Friday, November 11, 2011

Anak Exco Melaka Didenda Kerana Miliki Dadah

Seorang anak Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dijathui hukuman dengan RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana kesalahan memiliki satu paket dadah, Mac lalu.

Majistret Siti Suriatey Mohamed Yusoff menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Rozameer Anwar Ghazale, 26, selepas tertuduh mengaku bersalah.

Mengikut pertuduhan, ketika pemeriksaan, tertuduh didapati memiliki satu paket mengandungi bahan hablur jenis methamphetamine dengan berat bersih 0.17 gram di Rumah Awam Rim, di sini, pada 18 Mac lalu kira-kira jam 10.30 pagi.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama.

Terdahulu, dalam rayuannya, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon supaya hukuman ke atasnya diringankan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Badariah Yusof memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman setim pal.

Siti Suriatey mengarahkan tertuduh didenda RM1,500 dan sekiranya gagal membayarnya, boleh dipenjara empat bulan. -SH

15 comments:
Write comments
  1. anak exco pun boleh terlibat dgn dadah. hal ini mmg memalukan ayahnya.

    ReplyDelete
  2. patut hukuman lebih berat dikenakan terhadap mereka yang memiliki dadah.

    ReplyDelete
  3. ujian air kencing adakah dilakukan?

    ReplyDelete
  4. setakat didenda RM 1,500 tiada apa2 makna buat anak seorang ADUN. senang saja tu dapat duit sebanyak tu.

    ReplyDelete
  5. tidak kira siapa pun, yang melakukan kesalahan pasti akan menerima hukumannya.

    ReplyDelete
  6. Bertaubatlah daripada perbuatan yang tidak baik seperti ini.

    ReplyDelete
  7. Harap keputusan mahkamah ini adalah adil dan saksama kepada semua pesalah.

    ReplyDelete
  8. sedikit masa lagi confirm jadi isu hangat..

    ReplyDelete
  9. Amalkan hidup yang sihat dan jauhi dadah!

    ReplyDelete
  10. Kelakuan ini bukan sahaja memalukan diri sendiri malah memalukan keluarga apatah lagi ibu bapa dikenali ramai.

    ReplyDelete
  11. Kena bagi hukuman yang lebih berat.

    ReplyDelete
  12. Umur 26tahun patut tahu fikir sudah. Memalukan saja.

    ReplyDelete
  13. Patut dikenakan hukum sebatan rotan 20 kali baru padan!

    ReplyDelete
  14. Yang salah tetaplah bersalah..Maka tindakan undang-undang perlulah diberikan.

    ReplyDelete
  15. Tidak kira siapa pun dia yang salah tetap dihukum.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.