Orang ramai yang melaporkan rasuah bakal menerima hadiah di bawah satu geran RM15 juta yang akan dilaksanakan di bawah bajet Kerajaan Selangor 2012.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, geran itu merupakan duit yang dahulunya hilang akibat rasuah dan ianya kini digunakan bagi melaksanakan program pembasmian rasuah yang lebih berkesan dan sistematik.
Abdul Khalid berkata pelapor kes rasuah dan penyelewengan di dalam agensi Kerajaan Negeri Selangor yang berjaya dibuktikan akan diberikan hadiah oleh Kerajaan Selangor.
"Kerajaan negeri menyediakan peruntukkan untuk masyarakat memerangi rasuah, dan ianya bukan sekadar cakap-cakap sahaja, tetapi dibuktikan dengan tindakan melalui peruntukan yang disalurkan.
"Kita mempunyai ketelusan dan kebertanggungjawaban, dan kerajaan negeri menyediakan peruntukan untuk memastikan kerajaan negeri mengamalkan pentadbiran yang telus," kata Abdul Khalid semasa sidang media selepas pembentangan bajet.
Dana tersebut juga boleh diguna untuk mengaudit pihak yang menyalahgunakan peruntukan kerajaan, Abdul Khalid berkata.
"Dan jika ada pihak yang mempunyai maklumat berkenaan rasuah, dan memerlukan peguam untuk mendapatkan perlindungan, kita akan menilai perkara tersebut terlebih dahulu, dan jika dia benar-benar memerlukan, barulah kerajaan akan meluluskannya," katanya. -tvsnews
Friday, November 11, 2011
Bayaran Kepada Pelapor Rasuah di Selangor
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap tindakan ini boleh mengalakkan lebih banyak rakyat untuk melaporkan kegiatan rasuah supaya kerajaan mampu memerangi rasuah dalam negara.
ReplyDeleteKerajaan Selangor perlulah memastikan mereka adalah serius untuk membanteras rasuah supaya semua pihak akan bekerjasama dalam perjuangan ini.
ReplyDeleteAbdul Khalid perlu jawab mana hilangnya rm55 juta yang diberikan oleh kerajaan pusat untuk membiayai pembangunan infrastruktur di negeri itu??
ReplyDeleteapa2pun saya sangat bersetuju dengan inisiatif yang diambil oleh kerajaan selangor bagi memerangi rasuah. tapi mungkin lebih baik jika sprm juga diberikan hadiah sekiranya berjaya menyelesaikan kes itu..
ReplyDeleteinisiatif ini amat baik bagi menggalakkan orang ramai membenteras gejala rasuah.
ReplyDeletesemoga gejala rasuah dpt dibenteras.
ReplyDeleteini mungkin dapat membantu untuk membanteras rasuah.
ReplyDeleteapa pun, tunggu dan lihat bagaimana hasilnya nanti..
ReplyDeletelepas ni ramailah yang akan mengintai2 orang yang melakukan rasuah ni sebab ada ganjaran yang akan diperolehi.
ReplyDeletekalau berjaya laksanakanlah seluruh Malaysia.
ReplyDeletewaaaa...adakah ini akan menyelesaikan masalah rasuah?
ReplyDeleteJika usaha ini berjaya, boleh la gunakan ini sebagai cara untuk menyelesaikan isu rasuah.
ReplyDeleteLaksanakanlah. Kalau berhasil, mungkin satu ianya satu idea yang patut dikembangkan.
ReplyDeletePerangi rasuah habis-habisan!
ReplyDeleteRM 15 Juta untuk audit hadiah "whistle blower"?kalau macam tue adalah lebih baik kerajaan negeri menyatakan secara terperincin mengenai kerugian yang dialami oleh Yayasan Selangor .Hurm,bagaimana pula dengan isu gaji minimum untuk kakitangan syarikat negeri?nampak seperti ada unsur rasuah disitu.
ReplyDeleteMari kita sama-sama memerangi rasuah..Habuan bukannya yang dikejar tapi kejujuran itulah yang perlu.
ReplyDeleteBagus juga cara kerajaan Negeri Selangor itu. Mari kita lihat sampai mana keberkesanan cara ini dapat membantu.
ReplyDeleteSyabas kepada Kerajaan Negeri Selangor
ReplyDeleteRasuah itu haram dalam islam mungkin juga dalam agama lain..kita patut sokong..
ReplyDeletetindakan berani, inovatif n berlawanan dgn SOP federal/UMNO di mana whistleblower yg disiasat/diambil tindakan. RM15j ini lebih berfaedah berbanding dgn peruntukan tembirang/pocket money kpd flom/hajah rosmah...kita tunggu siapa yg duluan kena potong lancau...
ReplyDeleteRasuah tak mungkin sifar tapi mudah2an akan menurun secara drastik.
ReplyDelete