Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menyaman akhbar Utusan  Malaysia ekoran penyiaran satu berita yang didakwa memfitnahnya  berhubung isu komunis.
Saman tersebut difailkan pagi tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman Tetuan Mohamed Hanipa & Associates.
Ianya  berikutan laporan muka depan akhbar Umno itu pada 27 Ogos lalu bertajuk  "Mohamd Sabu Hina Pejuang, Anggap Pengganas Komunis Hero Sebenar  Tragedi Bukit Kepong" yang didakwanya sebagai fitnah.
"Saya hanya  mempertahankan diri dan mengelak daripada fitnah terutama tuduhan  komunis, tuduhan sebagai pengganas dan mempertikai aqidah.
"Fitnah-fitnah  yang disebutkan tadi boleh menyebabkan keselamatan saya dan keluarga  saya terjejas, maka kita perlu ambil tindakan undang-undang," kata  Mohamad pada sidang medianya di Pejabat Agung PAS hari ini.
Turut serta pada sidang media itu peguam mewakilinya, Hanipa Maidin.
Menurut  Hanipa, saman tersebut menamakan dua pihak iaitu Ketua Pengarang  Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad  sebagai pencetak dan penerbit akhbar berbahasa Melayu itu.
Antara yang dituntut termasuklah ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan.
Bagaimanapun jumlah ganti rugi tersebut tidak ditentukan dan bergantung kepada tafsiran mahkamah.
Dalam  laporan Utusan Malaysia 27 Ogos lalu, akhbar itu menyiarkan Mohamad  Sabu sebagai mendakwa Mat Indera, lelaki yang didakwa bersekongkol  dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya  25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam  serangan di balai tersebut.
Bagaimanapun laporan itu dakwa  Mohamad sebagai tidak benar dan fitnah kerana beliau tidak pernah  mengaitkan Mat Indera dengan Komunis namun dilapor sebaliknya oleh  Utusan Malaysia.
Ekoran laopran itu juga menurut Mohamad, beliau  dan anggota keluarganya yang lain menerima pelbagai ugutan termasuk  dalam bentuk khidmat pesanan ringkas (SMS) seperti ‘awak patut  bertaubat, awak berbohong dan jangan sampai ada yang simbah asid ke atas  isteri dan anak perempuan kamu.’
Beliau berkata, ada juga  mendesak beliau dibuang negara, termasuk dikenakan Akta Keselamatan  Dalam Negeri (ISA), selepas laporan akhbar didakwa memesongkan  kenyataannya.
Thursday, September 15, 2011
Komunis : Mohd Sabu Saman Utusan Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




Pembaca sendiri perlulah membuat penilaian yang terbaik mengenai isu komunis ini.
ReplyDeleteUtusan Malaysia tidak sepatutnya diberikan kebebasan media yang melampau.
ReplyDeleteTengoklah nanti adakah Mohd Sabu berjaya menyaman Utusan Malaysia. sebelum ni pun Utusan Malaysia sudah menimbulkan isu2 sensitif tetapi tiada apa2 tindakan yang telah dibuat terhadap akhbar ini.
ReplyDeleteInilah kesannya bermain politik dengan sejarah. bukan mendatangkan kesenangan pun.
ReplyDeletekita lihat sahaja nnti keputusan kes saman ini.
ReplyDeletebiarlah mahkamah yang mengadili dan menentukan keputusannya nanti.
ReplyDeletetindakan yg wajar ke atas media tembirang n diberi imuniti utk menyiarkan berita palsu n sensitif oleh UMNO, walaupun peluang utk menang adalah samar2 memandangkan semua agensi berkenaan dgn perundangan adalah barua kerajaan...
ReplyDeleteEveryone like to sue everyone. In the end, the cases will be stretching from years to years, until no settlement is found.
ReplyDeleteSudah jadi kes mahkamah, so biar diadili seadil-adilnya. Tunggu saja keputusan mahkamah. Lebih baik mahkamah bicarakan kes yang lebih mengutamakan rakyat. Buang masa saja.
ReplyDeleteItulah yang dikatakan oleh Mat Sabu sebelum ini yang mengagongkan Komunis daripada pejuang kita.
ReplyDeleteSaman jangan tidak saman. Kita lihat saja nanti adakah mat sabu Komunis ini menang atau tidak.
ReplyDeleteJangan baut fitnah kalau kau orang pun buta sejarah lagi pun dalam youtube mat sabu tak ada sebut kominis.Utusan perluh bertanggungjawap maka biarlah mahkamah mengadili bukan kita nanati menghina mahkamah pula.
ReplyDeleteberani buat kenyataan begitu, berani la tanggung.. ni kes mau cover malu la ni..
ReplyDelete