Monday, August 1, 2011

MPS Kenakan Caj RM5 Sejam?

TINDAKAN Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang mengenakan caj tempat letak kereta (Parking Fee Charges) RM5.00 sejam di petak garisan berwarna hijau yang diletakan di setiap sudut premis di hadapan bank-bank berkenaan di daerah Sandakan telah menimbulkan kemarahan di kalangan pengguna setempat.

Mantan Ahli Majlis Perbandaran Sandakan yang juga selaku Pengerusi Cawangan UMNO Jalan Panglima Adam, Kampung Bokara dan juga merupakan aktivis masyarakat Jafar Mustafah (gambar sisipan) menyelar sikap MPS yang keterlaluan mengenakan caj sedemikian sehingga membebankan rakyat yang berpendapatan rendah.

“Biasanya, kalau kita berususan dengan pihak bank, bukan sekejap kerana terpaksa menunggu lama sehingga 3 jam, melainkan menggunakan mesin ATM. Jadi jika kita letak kereta di petak hijau sudah pasti kita kena bayar RM15,” kata Jafar kepada Sabahkini.Net, kelmarin.

Yang menghairankan kata Jafar, sekalipun pilihanraya umum ke 13 sudah semakin hampir MPS terus melakukan tindakan provokatif yang menyakiti hati rakyat sehingga rakyat membenci kerajaan BN.

“Sebagai ahli UMNO yang setia kepada pucuk pimpinan merasa jijik dengan tindakan MPS yang sengaja mencetuskan kemarahan rakyat, khususnya warga Sandakan kerana seolah-olah menjadi alat pembangkang merancang untuk menumbangkan calon-calon BN kecundang pada pilihanraya umum kelak,” tambahnya Jafar.

Katanya lagi, sudahlah kawasan letak kereta di Sandakan tidak mencukupi, ditambah lagi dengan masalah baru iaitu menaikan kadar caj dengan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan risikonya kepada umum.

“Jangan marah saya jika semua calon BN tewas pada pilihanraya umum kelak gara-gara tindakan tidak popular MPS yang menyakiti hati rakyat. Saya minta Ketua Menteri campur tangan sebelum terlambat,” tegas Jafar yang bimbang kerana majoriti masyarakat Cina mula hilang keyakinan kepada BN.

Oleh : SHAIMON S JUMADI (sabahkini)

22 comments:
Write comments
  1. caj yang dikenakan itu terlalu mahal. tak patut kenakan caj seperti itu.

    ReplyDelete
  2. Ini sememangnya terlalu melampau. Harap tindakan akan diambil untuk menangani isu ini.

    ReplyDelete
  3. Saya harap Ketua Menteri akan melakukan sesuatu untuk hentikan caj yang malampau ini.

    ReplyDelete
  4. sudah banyak barangan dan perkhidmatan yang telah dinaikkan harga. harap apa2 saja kenaikan yang dibuat haruslah berpatutan dan tidak membebankan rakyat.

    ReplyDelete
  5. Cuma dikawasan garisan hijau saja yang dikenakan caj RM5. Apa pun perlulah diberikan penjelasan kepada perkara ini perlu?? apa sebab caj dikenakan RM5??

    ReplyDelete
  6. Kenapa perlu mengenakan caj begitu tinggi? Alasan dan penjelasan anda amat diperlukan.

    ReplyDelete
  7. Lainlah kalau tempat itu seperti Warisan Square, Suria Sabah, 1Borneo..ini tidak. Mahal betul caj parking tu. Cekik darah..

    ReplyDelete
  8. Siasatan dan tindakan selanjutnya adalah diperlukan segera.

    ReplyDelete
  9. Campur tangan KM diperlukan kerana tindakan mengenakan RM5 ini hanya akan mengundang kebencian penduduk Sandakan terhadap BN. Sudah banyak aduan negatif tentang MPS. Keputusan terbaru mereka ini hanya seperti menuang minyak ke atas api.

    ReplyDelete
  10. Kenapa RM5 saja?? Kenapa tidak lebih dari itu??

    ReplyDelete
  11. harap pekara ini akan dapat diberikan perhatian yang sewajarnya.

    ReplyDelete
  12. RM5 sejam adalah keterlaluan..

    ReplyDelete
  13. Ini tidak munasabah.

    ReplyDelete
  14. RM5/jam dah keterlaluan.. Setiap urusan bank kadang-kala mengambil masa yang panjang. Siapakah yang bertanggung jawab dan menentukan bayaran tempat letak kereta ni? Sebab utama pihak menentukan bayaran ni? Kaji balik.. Menantikan charges baru dari pihak yang bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  15. The charges is about similar to VIP parking..
    Each bank transaction might take minimum charges of few ringgit each time. Guess it is too costly for all the surrounding people. Suggest to study and review about the charges.

    ReplyDelete
  16. asyik MPS sahaja yang dapat aduan dari orang ramai.. masalah lot gerai sudah selesai ka?? saya rasa baik presiden MPS letak jawatan sebelum kegagalan beliau itu turut dipikul sama oleh parti pemerintah.

    ReplyDelete
  17. huh! mimg bha kalau mps tu,, cekik darah

    ReplyDelete
  18. sana mahal sini mahal, kalau nak parking pasar besar caj boleh tahan juga.

    ReplyDelete
  19. transporter sandakanAugust 4, 2011 at 5:53 PM

    naik bas lagi bagus.

    ReplyDelete
  20. cadangan yang bagus

    ReplyDelete
  21. caj yang melampau apa rakyat ini cop duit ka? banyak isu MPS buat mendapat tentangan oleh penduduk sandakan

    ReplyDelete
  22. Janganlah menyusahkan rakyat...tolong tangani hal ini segera dgn kadar bayaran yang berpatutan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.