Pakatan Rakyat hari ini mendakwa kira-kira RM1.4 bilion daripada Bajet Wang Luar Jangka atau peruntukan kecemasan Perbendaharaan Negara telah lesap.
Dana itu dbekalkan mengikut Perkara 103 Perlembagaan Persekutuan, bagi peruntukan tambahan RM1.5 bilion, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut beliau, peruntukan itu dinyatakan dalam Laporan Perbelanjaan Persekutuan 2010/2011 yang dibentangkan bersama-sama dengan Bajet 2012.
Perkara 103 menyatakan: "Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan bagi mewujudkan suatu Kumpulan Wang Luar Jangka dan memberi kuasa Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan, jika berpuas hati bahawa telah timbul keperluan perbelanjaan yang mendesak dan di luar jangkaan yang baginya tiada peruntukan lain wujud, untuk membuat pendahuluan daripada Kumpulan Wang Luar Jangka itu untuk memenuhi keperluan itu.
“Jika apa-apa pendahuluan dibuat mengikut Fasal (1), suatu anggaran tambahan hendaklah dikemukakan dan suatu Rang Undang-Undang Perbekalan dibawa dengan seberapa segera yang mungkin bagi maksud menggantikan amaun yang didahulukan itu.”
Anwar pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini berkata: "Walau bagaimanapun, Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan bahawa hanya terdapat baki RM79.147 juta daripada dana negara itu.
"Ke mana perginya wang itu? Lebih serius lagi, di mana RM1.4 bilion telah lesap? Saya tidak fikir Jabatan Audit (membuat kesilapan), mereka lebih teliti apabila membabitkan perakaunan."
Bagi Anwar, kelewatan 17 hari Laporan Ketua Audit Negara, tahun ini dibentangkan mungkin ada kaitan dengan perkara berkenaan. -MK
Tuesday, November 8, 2011
Anwar: Bajet Wang Luar Jangka RM1.4 bilion lesap
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap perkara ini akan disiasat dahulu untuk memastikan kebenaran dakwaan DSAI ini.
ReplyDeletePenjelasan daripada pihak berkuasa juga perlulah membuat penjelsan mengenai isu bajet luar jangka ini.
ReplyDeletedakwaan Anwar ni belum tentu benar ke tidak. harap hal ini diperjelaskan.
ReplyDeleteDiharap ada jawapan kepada teka-teki ini.
ReplyDeleteRM1.4 billion is not a small amount. Explanation is needed.
ReplyDeletepihak pembangkang sudah mula mencari isu. kerajaan perlulah membuat penambahbaikan ke atas pengurusan kewangan negara.
ReplyDeleteyup.. memang pun lesap sebab jumlah sebenar bajet wang luar jangka bagi tahun 2010 sudahpun dimasukkan semula melalui Rang Undang-Undang Pembekalan Tambahan 2011.. lesap bukan sebab dilarikan, tetapi dimasukkan semula..
ReplyDeleterakyat juga berhak untuk mengetahui perkara sebenar di sebalik dakwaan ini.
ReplyDeleteTimbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin sudahpun menafikan tuduhan ini.. so cukup2 la memutar-belitkan fakta..
ReplyDeletesiasatan harus dilakukan sebelum membuat sebarang kemungkinan.
ReplyDeletejika Timbalan Menteri Kewangan sudahpun menafikan tuduhan ini, jadi penjelasan sudah diberikan.
ReplyDeleteKita tunggu saja penjelasan dari pihak tertentu.
ReplyDeleteMungkin Anwar tahu kemana wang itu lesap?
ReplyDeleteAnwar pandai menimbulkan spekulasi walhal diri sendiri penuh dengan spekulasi terhadap isu moralnya.Harap ada pernyataan yang jelas kerana belum tentu dakwaan ini benar.
ReplyDelete