Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat akan membincangkan ketidak-sefahaman  mereka mengenai isu sensitif hudud pada mesyuarat bulanan mereka, Rabu  ini.
Ketua  Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu demikian kepada  pemberita hari ini semasa majlis rumah terbuka Hari Raya PKR di  Tropicana Petaling Jaya.
Katanya, mesyuarat itu pada  mulanya dirancang untuk membincangkan Bajet 2012 yang akan dibentangkan  perdana menteri pada 7 Oktober dan pra-belanjawan Pakatan juga, tetapi  kini akan turut membincangkan isu hudud.
Menurut beliau  berbeza dengan BN, Pakatan bergerak menerusi persetujuan bersama semua  komponennya dalam isu yang melibatkan kepentingan awam.
"Kontroversi  diperbesarkan di media daripada (keadaan) sebenarnya kerana (ia) bukan  isu baru. Sebagai Muslim saya menyarankan sesiapa tolak hukum Islam  kalau pemimpin Umno nak buat, itu hak mereka. Tetapi mesti ada muafakat  dalam Pakatan Rakyat, mesti ada perbincangan dalam perjanjian ikut  perlembagaan. Itu akan dibincangkan Rabu ini.
"Kita  dengar kebimbangan dia (Karpal), tapi bagi saya ini bukan perkara baru.  Kita sedia bincang. Ini prinsip Pakatan Rakyat. Kita bukan Umno.  Mengarahkan. Kita mesti ada konsensus," katanya.Isu hudud mula disensasikan media aliran utama sejak minggu lalu yang mendakwa hubungan Pakatan Rakyat semakin retak.
Hari ini muka depan surat khabar Mingguan Malaysia  dengan jelas melaporkan kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh membidas  Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkenaaan isu ini.
Khamis  lalu, Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS berkata beliau lebih rela  jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan  pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam. 
Semalam,  Karpal Singh meminta Pakatan mengadakan mesyuarat tergempar bagi  membincangkan dan menyelesaikan pendirian parti PAS untuk melaksanakan  hukum hudud dan penubuhan negara Islam.Katanya,  parti itu sentiasa membantah agenda penubuhan negara Islam dan  sekretariat Pakatan harus mengatur mesyuarat tergempar mengenai  rancangan parti PAS itu.
Katanya sebarang kelewatan  menangani isu kontroversi itu akan menghakis teruk keyakinan awam  khususnya di kalangan bukan Islam dalam Pakatan.
Beliau menyatakan isu ini adalah isu yang berlarutan dan boleh dibincangkan dalam kerangka berbeza di peringkat Persekutuan dan Kelantan.
Malah, Umno turut dikecam MCA dan Gerakan berkenaan isu ini.
"Dalam konteks Persekutuan, kita akan dikekang rangka perlembagaan. Dan (perbincangan) dapat lihat bagaimana PAS artikulasikan visi mereka dan untuk DAP untuk suarakan pendapat mereka. Itu semangat yang kita perlukan.
“Saya tak fikir apa-apa akan berlaku dengan cepat tapi media digunakan untuk sorok isu korupsi, pembunuhan, salah guna kuasa. Isu ini digunakan dan MCA, ambil kesempatan masuk, apa yang baru dalam hal ini?" soal Anwar.




Masihkah hudud ini relevan dengan zaman ini?
ReplyDeletetunggu dan lihat sajalah mengenai perbincangan mereka ini..
ReplyDeleteJangan saja hari ini cakap lain, besoknya buat lain.
ReplyDeleteSusah Pakatan ni mahu berkompromi sebab masing2 ada perjuangan dan agenda sendiri. Berpijaklah di bumi yang nyata.
ReplyDeletesehingga kini belum ada persefahaman dari semua pihak mengenai undang2 hudud.
ReplyDeletemungkin tidak mustahil kalau ia dilaksanakan di Kelantan tapi sukar jika ia dilaksanakan di seluruh negara.
ReplyDeletekenalah ambil kira pendapat pihak2 lain terutamanya yang bukan Muslim.
ReplyDeleteBiarlah mereka dengan Hudud mereka.
ReplyDeleteUmno-BN memperalatkan isu hudud ini sebagai permainan politik. Pimpinan Umno-BN tidak pernah berhasrat membincangkan isu ini secara tuntas dan serius.malah mempersendakan peranan undang-undang syariah serta beberapa pesan yang dianggap sebahagian dari sunnah Rasulullah SAW.
ReplyDeleteminta juga pandangan rakyat di negara ini.. pandangan rakyat tidak sama dengan pandangan pemimpin2 politik..
ReplyDelete