Monday, August 1, 2011

Pensyarah: Menteri tidak harus diberi kuasa Tuhan

Seorang peguam yang pakar dalam perlembagaan hari ini menyokong agar semakan undang-undang yang membenarkan penahanan berterusan tanpa dibicarakan dilakukan segera.

Menurut Professor Shad Saleem Faruqi yang juga pensyarah undang-undang perlembagaan di UiTM, menteri dalam negeri tidak seharusnya diberikan kuasa Tuhan bagi menahan rakyat negara ini.

"Saya tidak fikir sepatutnya mana-mana manusia harus diberikan kuasa seumpama itu untuk bertindak ke atas manusia lain... kuasa itu hanya untuk Tuhan,” katanya pada sebuah forum di Kuala Lumpur hari ini.

Shad Saleem mengulas mengenai undang-undang kuku besi di negara ini seperti Akta Keselamatan dalam Negara (ISA) dan Ordinan Darurat yang memperuntukkan kuasa mutlak kepada menteri dalam negeri untuk menahan seseorang untuk jangkamasa yang difikirkannya sesuai.

Walaupun mengakui negara memerlukan undang-undang pencegahan bagi menangani ancaman keselamatan seperti kegiatan pengganas, Shad Saleem berkata undang-undang sedemikian perlu dikaji semula bagi mengekang kuasa mutlak menteri dan memastikan penggunaannya perlu diperketatkan.

Cadangannya adalah supaya lembaga penasihat sekarang yang dipertanggungjawab menyemak semua keputusan menteri bagi penahanan tanpa bicara ditukar menjadi “lembaga keselamatan khas” dan sebarang keputusannya mesti dipatuhi oleh menteri.

Buat masa ini lembaga penasihat hanya boleh memberikan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong, sementara kerajaan boleh dan dalam beberapa kejadian sebelum ini telah bertindak tidak mengikut nasihat berkenaan.

Menurut Shad Saleem, lembaga keselamatan khas itu juga perlu mempunyai akses kepada maklumat berhubung sebarang penahanan yang sekarang dirahsiakan oleh kementerian dalam negeri.

Katanya, situasi sekarang di mana pihak polis dan menteri bertindak dalam pelbagai peranan seperti penuduh, penyiasat dan juga pengadil adalah “tidak betul”. -mk

13 comments:
Write comments
  1. setuju. semakan undang2 yang membenarkan penahanan berterusan tanpa dibicarakan harus dilakukan dengan segera.

    ReplyDelete
  2. undang2 ini mgkin perlu juga disemak semula.

    ReplyDelete
  3. setiap pekara ada pro dan kontranya...apa pun yang dilakukan pastikan ianya adil untuk semua.

    ReplyDelete
  4. Walau apapun tindakan yang diambil biarlah rasional dan bukannya kerana agenda politik semata-mata.

    ReplyDelete
  5. Menteri juga orang biasa, cuma diberikan kuasa oleh rakyat yang memilihnya.

    ReplyDelete
  6. Lembaga penasihat patut ditukarkan kepada Lembaga Keselamatan Khas dan keputusannya harus dipatuhi semua.

    ReplyDelete
  7. Menteri sendiri perlu ingat bahawa kuasanya diberikan oleh rakyat kepadanya untuk berkhidmat untuk rakyat. Jangan sesekali melupakanya.

    ReplyDelete
  8. Mungkin ini ada baik dan burukkan dilakukan.

    ReplyDelete
  9. Nampaknya pihak polis dan menteri disalahkah dalam hal ini kerana tersalah mengunakan kuasa mereka.

    ReplyDelete
  10. Akta ISA tidak seharusnya disalahgunakan sewenang-wenangnya.

    ReplyDelete
  11. Menteri tidak seharusnya menyalah guna kuasa mereka.

    ReplyDelete
  12. kalau begitu tidak heran la jika selepas ini Malaysia akan menjadi negara paling bebas di dunia dimana rakyatnya bebas berhimpun atau berarak dijalanraya, menimbulkan provokasi dan mencetuskan keadaan huru hara, melanggar titah Agong dan melanggar amaran pihak polis..

    ReplyDelete
  13. Menteri diberi kuasa untuk merealisasikan tugas dan tanggung jawabnya demi kemajuan negara dan negeri masing-masing, tidak sepatut disalah gunakannya, ini akan mendatangkan akibat yang tidak munasabah.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.