Thursday, November 10, 2011

Ahli Umno: Muhyiddin juga mula dipinggirkan

Pegawai khas kepada ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah - Muhd Lukhman Ghani mendakwa Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sedar yang dirinya juga sedang dipinggir Umno.

muhyiddin yasin muhyiddin yassinMuhd Lukhman yang juga ahli jawatankuasa Umno bahagian Petaling Jaya Utara berkata, status Muhyiddin mungkin berada di tangga kelima dalam carta 'orang yang diberi prioriti' oleh Umno.

"Muhyiddin pun tak sedar dia dipinggir dalam Umno, mungkin dia duduk di nombor 5 atau 6," katanya dipetik Harakahdaily.

Akhbar rasmi PAS itu juga memetik Muhd Lukhman berkata tindakan meminggirkan Muhyiddin boleh dilihat melalui program-program anjuran Umno serta liputan media arus perdana yang pro- BN sendiri.

Dua hari lalu, beberapa bekas pemimpin-pemimpin utama BN mendakwa bahawa ruang demokrasi dalam parti-parti masing-masing semakin terhakis dan berkurangan sehingga menyebabkan mereka menyertai NGO baru Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) agar suara mereka dapat didengar.

Antara mereka termasuk Razaleigh, bekas Menteri Pelancongan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dan bekas timbalan presiden MIC Datuk S Subramaniam.

Senarai keutamaan

NONEBagaimanapun, Muhyiddin menafikan dakwaan itu dan berkata Umno tidak pernah menyekat mana-mana pemimpinnya di semua peringkat daripada menyuarakan pendapat tentang isu melibatkan parti kerana parti itu mengamalkan prinsip demokrasi.

Harakahdaily juga memetik Muhd Lukhman yang juga ahli majlis tertinggi Amanah berkata, orang pertama yang diberi keutamaan oleh Umno adalah Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Kedua, adalah kepada Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Rais Yatim dan isterinya, Datin Seri Maznah Rais.

"Tempat ketiga diberikan kepada pengampu-pengampu Najib dan yang 'menyalak' kepada (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) seperti Senator Ezam Mohd Nor dan Zaid Mat Arip serta ahli parlimen bebas yang mengutuk pembangkang.

NONE"Muhyiddin tak ada dalam ranking empat yang utama, apatah lagi naib-naib presiden Umno.

"(Dalam Umno) Kalau mengampu kerajaan baru dapat ruang," katanya dipetik portal itu lagi.

Sambil menyifatkan Muhyidin tidak faham maksud Razaleigh, Muhd Lukhman berkata ruang bersuara mula tertutup selepas penubuhan Umno baru, semasa era pimpinan bekas presidennya Tun Dr Mahathir Mohamad hinggalah sekarang. -MK

18 comments:
Write comments
  1. Pemimpin perlulah terus berusaha untuk kekal relevan, jangan sampai diri sendiri dipinggirkan.

    ReplyDelete
  2. Harap rakyat sendiri pandai membezakan apa yang betul dan palsu, jangan mudah terpengaruh.

    ReplyDelete
  3. pandai2 saja bagi ranking.. tidak semestinya dimana ada program2 anjuran umno disitu ada Muhyiddin..

    ReplyDelete
  4. jika kebebasan bersuara disekat menjadi alasan kepada beberapa pemimpin umno ini untuk berpaling tadah, perlu diingat jika benar kebebasan berusara di sekat, Amanah tidak akan wujud..

    ReplyDelete
  5. tidak ada yng dipinggirkan dalam UMNO, mereka sahaja yang merasa mereka dipinggirkan.

    ReplyDelete
  6. jika nak bersuara pun, kena pastikan apa yang disuarakan itu bermanfaat, bukan kosong.

    ReplyDelete
  7. rasanya selama ini tidak wujud pula rangking-ranking yang disebutkan tadi..

    ReplyDelete
  8. yang penting semua perlulah sentiasa fokus untuk memberikan khidmat kepada rakyat.

    ReplyDelete
  9. bila ada pihak yang tidak puas hati maka timbullah perpecahan.

    ReplyDelete
  10. jika benar ruang bersuara dalam UMNO sudah mula tertutup maka kelemahan tersebut perlulah diperbaiki.

    ReplyDelete
  11. Kekuatan mental harus ada untuk menghadapi cemuhan yang dilakukan oleh sesetengah pihak.

    ReplyDelete
  12. Harap keadaan tidak lah seperti yang dijangka kan...

    ReplyDelete
  13. Suarakan saja dalam Amanah kalau macam itu. Tentu ruangnya lagi besar.

    ReplyDelete
  14. Hanya mereka yang terlibat saja tahu keadaan sebenar sama ada betul atau tidak ruang bersuara semakin hilang ataupun tidak. Ranking2 itu mungkin pendapat peribadi saja.

    ReplyDelete
  15. Saya melihat mereka yang berada dalam NGO Amanah adalah mereka yang kecewa kerana mendapat post yang diidamkan walhal individu-individu ini tidak outstanding ketika memegang portfolio masing-masing dengan Ku Li pernah melakukan penentangan secara terbuka melalui S46.DS Muhyiddin dilihat berkredibiliti kerana dialah individu pertama yang meminta DS Ahmad badawi meletak jawapan.Inilah pemimpin yang vokal dan menyuarakan apa yang perlu.

    ReplyDelete
  16. dear pencinta negara:

    c malay 1st [mooo mooo yeee ding] itu pencinta negara @ bugis extremist?

    ReplyDelete
  17. Tidak perlulah mahu menghasut hubungan baik UMNO.

    ReplyDelete
  18. Mereka dalam Amanah cuma sengaja mengeluarkan kenyataan demikian. Semua itu cuma dari perasaan kecewa mereka sebelum ini. Jadi biarkan saja mereka membuat cerita donggeng mereka. Yang pasti BN pasti akan dapat membuktikan bahawa mereka masih relevan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.