Tenaga Nasional Bhd (TNB) dilaporkan menghadapi masalah aliran tunai yang gawat dan bergelut untuk membayar kos tinggi bahan api alternatif.
Menurut laporan akhbar the Star hari ini, keadaan itu disebabkan kekurangan bekalan gas yang berlaku kali ini pada skala yang lebih besar.
Terdapat cadangan bagi kos berkenaan dikongsi bersama berdasarkan pengalaman sebelum ini pada tahun 2002, iaitu pada nisbah 40:30:30, yang akan ditanggung oleh pembekal gas Petroliam Nasional Bhd (Petronas), TNB sendiri dan pengeluar tenaga bebas (IPP). Namun pihak-pihak tertentu memilih mengabaikannya.
Menurut the Star, TNB mendakwa firma utiliti gergasi itu tidak lagi mampu untuk membayar manakala IPP pula berpendirian bukan tanggungjawab mereka untuk membayar.
Sementara itu, Petronas berkata bahawa sehingga Ogos tahun ini, ia telah membayar RM143.4bil bagi perbezaan harga. Daripada jumlah itu, RM103.2bil dibayar bagi membekalkan gas kepada sektor kuasa itu.
Bagaimanapun, laporan itu tidak menyebut sama ada kenaikkan kos itu akan mengakibatkan kenaikkan harga tarif elektrik.
Kali terakhir, krajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik ialah pada 1 Jun lalu dengan purata 7.12 peratus. Tindakan itu sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.
Bayar RM400 juta sebulan
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin juga pada Mei tahun ini pernah berkata kerajaan pada dasarnya telah bersetuju mematuhi mekanisma 'Fuel Cost Pass Through' (FCPT) yang akan menentukan kadar tarif pada masa hadapan.
Ini bermakna tarif elektrik di negara ini akan dinaikkan setiap enam bulan bagi tahun-tahun berikut supaya selaras dengan kenaikan harga gas asli yang dijual Petronas kepada pengeluar tenaga.
The Star juga melaporkan agensi penyelidikan seperti Maybank Investment Bank (IB) Research menjangkakan aliran tunai TNB akan kehabisan pada suku ketiga atau keempat tahun kewangannya.
TNB dikatakan membayar RM400 juta sebulan bagi perbezaan harga antara menggunakan sulingan petroleum dan gas sebagai bahan api.
Pada Oktober lalu, TNB mengumumkan syarikat itu mencatat kerugian bersih RM453.9 juta pada suku keempat berakhir 31 Ogos 2011 berbanding kerugian bersih RM440.2 juta pada suku sebelumnya.
Bagi setahun penuh, syarikat tenaga nasional itu mencatat RM499.5 juta keuntungan bersih berbanding RM3.2 bilion pada tahun kewangan sebelumnya, sebahagian besarnya hasil daripada kos bahan api yang tinggi. -mk
Tuesday, November 8, 2011
Tarif Elektrik Bakal Naik Lagi?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap TNB akan berusaha mengawal kenaikan harga mereka supaya tidak membebankan rakyat.
ReplyDeleteSekurang-kurangnya tingkatkan kualiti perkhidmatan dahulu sebelum menaikkan tariff elektrik mereka.
ReplyDeleteBiasalah kalau Kerajaan BN memerintah semua mesti Naik ( Barang Naik. Yang peliknya kerajaan suruh pengusaha jangan menaikkan harga barang berikutan kenaikan harga bahan api sebaliknya tapi kerajaan sendiri mengapa naikkan bahan api? Kalau kerajaan suruh pengusaha menanggung kenaikan harga bahan api, kenapa kerajaan sendiri tak tanggung kenaikan harga itu. Bukankah BODOH pempimpin macam itu!
ReplyDeletejika tarif elektrik dinaikkan, pasti beban rakyat akan bertambah.
ReplyDeletemutu perkhidmatan juga kena ditingkatkan.
ReplyDeleteapa nak jadi dgn kerajaan BN skg ni .. yg pikul beban rakyat ..
ReplyDeleteKerajaan bakal menerima kecaman hebat jika tariff elektrik naik lagi.
ReplyDeleteTangani masalah dengan bijak.
ReplyDeletekenaikkan itu haruslah selaras dengan kenaiikan gaji para pekerja.
ReplyDeletePerformance harus ditingkatkan.
ReplyDeletetarif elektrik sudah dinaikkan sejak 1 Jun lalu. kalau tarif elektrik dinaikkan setiap enam bulan bagi tahun2 berikutnya, maknanya rakyat perlu bersedia dengan kenaikan tarif elektrik sebanyak dua kali lagi pada tahun 2012.
ReplyDeletebelumpun ada apa2 kenyataan dari pihak TNB mahupun kerajaan, sudah timbul cerita konon tarif elektrik naik..
ReplyDeletekalau pembangkang memerintah, agaknya semua harga barang dan perkhidmatan boleh turun mendadak ka untuk satu jangka masa yang lama?
ReplyDeletedi Sabah masih banyak lagi kawasan yang belum mendapat bekalan elektrik. yang ada bekalan elektrik pun selalu saja mengalami masalah gangguan.
ReplyDeleteBetul kata c Neji.sebagai pengundi BN/UMNO kita mesti berkorban biarkan kita menjadi miskin,susah,merempat kita mesti menerima dan sokong agar semua keperluan asas dinaikan dan tak guna nak marah sebab kita yang undi BN.BN/UMNO naikan semua keperluan kami sokong yang tak sokong itu pembangkang.
ReplyDelete"...Bagaimanapun, laporan itu tidak menyebut sama ada kenaikkan kos itu akan mengakibatkan kenaikkan harga tarif elektrik...."
ReplyDeletebelum lagi tentu harga tarif akan dinaikkan.
harap semuanya akan dapat diuruskan dengan sebaiknya..
ReplyDeletealamak. apa akan jadi ni..
ReplyDeletebekalan elektrik di sabah pun sgt ketinggalan n tarif dinaikkan lg? 'hadiah' besar BN kpd negeri fixed deposit! tq BN, maruah sabahan hanya setaraf monyet bah kan???
ReplyDeletebagus juga bah tarif letrik baru padan muka c neji.kalau nak sokong pun tengok tempat jangan bodoh memanjang
ReplyDeleteMungkin perkara ini perlula dilihat semula. Jangan sampai membebankan rakyat.
ReplyDeleteTarif eletrik akan naik lagi? Ini mungkin cuma khabar angin yang kita tidak pasti dari mana sumbernya. Harap TNB akan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
ReplyDeleteKhabar angin buat pokok goyang khabar tarif TNB naik buat rayat goyang seronok 1 Malaysia.
ReplyDeleteBN..biasalahkan.mula2 keluarkan berita keperitan, kepayahan, kebebanan tangunggan, kesengsaraan dahulu. kemudian barulah keluar berita kenaikkannya. tapi istilah naik tak digunapakai skrg. diganti dgn "pengurangan susidi". kan lebih sopan bunyinya tu.
ReplyDeleteAku kan tak terasalah sebab Malaysia termurah seluruh dunia sebab aku orang kaya kau orang pandai2lah siapa suruh jadi miskin tapi undi BN supaya barang tanbah naik abis tu marah pula.
ReplyDelete