau bg 50-50 antara petronas dn syarikat thai,royalti tetap dpt kt pusat dn negeri dr hasil diperolehi,,xde guna aku tulis panjang2 kau pon mesti xpercaya mudahnya kita tgggu keputusan mahkahmah,,kalau betul ada hak aku sbgai rakyat kelantan tp dia xbayar dan bangunkan tempt yg bukan hak insyaAllah aku xhalal wlau satu sen pon pd mereka yg dpt manfaat nya,sokong&bersubahat,, igt kata2 tun razak mna2 negeri akan dpat royalti xkira luar@ dlm pesisir,,mereka yg tubuhkan petronas pun masih hidup lg ,ku li yg hebat sehingga shell dan esso terpaksa bg teknologi dn ilmu kpd petronas,,bukan Mamak kuti.

    dalam surat perjanjian petronas dengan kelantan(penjanjian di antara Petronas dan kerajaan Kelantan yang ditanda tangani oleh Menteri Besar ketika itu, Datuk Mohd Nasir pada 19 Mei 1975 ) dan terengganu(Petronas pada 16 September 1978) menunjukkan bahawa tidak timbul langsung isu 3 batu nautika, onshore atau offshore, yang penting selagi mana ia diletakkan di perairan negeri tersebut maka Petronas perlu membayar royalti 5 peratus..yang kau kecoh sebut 3 batu nautika tu akta yang digunakan Akta Ordinan Darurat 1969, iaitu akta yang telah pun dimansuhkan(ganti akta petronas 1974)bagi menafikan hak kerajaan negeri Kelantan daripada menerima royalti minyak.AKTA DAH DIMANSUHKAN PADA 2011..(undang-undang Malaysia iaitu Akta 216, Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu 1979), di bawah seksyen 13(1) jelas yang menyebut ordinan (kuasa-kuasa perlu darurat 1969) telah dimansuhkan..!!!!!)


    kau ingat kuli ada masa nak buat akta???kahkahkahkah..tu undang2 darurat yang digunapakai(krisis umno dgn pas)ko x caya ko pegi baca buku akta pembangunan petroleum(tu pun kalau ko ada la)hehehehe..

    jadi disini siapa yang BODOH??nasib baik ko guna pakai anon mcm aku..hihihihi..yang jadi masalahnya sekarang ialah PETRONAS+UMNO vs 'Royalti'+RakyatKelantan....Allah Maha Besar Dan Mengetahui...

    CERDIK!CERDIK!CERDIK la sangat ko!!kahkahkahkahkah

    ReplyDelete
  17. NIK AZIZ SENTIASA MEMUNGKIRI JANJI

    Jika sebelum ini Datuk Nik Aziz pernah berjanji akan turut bersara dan meletakkan jawatannya selaku Menteri Besar Kelantan serta merta sekiranya YABhg Tun Dr Mahathir yang ketika itu masih Perdana Menteri Malaysia bertindak untuk berundur atau bersara dari menerajui kepimpinan negara.

    Tun Dr Mahathir Mohamad telah melepaskan jawatannya daripada kerajaan sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober 2003 iaitu genap 9 tahun sudah namun Datuk Nik Aziz sehingga kini masih lagi kekal sebagai Menteri Besar Kelantan tanpa ada petanda atau petunjuk-petunjuk yang beliau akan berundur dari memimpin negeri Kelantan.

    Begitu juga apabila beliau baru-baru ini pernah berjanji bahawa tidak akan bertanding dalam mana-mana kawasan pilihanraya DUN serta Parlimen pada PRU-13 nanti tetapi selepas itu beliau sekali lagi mungkir janji apabila berkata akan turut bertanding atas alasan sebab desakan datang daripada kepimpinan serta akar umbi PAS sendiri yang mahu beliau berbuat demikian. Itu belum lagi dgn janji-janjinya terhadap pembangunan di negeri Kelantan. Cukai-cukai Kerajaan negeri pun lupa dikutip seperti balak, emas, bijih besi, tanah dsb.

    Keputusan oleh Datuk Nik Aziz telah dibidas oleh YABhg Tun Dr Mahathir yang menganggap Menteri Besar Kelantan itu akan terus menjadi seorang pemimpin yang sentiasa memungkiri janji-janjinya sendiri sepanjang masa dan tidak akan pernah berpegang kepada apa yang pernah beliau katakan.

    ReplyDelete
  18. anonymous 24 Okt. 2012. 2.54 am

    kau masih bangang brader!

    Petronas UMNO punya. Kerajaan Pusat BN punya. BN di control oleh UMNO (mcm PAS control PR?).

    Congak mudah – minyak yg petronas gali adalah lebih dari 60 batu nautika dari perairan bumi negeri Kelantan.

    Jangan sebut Terengganu boleh dapat sebab Terengganu sentiasa berjaya pujuk PM . buat masa ini kerajaan2 negeri yg lain tak tuntut pun walau semua negeri berhak. BN suruh diam aje.

    Akta / sebarang ordinan kau kau agung2kan tuh - diluluskan oleh BN yg memiliki majority dalam Parlimen!!

    Pujuklah PM jika mau.. sangat2 mau!! Jangan dijauh & dimusuh!! Diajak seluruh rakyat berdendam dgn akal & hati budi yg suu dzon!! dasar MB bebal & pungut gaji, elaun haram! bagi anak bini makan pulak tuh..

    Allah itu maha adil & inilah hak yg harus diterima rakyat Kelantan buat masa ini.

    Jangan nak tunjuk kalkulus undang2 la jika kau nie masih kurang cerdik. ketawa mengilai tak tentu tempat macam nik aziz jugak! Jangan pula sebut pasal halal tak halal coz kau, pasangan & anak2 pun meminta sedekah dgn kerajaan pusat tiap2 bulan!

    **bini nombor dua ku ustazah Al Azhar asal Kelantan

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.