Ankara: Gempa bumi bermagnitud 5.7 mengorbankan sekurang-kurangnya  sembilan orang di timur Turki awal pagi ini, kurang tiga minggu selepas  gempa bumi kuat yang mengorbankan lebih 600 orang di kawasan sama,  menurut stesen televisyen TRT.
Lebih ramai mangsa dipercayai  terperangkap di bawah runtuhan dan anggota penyelamat sedang berusaha  mencari mereka yang terselamat.
Sebanyak  25 bangunan termasuk dua hotel runtuh dalam gempa bumi itu. Salah sebuah  hotel yang runtuh tersebut ialah hotel enam tingkat di dalam bandar Van  dimana para wartawan dan petugas bantuan ditempatkan, demikian lapor  BBC
Seramai 23 orang sudah diselamatkan amun masih ada 100 orang yang masih tertimbus.
Gempa bumi itu berlaku pada 1923 GMT (0323 MST) dengan pusat gempa di daerah Edremit, kira-kira 15 kilometer dari Wilayah Van.



 
Thursday, November 10, 2011
Turki Digoncang Gempa Bumi Lagi, 9 Terbunuh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.