Cubalah bayangkan jika dalam pilihan raya ke-13 akan datang, anda memilih untuk mengundi Barisan Nasional. Mungkin kerana anda lebih mudah terpengaruh deng [pix for bayangkan 2] an isu-isu remeh daripada perkara-perkara utama dan lebih besar dalam menentukan nasib serta masa depan kita semua.
Walau apa pun alasan yang anda diberikan untuk memilih BN, beberapa perkara utama sudah hampir pasti akan dilaksanakan oleh kerajaan BN yang didalangi UMNO yang telah terbukti sanggup berbuat apa sahaja semata-mata mahu terus bergayut di tampuk kuasa
Tiga kemungkinan besar yang akan berlaku adalah:
1. GST akan dilaksanakan.
Ia adalah goods and services tax (GST) atau cukai barangan dan perkhidmatan. Jika UMNO-BN menang, maka seluruh rakyat Malaysia akan terpaksa menanggung cukai ini pada semua barangan harian dan perkhidmatan. Contohnya, barangan seperti satu pek sabun cuci yang berharga RM10 kelak akan menjadi RM10.60 (setakat ini cukai perkhidmatan yang dikenakan biasanya 6 peratus).
RM0.60 ini mungkin tidak banyak bagi kita untuk satu jenis barangan, tetapi cuba anda bayangkan jika dalam satu hari anda perlu membeli 5 jenis barangan yang jumlah puranya RM50, anda akan perlu menambah RM3 untuk cukai tersebut.
Adakah jumlah ini masih sedikit? Jika dalam seminggu kita berbelanja RM200 untuk barang keperluan harian, maka jumlahnya akan menjadi RM12. Bayangkanlah dalam sebulan dan setahun, berapakah jumlah yang kita terpaksa bayar? Itu belum masuk kos-kos lain seperti bayaran pinjaman rumah, kereta, motosikal, minyak, servis, tol, telefon dan lain-lain.
Soalannya, ke manakah wang cukai ini akan pergi kelak? Masuk poket siapa? Dan apa pula yang akan kita (rakyat) perolehi darinya? Adakah rakyat dijamin akan mendapat mutu perkhidmatan perubatan (hospital) yang terbaik? Atau adakah kita akan dapat mutu perkhidmatan pelajaran dan pendidikan yang terbaik? Bayangkanlah jika ini terjadi, siapa pula akan membantu kita?
Setakat ini belum kedengaran kerajaan BN mahu menarik balik cadangan memperkenalkan GST walau pun banyak pihak telah membantahnya. Yang diperlukan BN ialah mandat rakyat untuk mengenakan sebanyak mungkin cukai terhadap rakyat.
Untuk apa kerajaan BN perlukan begitu banyak wang yang terpaksa dicukai daripada rakyat sendiri? Tepuk dada tanya selera.
2. Kes rasuah dan salah guna kuasa akan terus berleluasa
Kini isu terbaru membabitkan keluarga menteri UMNO, iaitu kes National Feedlot Corporation (NFC) yang dianggarkan berjumlah RM280 juta. Wang Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu adalah wang dari cukai rakyat dan sumber negara. Kontrak pula diberikan kepada syarikat keluarga seorang menteri. Walau pun dengan alasan syarikat terbabit telah mengikuti segala prosedur dan mempunyai kebolehan, dari segi etikanya, ia tidak mencerminkan ketelusan kerajaan dalam membelanjakan wang kita (rakyat).
Itu cuma satu contoh terbaru sahaja. Soal skandal kewangan, rasuah, penyelewengan kerap berlaku dalam pentadbiran BN. Dalam kes Port Klang Free Trade Zone (PKFZ), mantan menteri-menteri pun terlibat. Dalam kes mantan seorang menteri besar yang berumah terlalu besar dan sepatutnya tidak mampu dimilikinya sudah menjadi kes mahkamah. Tentunya banyak lagi kes sedemikian yang berlaku kepada pemimpin-pemimpin kerajaan yang terlalu lama memerintah.
Baru-baru ini juga, Ketua Audit Negara telah mendedahkan pelbagai kes yang melibatkan salah urus hingga menyebabkan kerajaan (wang rakyat) rugi berbilion ringgit dalam masa setahun.
Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan, antara lain, telah menyatakan Kementerian Pelajaran adalah antara sembilan kementerian/jabatan yang mencatat perbelanjaan sebenar melebihi peruntukan. Hasilnya tidak nampak ke mana kerana pelajar dan guru Malaysia tidak pula dianggap antara yang terbaik di dunia, kalau tidak pun di rantau Asia Tenggara.
Laporan itu juga mendedahkan kos pengambilan balik tanah bagi projek Lebuh Raya Senai-Desaru meningkat hampir 103 peratus dengan kerajaan terpaksa menanggung tambahan sebanyak RM375.60 juta.
Malah, Ketua Audit Negara juga mencatatkan bahawa sebahagian besar pembelian dibuat melalui rundingan terus, tidak melalui tender terbuka dan tanpa kelulusan daripada Kementerian Kewangan.
Berikut beberapa barang yang dibeli dengan harga yang tidak masuk akal sama sekali dilaporkan dalam laporan berkenaan:
• Ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419, untuk membuat roti dan pastri bagi kursus di Kelantan
• Katil boleh lipat berharga RM500 berbanding harga pasaran RM100
• Dapur gas dua pembakar pada harga RM200 setiap satu, dan bukannya RM59.90
• Mesin gunting rambut yang dibekalkan pada harga RM250 setiap satu, dan bukannya RM79
• Pengisar pada RM140 dan bukannya sebanyak RM60
Jika mengambil kira wang RM280 juta dalam kes NFC, dicampur dengan skandal PKFZ yang bernilai berbilion-bilion ringgit itu, serta ditambah pula dengan ketirisan wang dari laporan Ketua Audit Negara itu, bayangkalah berapa banyak lagi wang rakyat yang akan hangus jika UMNO-BN terus diberi mandat untuk mengurus ekonomi negara.
Mengapa kerajaan UMNO-BN membiarkan pembaziran yang amat dahsyat itu sedangkan masih ramai golongan miskin dan berpendapatan rendah, khususnya di Sabah dan Sarawak, yang memerlukan pembelaan?
Kata orang dulu-dulu, sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula.
3. ISA mungkin dimansuhkan tetapi diganti dengan undang-undang yang lebih zalim dan kejam
Pada 15 September 2011, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan bahawa pentadbirannya akan memansuhkan undang-undang zalim Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Pengumuman itu pada hakikatnya hanya menyebut ‘akan’ tanpa penjelasan jangka waktu yang sebenar.
Jelas bahawa ia satu mainan politik yang terdesak untuk meraih undi rakyat. Malah, ISA yang kononnya mahu dimansuhkan itu akan digantikan dengan dua (2) akta baru yang belum dijelaskan lagi kepada rakyat tentang isi kandungannya, hatta gambaran kasar tentang undang-undang baru itu juga masih tidak diterangkan.
Jika anda memilih untuk mengekalkan kerajaan UMNO-BN dalam PRU akan datang kerana janji-janji Najib, perlu diingat bahawa amat sukar bagi Perdana Menteri untuk mengotakan janjinya.
Walau pun anda mungkin yakin niatnya baik, pimpinannya kini dipengaruhi unsur-unsur perkauman yang bersifat fasisme dan menolak perubahan, termasuk yang mengatakan hak asasi manusia itu adalah ajaran agama baru yang mengancam keselamatan negara.
Begitu juga reputasi Najib dalam isu perhimpunan aman Bersih 2.0 yang mana beliau telah berjanji untuk memberi kebebasan berkumpul di stadium tetapi janji hanya tinggal janji.
Malah, tindakan zalim pihak berkuasa yang menangkap rakyat yang memakai baju kuning serta bertindak ganas pada hari perhimpunan 9 Julai lalu, membuktikan tidak ada apa-apa perubahan akan berlaku; lebih teruk dikekang kebebasan jika UMNO-BN diberi mandat sekali lagi.
Kesan dari itulah maka pentadbiran Najib dikecam oleh dunia kerana gagal bertindak bijak dalam memberi hak kepada rakyat untuk berhimpun secara aman dan mengamalkan hak kebebasan bersuara.
Pimpinan tunggang terbalik
Malah pentadbiran UMNO-BN telah dilihat sebagai flip flop atau tunggang terbalik dalam banyak isu penting yang lain, dan semua ini menjadikan rakyat semakin gelisah seolah-olah tiada kepastian dalam hidup di bawah pemerintahan yang tak keruan itu.
Contoh paling nyata adalah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSI). Bila dilancarkan dahulu tanpa merujuk kepada rakyat, khususnya ibu bapa dan guru-guru serta pelajar, dicanangkan betapa pentingnya Bahasa Inggeris. Bila mahu dimansuhkan pun dibuat perkara yang sama, dengan menggunakan alasan mahu memartabatkan Bahasa Malaysia.
Dalam kes Akta Universiti dan Universiti Kolej (AUKU) di mana Mahkamah Rayuan telah pun mengisytiharkan Seksyen 15 (5) (a) yang menghalang hak mahasiswa untuk mengamalkan hak politik sebagai tidak sah dan melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Sepatutnya kerajaan UMNO-BN menghormati keputusan ini tetapi sebaliknya mereka berdolak-dalik mencari jalan supaya mahkamah yang lebih tinggi membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang waras, munasabah dan adil itu.
Berhubung penubuhan Jawatankuasa Pemilih Parlimen mengenai Reformasi Sistem Pilihan Raya, Najib sendiri tidak berani memberi jaminan bahawa PRU ke-13 tidak akan diadakan sebelum jawatankuasa itu selesai melaksanakan tugasnya untuk memenuhi tuntutan rakyat bagi mewujudkan pilihan raya yang adil, bersih dan demokratik.
Malah, lebih awal dari itu semua, Najib telah mencanangkan slogan 1Malaysia apabila menjadi Perdana Menteri. Tak sampai setahun, segala niatnya dihancurkan oleh kumpulan-kumpulan yang menentang perubahan. Kerana itu janji Najib amat sukar untuk dipercayai lagi.
Mengapa Perdana Menteri begitu lemah dan takut untuk berhadapan dengan kumpulan-kumpulan minoriti yang jelas mensabotaj agendanya yang mahu mendahulukan rakyat, mengutamakan pencapaian itu?
Bayangkanlah betapa mendung dan gelapnya masa depan kita jika UMNO-BN terus memerintah… – Roketkini.com
Friday, November 11, 2011
Bayangkanlah jika anda memilih BN…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Untungnya kita kalau BN menang lagi dapat cukai GST, dapat pemimpin rasuah dan sebagainya. Bah NEJI marilah kita sokong BN lagi ya supaya lebih banyak cukai kita dapat, minyak pasti naik lagi dan sebagainya. Jadi kita rakyat jadi orang pemurah menderma kepada kerajaan BN!
ReplyDeletejika pakatan yang memerintah bagaimana pula? mgkin makin teruk pla.
ReplyDeleterakyat tau juga mana yang terbaik untuk mereka pilih.
ReplyDeletebayangkan pula jika kita memilih Pakatan..apa yang akan berlaku??
ReplyDeletekalau pembangkang memerintah, betul ka langsung tidak ada cukai di Malaysia?? mau hapuskan tol sungai Nyior seperti yang dijanjikan masa pru12 pun tidak mampu..
ReplyDeleteundian tu hak masing2. terpulanglah siapa yang rakyat mahu pilih yang penting pilihan tu tidak akan disesali di kemudian hari.
ReplyDeletesedangkan ketika mentadbir negeri pun berlaku juga rasuah dan salah guna kuasa, inikan pula jika mentadbir negara.. siapa yang boleh bagi jaminan bahawa parti pembangkang yang benyak menerima ahli lompat tidak akan rasuah dan menyalah gunakan kuasa??
ReplyDeletebagaimana pula jika PR memerintah??? mungkin keadaan jadi lebih teruk..
ReplyDeletesiapa yang terdesak memberikan gambaran awal tentang 2 akta baru yang hendak diperkenalkan? bila ISA tidak dimansuhkan, semua bising, bila dimansuhkan, sama juga bising.. saya rasa jika pembangkang memerintah, semua undang2 akan dihapuskan untuk memberikan kebebasan mutlak kepada rakyat untuk melakukan kekecohan..
ReplyDeleteterserah kepada setiap rakyat untuk membuat pilihan mereka sendiri..
ReplyDeletepembangkang lagi la tunggang terbalik.. masa PPSMI dilaksanakan, dia ikut juga membantah.. kemudian bila PPSMI dihapuskan, dia ikut juga kumpulan yang membantah..
ReplyDeleteBaik kita tunggu PRU-13 untuk menentukannya. Rakyat perlulah membuat pemilihan mereka yang terbaik.
ReplyDeleteKeputusan dalam tangan rakyat, harap mereka akan mengundi dengan bijak.
ReplyDeletePasti ada back up untuk semua kemungkinan kejadiaan yang diramalkan.
ReplyDeleteBetul tu, rakyat yang memainkan peranan penting dalam memilih.
ReplyDeletePolitik mana yang bebas rasuah? Berpijak di bumi yang nyata. PR pun confirm tidak bebas daripada rasuah.
ReplyDeletePembangkang is trying too hard to win the rakyat's vote. Urgh..
ReplyDeleteBah kalau PR tidak bagus kita sokong teguh BN supaya kerajaan terus jadi PEGEMIS pada rakyat dengan mengenakan pelbagai cukai!
ReplyDeletePemimpin BN saja yang tidak buat rasuah kan NEJI sebab pemimpin BN semuanya malaikat kan.
ReplyDeleteHehehe Neji apakah kau tak baca laporan Audit Negara antara negeri Pakatan dengan BN?Nampak bukti Pakatan lebih terkemaju dan boleh dipercayakan berbandingkan BN semua negeri merosot pendapatan + ketirisan + rasuah yg tinggi jadi apa lagi yang diharapkan.Apakah tuan2 tidak mahu berusaha merubah hidup susah akibat barang naik dgn memilih Pakatan atau tuan2 memilih didup susah dan melarat tanpa merubah,apa pun pilihan adalah hak tuan2 tp disemanajung oarang dak celik kehidupan tp kita masih dibuai harapan dan malas merubah.
ReplyDeleterakyat akan tertindis bah neji ko faham ka tidak..
ReplyDeletePR belum pun diberi peluang pegang putrajaya, sudah ada mcm2 persepsi -ve. sejak bila tuhan jd ramai? x salah memberi peluang kpd PR, klu x ngam, 5 tahun kemudian boleh buang maa, x perlu tunggu 54/48 tahun! klu memilih yg ada skrg, sudah terbukti masuk longkang punya...
ReplyDeletePirit memang kau pirit banar aku sokong kau
ReplyDeleteCuba kita bayangkan pula bila PR yang menjadi kerajaan??
ReplyDeleteMampukah mereka mentadbir negara kita atau negara kita akan lebih teruk sehingga tidak ada pembangunan dan sebagainya dilakukan. Kerana mereka lebih mengutamakan kroni mereka yang telah membantu mereka untuk menang. Itukah yang kita mahukan. Selepas itu pengundi yang berpaling tabah kepada PR langsung tidak diambil kisah langsung. Itukah yang kamu mahukan?? Fikir-fikirkan dan renungkan..
Tidak mahulah berikan peluang kepada PR untuk pegang Putrajaya..Lagi kami takut kalau mereka yang memerintah. Tidak ada guna oo kalau pilih PR kalau lebih teruk pemerintahan mereka. Tidak mahulah nanti sia-sia negara jadi negara mundur akan datang.
ReplyDelete1.5juta PATI/rakyat palsu di sabah/hampir separuh drpd hard-core poor malaysians ada di sabah...
ReplyDeletebg mereka yg prejudis terhadap PR, adakah jumlah itu suatu pembangunan/kemajuan yg 'dihadiahkan' oleh UMNO? perlukah sy celebrate krn menjadi 2nd class citizen berbanding PATI???
Memang mereka nie nak kita mampos bila pilih BN sebab barang naik tanpa kawalan apakah itu yang kamu bangga.
ReplyDeletedear hgiy:
ReplyDeletemcmana kau pasti negara akan mundur jika ditadbir oleh PR? kau tuhan meeh? bagus sy sembah kau woo...err hr ni apa no 1st price 4D aaa?????